Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
Lukisan cakar ayam.. Sebab tu ada gambar ayam. Gambar latar belakang tu ambil kat google jek. Haha..
Cerita pasal motorsikal berkuasa tinggi ni, sejak zaman kanak-kanak lagi dah minat amat sangat dengan 'motor besar' ni. Masa kanak-kanak dulu motor besar pertama yang jadi idaman ialah Yamaha TZM. Masa tu TZM tu kira besar la.

Ayah belikan kami sebuah basikal Jenama Rally. Tak jumpa la pula saya Google gambarnya. Basikal tu lebih kurang macam yang saya lukis tu la. Warna merah. Ketika tu saya ada tiga orang adik. Dua lelaki dan sorang perempuan. Yang lelaki sorang tu masih kecil.

Jadi, bila nak ke mana-mana, saya akan bawa dua orang adik naik basikal. Sorang duduk di belakang, sorang lagi berpaut di hadapan macam dalam gambar tu.

Jadi, sambil bawa basikal tu, adik yang di hadapan akan bunyikan "vroommm" sepanjang perjalanan tu konon-kononya tengah bawa motorsikal. Hahaha... Basikal sangat top di kalangan kanak-kanak ketika tu. Boleh kata hampir setiap rumah di kampung tu ada basikal sebagai pengangkuatan didalam kampung.

Tak seperti kanak-kanak sekarang. Baru sekolah rendah, mak/ayahnya dah benarkan bawa motorsikal. Bawa laju-laju dalam kampung, meronda-ronda tanpa tujuan menghabiskan minyak motorsikal disamping menyusahkan orang lain dengan bawa laju-laju tanpa kawalan ibu bapa. Tapi apa kan daya ibu bapa zaman sekarang susah untuk ditegur. Semunya nak menegakkan benang yang basah.

Bebekalkan minat tersebut, kami telah dewasa dan Alhamdulillah dapat memenuhi impian tersebut. Apabila adik lelaki yang sorang tu melangkah ke alam pekerjaan, perkara pertama yang difikirkan ialah motor besar. Tapi saya nasihatkan beli kereta terlebih dahulu. Selepas beberapa lama beli kereta, kami menyusun rancangan untuk beli motor besar.


'Motor besar' yang pertama hadir dalam keluarga kami ialah Kawasiki Ninja 250R Special Edition. Ketika tu, itu la motor besar pertama yang berada di kampung saya. Walaupun ayah kurang bersetuju kami beli motor besar, tetapi dia tetap bangga kerana anaknya la orang pertama pakai motor besar. Hahaha... Sebenarnya 250 tu bukan la besar mana pun.

Selepas dalam setahun, adik merancang untuk berumah tangga. Jadi, Ninja ni terpaska dijual (Sebenarnya dijual selepas kahwin sebab sayang). Downgrade ke Yamaha FZ150i. Ketika tu saya telahpun memiliki Yamaha FZ. Jadinya, kami sama-sama memiliki Yamaha FZ.


Tak lama selepas tu, saya berpeluang memiliki. Disebabkan saya berniaga secara sambilan dan selalu ke KL menaiki FZ untuk mengambil stok niaga, kami pun membuat keputusan untuk upgrade dari Yamaha FZ150i kepada Honda CBR250R. Sebab pilih honda CBR adalah seperti di POSTING INI(KLIK). Alhamdulillah saya juga mengecapi impian zaman kanak-kanak.

Adik saya pula yang jiwanya masih belum hilang semangat motor besar mengambil keputusan untuk kembali memiliki motor besar. Setelah membuat survey di Mudah.my, kami mengambil keputusan untuk ke KL mencari motorsikal yang sesuai. Rancangan asal ialah mencari motorsikal terpakai CC atas 250.

Mula-mula test ER6 ni di Kajang, Selangor

Lepas tu pergi Nilai Lama, cuba CBR 500R ni
Hampir seharian kesana kemari. Antar motorsikal yang kami sempat survey ialah Kawasaki ER6N terpakai dan Honda CBR500R terpakai. ER6 pertama yang kami pergi tengok di Kajang tidak memuaskan hati. Kami pergi ke Nilai Lama untuk tengok Honda CBR500R. Memang puas hati dengan CBR500 tu, tetapi kedai tersebut tak mahu menolong kami untuk mencuba buat pinjaman. Katanya slip gaji adik saya tidak lepas (Walaupun belum cuba submit loan).

Kami dengan kecewa bergerak ke destinasi terakhir iaitu di pusat banda KL untuk melihat sebuah lagi ER6 terpakai. Kedai MOTORSIM.

Ni ER6nye
Serah dokumen untuk buat pinjaman. Nak beli cash memang tak la
Sesampai di sana, Alhamdulillah ER6 kondisinya masih baik dan belum ada pembeli. Tanpa melengahkan masa, kami menyerahkan dokumen untuk membuat pinjaman kenderaan. Di kedai ni, tak ada pulak jurujualnya kata tak boleh ke, tak lepas ke. Malah membantu kami mencari jalan untuk lulus pinjaman tersebut. Selesai urusan, kami bertolak balik ke Pahang. Perjalanan hari tu adalah balik hari menaiki kereta.

Beberapa hari selepas tu, adik saya mendapat panggilan mengatakan ER6 tersebut telah dibeli. Loan orang lain terlebih dahulu diluluskan terhadap ER6 tu (Konsep kedai ni sapa cepat dia dapat). Aduh.. kecewa.. Hampir berputus asa. Namun begitu, perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik rancangan. Adik mengambil keputusan untuk mencuba buat pinjaman ER6 baru.

Motor hijau tu buat iklan jek. ahahaha
Dan... Taraaaaaa!!! Alhamdulillah pinjaman berjaya lulus. Kami mengambil cuti selama sehari untuk ke KL bagi menyelesaikan dokumentasi. Adik saya menaiki bas dan kami suami isteri ride dengan CBR. Setelah selesai segala dokumentasi dan memilih aksesori percuma, kami bergerak balik secara konvoi. Disebabkan itu kali pertama adik bawa 650, kami cuma bawa dalam kelajuan antara 100-120 km/j sahaja.

Ni singgah di RnR Temerloh kalau tak salah.

Dari KL, kami bergerak balik waktu petang. sampai di Kuantan malam. Tidur di kuantan semalaman. Besoknya kami konvoi balik ke kampung, singgah di rumah ayah. Sekali lagi ayah mengomel pasal motor besar, tetapi bangga sebab dua orang anaknya pakai 'motor besar'. Hahaha... hai la ayah.. Tau tak apa yang diorang tunjukkan tu?


Ini la bendanya. pada episod akan datang saya akan ceritakan apa benda tu. Hahaha...

Saja panjangkan episod ni sebab nak habiskan cerita dalam satu page saja. Tak nak bersambung sambung.

Sekian..
0
Share



Tu dia.. Dasyat kan tajuk? Hahaha.. Memang cendol tu ada pulut, ada durian dan ada aiskrim. Durian dua ulas. Manis.

Lokasinya terletak di sebelah Klinik Kesihatan Paya Besar, Jalan Bypass Kuantan. Jika dari Semambu / Indera Mahkota / Permatang Badak, jalan menghala ke airport, lokasinya sebelum Petronas Kg Pandan.

Kami pilih Cendol Pulut+Durian+Aiskrim dalam mangkuk untuk mencuba rasa. Sebenarnya cendol kat sini boleh diminta dalam kelapa. Rasanya kelapa muda. Tak tanya la pulak tadi.


Ok, disebabkan cendol yang warna hijau tu dia menggunakan cendol proses kilang, jadi rasanya biasa sahaja. Tak ada feel cendol.

Durian diberikan dua ulas. Manis dan tidak masam. Bila dimakan bersama dengan santan dan air batu, perghhh.. Terangkat beb.. Aiskrim rasa biasa2 sahaja.

Cumanya, air batunya hancur agak kasar. Jika lebih halus, lebih enak. Cendol hijaunya pula jika dibuat sendiri, mungkin lebih lembut dan enak.

NOTA KAKI : Diedit melalui android. Jika susunan berterabur, harap dimaafkan.

Gambar akan dikemaskini selepas diedit melalui komputer. Guna blogger android ni tak boleh upload gambar. Dia jadi hang
0
Share
ni nama kedai dia
Apa kena mengena COD perfume dengan kambing goreng kunyit?hahaha... Memang ada kena mengena.

Malam tadi keluar COD minyak wangi ke Taman Syahzan dan Taman Tas sebanyak 21 botol. Alhamdulillah walaupun tak dapat niaga disebabkan hujan, masih ada yang meminta COD minyak wangi. Terima kasih kami ucapkan kerana menyokong minyak wangi SUNAN.

Syarat untuk COD amat mudah, iaitu minimum order ialah 3 botol roller kecil sahaja. Kami tidak caj penghantaran. Sebab tu kami tetapkan minimum order 3 botol. Kalau order sebotol sahaja = RM10.00, bagaimana kami nak cover kos penghantaran?

Selesai COD, kami singgah kedai BYPASS CORNER. Kedai ni terletak di Kg Pandan 2, Kuantan, tepi Jalan Bypass Kuantan, berdekatan dengan jejantas, jika dari airport nak ke bandar Kuantan, selepas jumpa dengan Petronas Pandan di sebelah kanan, sebelum sampai ke jejantas.


Apa yang istimewa dekat sini ialah menunya mempunyai masakan daging kambing. Jadi saya order nasi goreng kampung, nasi goreng daging merah, daging kambing goreng kunyit dan maggi sup. Tempoh menungggu tidak terlalu lama.


Nasi goreng daging merah. Nasi goreng biasa yang dipadankan dengan daging masak merah. Nasi goreng kosong nampak biasa sahaja digoreng putih dengan sayur campur. Nampak biasa, tetapi rasanya umpph... sedap..

Daging masak merah pula memang sedap dan cukup rasa. Sesetengah kedai, daging masak merahnya betul-betul merah sebab guna pewarna/sirap, tapi rasa masakannya jarang yang sedap.


Nasi goreng kampungnya tiada apa yang istimewa, tetapi rasa masakannya sangat sedap. Sesuai dengan selera saya.


Daging kambing goreng kunyit pula tidak berbau hamis kambing, lemak tidak terlalu banyak. Tidak terlalu masin dan sedap.

Pada saya kedai ini mempunyai kemahiran memasak yang bagus kerana rasa masakannya "cukup rasa", sedap, menepati selera saya.

Makan untuk tiga orang. Makanan yang kami order ialah 1 nasi goreng kampung, 1 nasi goreng daging merah, 1 maggi sup, 1 daging kambing goreng kunyit, 1 milo ais, 1 milo 0 panas, 1 Fresh Orrange dan 1 air suam dengan harga RM29.00.

Pada saya berbaloi dengan servis dan kepuasan rasa masakannya. Di sini ada juga disediakan masakan 'western'. Lain kali insyaALLAH akan dicuba.

Saya pernah makan mihun sup tulang di sini. SEDAP. Jadi jika nak makan sup, kedai ni juga menjadi salah satu kedai pilihan saya.

Sekian...

0
Share
Sambung balik cerita semalam. Hehehe...
Nasi ambil satu pinggan je untuk dua orang. Lauk je ambik dua.hehe

Balik dari Rompin tu, rehat sekejap. Petang tu start kereta dan pergi ke tempat niaga. Malangnya cuaca yang tak mengizinkan. Hujan dari petang lagi. Dalam jam 8.30 malam hujan masih lebat, maka kami pun ambil keputusan untuk pergi makan malam dulu sambil-sambil menunggu kalau-kalau hujan berhenti.

Jadi kami pergi makan di kedai apa nama tah, nama kedainye ada perkataan 'tomyam' bersebelahan kedai MR. DIY Taman Tas. Disebabkan saya suka makan sup dan tomyam, jadi malam tu kami order sup ekor dan tomyam seafood untuk test kedai tu.

Kebiasaannya jika kedai makan sedap dalam masakan sup, masakan tomyamnye kurang sedap. Dah banyak kedai yang saya jumpa macam tu. Jarang-jarang kedai yang kedua-dua masakan berkuah ini dimasak sedap kedua-duanya.

Sup Ekor. Isi telah siap diasing dari tulang ekor.

Makanan agak cepat sampat, tempoh menuggu tak terlalu lama walaupun ketika itu kedai tu banyak pelanggan. Sup ekor sampai pada kami, terus saya Bismillah dan rasa.. Hmmmm... mabeles.. mabeles...

Sedap dan serasi dengan anak tekak saya. Haha.. tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair dan tidak terlalu berlemak. Isinya juga cukup makan. Tak terlalu sedikit.

Yang bagusnya ialah isi sup ekor tu dah siap di asingkan dari tulang ekor. Lemak daripada ekor juga tak terlalu banyak. Jadi supnya kurang berlemak dan tidak muak sehingga ke titisan akhir. Chewah.. Macam iklan la pulakkkk.


Ni pula tomyam seafood. Diperkaya dengan udang dan sotong. Lauknya agak banyak. Puas la makan.

Rasa? Macam yang saya cakap mula-mula tadi, jika supnya sedap maka tomyamnya kurang. Rasa tomyamnya agak kurang "UMMMPPPHHH". Heheh... Sebagai seorang penggemar tomyam dan sup, saya pernah jumpa tomyam yang lebih sedap dari ni.

Pada pandangan saya, tomyam ni ada rasa gen tomyamnya. Cuma mungkin manisnya, pedasnya sedikit kurang. Yang bagusnya ialah lauknya (udang dan sotong) yang banyak.

Harga makan malam tersebut dengan order 1 sup ekor, 1 tomyam seafood, 1 nasi putih, 1 milo ais, 1 teh tarik dan 1 air suam ialah RM22.00. Pada saya harganya berbaloi dengan servis, keselasaan dan rasa makanannya.

Kesimpulannya, kalau nak makan sup sedap, kedai ni boleh dijadikan sebagai satu pilihan. Nanti dah ingat nama kedai, saya update. Lupa nak ambil gambar kedai. hehehe...

Sekian.. Terima kasih kerana mengunjungi blog sunan.
0
Share
Semalam 9 Julai 2017, Ahad...

Pagi-pagi tu bersiap-siap untuk ke Rompin atas satu urusan. dalam jam 8.30 pagi tayar golek melalui jalan Kuantan-Pekan. Sampai di simpang Ubai dalam jam 9.00 pagi. Singgah sebentar makan Nasi Dagang Ubai.


Nampaknya nasi dagang ubai sedang menunggu kedai baru. Buat sementara tu, mereka beroperasi dulu di khemah sementara. Pun begitu, orang masih ramai datang makan. Beratur nak dapatkan nasi dagang.




Kami cuma ambil nasi dagang separuh berlaukkan kari ayam dan kak ayam serta mee goreng berlaukkan sekeping opor daging. Kualiti rasa masakannya masih sedap.


Mee goreng ni merupakan makanan kegemaran semasa kecil. Tak tau la kenapa minat sangat dengan mee goreng. Mungkin masa tu badan sedang membesar. Sampai sekarang kalau sarapan tak ade la makan benda lain. Mee, meehun, kue teau, roti canai. Jarang sangat nak makan nasi pagi-pagi.


Nasi dagang dipilih oleh isteri. Tapi ambil separuh sahaja. Nasi dagangnya sedap dan kenyal. Tak banyak tempat yang dapat menyediakan nasi dagang kenyal dan cukup rasa seperti ini.

Teringat semasa bertugas di Putrajaya dulu, jika nak buat jamuan raya, nasi dagang merupakan menu yang tak akan dilupakan. Nasi dagang tu dimasak oleh salah seorang kakitangan di bahagian yang sama dengan saya. Memang sedap masakan nasi dagangnya.


Semua sekali RM berapa tah. Tak ingat la pula. Hehe... Rasanya dalam belas-belas gitu la. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan dengan mood santai. Kami sampai di bandar Rompin lebih kurang jam 11:30 pagi. Selesai urusan, kami bertolak balik ke Kuantan dalam jam 12.30 tengah hari.

Masa balik ni bawa laju sikit sebab kejar masa. Bawa dalam lingkungan 120-140 km/j. Singgah bandar Pekan sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuantan.

Fuh, seharian ride degan CBR. Selalunya ride dengan isteri ke KL untuk membeli stok barang untuk niaga. Selalu juga ride balik kampung. Nak kata laju sangat, tak juga. Nak dapat ke 140 tu jauh tariknya. Mungkin faktor naik dua orang ditambah pula setting handle supaya tunggangan lebih menegak.

Perjalanan jauh tidak terasa letih atau lenguh dengan setting handle sebegitu. Saya mengisi minyak sebanyak RM20 untuk erjalanan hampir 260 km pergi dan balik.. CBR ni sedap maintain pada kelajuan 130 km/j.

Sekian dulu..
0
Share



Top speed CBR250R? ye.. rata-rata bila cerita pasal motorsikal ni, tak kira la kapcai ke, kuasa sederhana ke, kuasa tinggi ke, benda yang selalu orang tanya ialah top speed. Ok, video kat atas tu ialah top speed seorang penunggang di Brazil. Pada Part 1 yang lepas juga ada satu video daripada Malaysia, yang dikendalikan oleh Rafi Bikers juga boleh tengok top speed.

Ni yang dari Brazil - 177 km/h
Ni dari Rafi Superbike Malaysia - 172 km/h



Saya? Huhuhuhu.. Marilah berhuhuhu... Saya bukanlah pengejar kelajuan. Jadi saya tak setup CBR saya untuk kelajuan.

Saya setup supaya selesa dinaik dua orang. Saya tukar handle yang lebih tinggi menggunakan handle CB300F, beli dari Honda Thailand. Saya tukar windscreen tinggi sedikit supaya boleh ngam dengan handle tinggi. Pada episod akan datanga insyaALLAH saya akan tulis sedikit berkaitan dengan handle tersebut.

Jadinya, tunggangan saya hampir secara menegak, takde meroket. Maka kelajuan yang saya dapat kalau naik seorang ialah 155 km/h. Kalau naik dua orang pula ialah 145 km/h. Selalu kena main dengan Yamaha 125Z tu biasa la beb. Siap main potong memotong lagi dengan 125.. Laju betui 125 yek.

Lantak la.. Saya nak selesa dan stabil. Agak-agak stabil ke bawak Yamaha 125Z dengan kelajuan 150?  Kalau jalan tak rata macam ombak Laut Cina Selatan kena pula angin lintang, stabil tak? Tah la. saya tak pernah bawa 125 dengan kelajuan tu..

Pernah juga dari kampung naik dengan isteri nak balik ke rumah, di pertengahan jalan ada sebiji Yamaha 125Z standart cuba nak kejar(dia tunggang sorang2). Rasanya destinasi dia sama dengan kami. Memang laju walaupun standart gaban. Tapi tak dapat la dia kejar kami. Kami bukan saja2 nak tinggal dia di belakang, tapi kami memang nak cepat sampai ke rumah sebabnya malam tu perlu ke tapak niaga. Jadi memang kami full thortel.

Kelajuan yang selesa nak dibawa dan tak memaksa enjin ialah dalam +-130 km/h. Kalau laju lagi, dah kurang ekonomikal. Tapi minyak masih jimat.

Kebanyakan yang bawa 125 ni suka kejar orang. Dari zaman saya guna FZ150i dulu pun sama. huhu.. Geng2 Kawasaki Ninja 150 tak de pulak kejar2 cucuk orang.. Maaf la kalau korang ada buat perangai ni, rentikan la..

Dulu masa zaman saya guna Yamaha TZM 150, memang saya pecut juga. Saya pernah bawa dengan kelajuan 170 km/h sampai berair mata sebab angin kuat sangat walaupun pakai visor helmet. Itupun belum habis pulas lagi. Thortle masih boleh pulas.

Tapi masa tu ingat mati lagi, banyak dosa belum mintak ampun lagi. Hati pula tak berapa nak kering. Wakakaka... 170km/h dia lain macam baQ hang.. TZM hangpa tak tau la pula macam mana..Tapi zaman tu tak de la saya nak berlumba ke, cucuk orang ke.. Masa tu beli sebab minat jek  dan fikir senang nak balik kampung. Solo ride jek masa tu.

Yamaha TZM 150 orang ni. Pinjam gambar jek
TZM saya dulu skema warna merah.. Selalu ulang alik KL-Kuantan.. Lepas kawin, pencen main TZM. Jual TZM pakai skuter Yamaha Ego LC 125. Jauh benor bezanya. Terasa bawak dengan sangat sopan ala-ala siput. Muahahaha... Tak apa la... Demi bini tercinta. Hahaha

Kebanyakan orang yang beralih ke 4 lejang ni semua dah pencen pasal nak main kelajuan. Semua nak cari keselesaan dan penjimatan. Jadi, bila dah beralih kepada 4 lejang, janganlah mengimpikan lagi kelajuan lagi. Kalau nak juga kelajuan pada 4 lejang, sila la cari cc atas dari 250.

Untuk pengetahuan korang semua, kalau dambakan kelajuan, jangan ambil motorsikal 4 lejang ni. Silakan ambil 2 lejang (Yamaha 125, Kawasaki Ninja 150, tak lupa juga Modenas Dinamik 120)



Tengok tu, testing yang dibuat oleh Rafi Superbike terhadap Modenas Dinamik 120..

150 km/h tuh....
Banyak yang salah anggap dengan CC motorsikal 4 lejang. Bila bawa cc250 jek, orang tanya saya berapa paling laju? Bila saya jawab "dapat la dalam 140-150", Terkejut beruk. Tanya saya "Ye ke? Tak dapat ke 180?''... Ada juga yang kecewa lepas beli 250, tak dapat kelajuan seperti yang diharapkan (180 km/h ke atas). Aishhh... Hangpa ni salah bro...

P ambik superbike la kalau nak laju di 4 lejang. Ambik la cc650 kalau nak laju. Memang dah dicipta untuk kelajuan dan stabil ketika laju.. Pakai je standart, tak payah modi2..

Bersambun di >>PART 4<<
0
Share
Posisi Tunggangan CBR250R

Di pasaran, terdapat beberapa pilihan model motorsikal berkuasa 200-250cc, jadi mengapa CBR250R? Setelah membuat perbandingan dengan beberapa model yang ada (Kawasaki Ninja 250, Z250, 250SL, SYM T2, KTM Duke, Yamaha Y25, Naza Blade, Benelli TNT) saya membuat keputusan untuk memilih Honda CBR250R. Antara beberapa sebab awal mengapa saya memilih CBR ialah :

1. Posisi tunggangan yang selesa(juga ada pada beberapa model lain).


2. Tempat duduk pembonceng belakang yang lebar dan selesa untuk perjalanan harian / jauh(Tiada pada kebanyakan model lain).
Seat CBR250R

Seat Ninja 250r

3. Posisi pembonceng belakang yang selesa, tak terlalu tonggeng (Tiada pada kebanyakan model lain).



4. Mudah dijinakkan, ringan dikendalikan (berat sedikit je dari Yamaha FZ150i), mudah mencilok.
4. Jenama yang diyakini dapat memberi perkhidmatan selepas jualan dengan baik.
5. Enjin satu piston, pada pandangan saya kos penyelenggaraannya tak terlalu mahal.
6. Bunyi enjin yang perlahan. Sebenarnya sudah lama saya tertarik dengan motorsikal polis trafik (Honda ST1300) dek kerana bunyi enjinnya - ala2 bersiul/wisel.Hahaha.. Ni salah satu motorsikal idaman saya.

Point no. 6 tu, cuba dengar kat bawah CBR250R:




Kalau Honda ST1300 pula :




Yang sebenarnya, sebab utama saya pilih CBR ialah posisi tunggangan + keselesaan pembonceng kerana motorsikal ni saya guna setiap hari untuk pergi dan balik kerja. Naik pula dengan isteri terchenta. Chewah. hahaha.. ye.. ini lah sebab utama pilih CBR..

Sungguh, sangat selesa dan seronok untuk naik dua orang.

Bersambung di >>PART 3<<

0
Share

Assalmualaikum..

Sebenarnya dah lama saya nak menulis ulasan ni. Tapi belum berkesempatan. Ini pun tulis sikit-sikit dan simpan ke draf, lepas tu sambung lagi. Berkurun nak siap dan nak publish. Hahaha.... Sebab tu artikel ni panjang berjela-jela. Himpun cerita punya pasal. Kikiki..

Alhamdulillah tahun 2016, saya diberi kesempatan untuk memiliki jentera ni, Honda CBR 250R.. Gambar tu saya google jek. Cumanya gambar tu sama dengan jentera kepunyaan saya. Sebelum ni saya menggunakan Yamaha FZ150i.

Sebenarnya dah lama mengidamkan motorsikal cc 250, tapi terpaksa ambil 150 dulu disebabkan kurang berkemampuan. Dari kecil lagi saya dah minat dengan motorsikal berkuasa tinggi dan memasang impian untuk memiliki.. CBR ni tak de la tinggi sangat kuasanya, tapi boleh la daripada tak ada langsung.. tercapai juga la impian zaman kanak-kanak ni.kikiki

Selepas saya berniaga secara separuh masa di Car Boot Sale, baru la saya ada keyakinan untuk membeli motorsikal cc 250 ni. Beli pun dengan berhutang. Maklumlah, mana la mampu nak beli secara tunai. Untuk spesifikasi CBR250R ni, google la ye. Malas saya nak tulis panjang2 benda tu. Hehehe...

Harga atas jalan semasa saya beli ialah RM22.5K.. disebabkan saya beli pada tahun 2016 dan motorsikal ni dibuat pada tahun 2013, saya mendapat rebet sebanyak RM2.5K, jadi harga atas jalan saya dapat RM20K. Bayaran muka RM5K. Pinjaman kenderaan sebanyak RM15K dengan bayaran bulanan sebanyak RM350.00 untuk tempoh 5 Tahun.. (RM6000 juga la dia punya faedah pinjaman untuk 5 tahun tu). Tak apa la, nak ambil cash mana mampu kan? Loan kedai jek ni.

Pada asalnye tokey kedai minta bayaran muka sebanyak RM8K, wau... Tapi ejas punya ejas, tokey bersetuju untuk bayaran muka RM5K sahaja. Saya trade-in Yamaha Ego LC 125 milik saya dengan nilai RM3K dan tambah duit tunai lagi RM2K (Motorsikal Yamaha FZ150i saya serahkan kepada pakcik saya untuk disambung bayar dengan bayaran muka RM1K).. Jadi, tunai dari kocek saya yang keluar hanya RM1K sahaja..

Hahaha... Bukan apa, saya cerita semua kat sini supaya saya dapat simpan kenangan bagaimana saya boleh dapatkan CBR ni.. Ni ada sedikit lagi gambar dari sudut yang lain..




Perkara yang selalu orang tanya pasal motorsikal ni antaranya ialah top speed kan? berapa top speed Honda CBR250R? Ok, tengok video ni. Video ni dibuat untuk perbandingan antara Honda CBR250R dengan Kawasaki Ninja 250SL disebabkan spesifikasinya hampir sama (cc250, single piston). Layannnnnn :




Untuk versi mobile, awak-awak semua boleh klik kat tajuk pada video seperti gambar di bawah dan tonton di youtube mobile untuk paparan penuh. Saiz video ni hanya sesuai untuk pelayaran web atau guna mobile tetapi REQUEST DESKTOP SITE.




Bersambung di >>PART 2<<
0
Share


Hari guru....

Bila sebut guru/cikgu, mula la jiwa ni terkenangkan zaman2 berhingus dulu. Sungguh banyak kenangan manis.

Kenangan tak manis dengan cikgu pun ada. Setakat kena rotan, berdiri atas kerusi, berdiri luar kelas, kena libas dengan pembaris besar sampai patah pembaris (Banyak sungguh peruntukan sekolah beli pembaris kayu masa tu.kikiki), kena tarik sideburn dan macam2 lagi... tu, biasa la bro.. adatlah dah buat salah.

0
Share
Assalamualaikum..

Baru tadi saya COD perfume ke Tanjung Lumpur Kuantan. Terima kasih kepada pelanggan yang budiman kerana support perniagaan saya. Beliau dah hubungi saya dari malam tadi. Alhamdulillah beliau ambil sebanyak 6 botol yang bernilai RM10.00 sebotol. Kami berikan percuma sebotol, dan berikan pengurangan harga sebagai galakan membeli.

0
Share

Assalamualaikum pembaca yang budiman..
Nak niaga, tapi dalam dilema tak tahu nak niaga apa, tak ada idea nak niaga apa.. Sapa-sapa nak niaga biasanya akan alami situasi tu termasuklah saya.


DULU-DULU
Masa kecil-kecil dulu saya minat sangat niaga. Ibu saya berkebun, kutip hasil , saya dan adik akan bawa naik basikal jual hasil kebun. Pernah juga merasa sistem barter masa tu. Kami bawa kangkung untuk ditukarkan dengan kelapa kat kampung sebelah sebab kelapa susah nak dapat dalam kampung tu.

Lepas tu upgrade sikit, buat kuih-muih dan jual sekeliling kampung. Masa ni ayah dah ambil alih bawa kuih jual disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan ayah untuk bekerja luar. Ayah saya kerja buruh binaan je, bila dah berusia dan ada alahan pada kulit, terpaksa la berhenti kerja buruh.

Bila usia saya meningkat remaja, keluar bekerja di luar pun masih minat nak berniaga. Tetapi tak tahu macam mana nak mula, apa bidang yang sesuai. Sampailah dapat kerja tetap, pun masih minat berniaga.

IDEA NIAGA

Sebelum saya niaga secara sambilan ni, jenuh la fikirkan apa bende la nak diniagakan. Sebenarnya banyak sangat yang boleh diniagakan, tapi ilham jenis nak niaga tu belum terlintas di fikiran. Buat pembaca yang sedang dalam perancangan nak mulakan perniagaan, berikut adalah cadangan saya apa nak niagakan :

PALING MUDAH, NIAGAKAN HOBI DAN MINAT



Apa hobi hangpa? apa minat hangpa? Cuba fikirkan salah satu hobi dan minat hangpa  yang ada potensi dalam pasaran. Saya niagakan perfume ni sebab minat saya terhadap perfume. Pergi la ke mana pun, kalau saya jumpa kedai perfume, dah jadi tabiat saya akan cuba perfume yang ada di kedai tersebut.

Sampai satu masa, saya terfikir kenapa saya tak niagakan perfume? Alhamdulillah minat saya tu dijadikan satu perniagaan.

Sebagai contoh, jika hobi adalah memancing. Semua port, lubuk pancing dah tahu. Jenis mesin, jenis umpan, resipi umpan dan lain2 berkaitan bab memancing, boleh cuba niagakan hal2 yang berkaitan memancing. Mungkin boleh niagakan sekecil-kecil perniagaan ialah menjual alat memancing, umpan, joran dan lain-lain. Nak upgrade sikit, buat sewaan bot memancing atau sediakan perkhidmatan bawa bot memancing. Lagi upgrade, ada rezeki lagi, buat pulak chalet untuk pemancing.

Apa hobi anda? Apa minat anda? ada potensi tak dalam pasaran? cuba jadikannya perniagaan. TAPI.. TAPI... Jangan la sebab hobi hangpa ialah playboy, jangan gatal2 nak niagakan perempuan pulak. Tu tak betul tu... Buatlah benda yang halal dan sah disisi undang-undang.

NIAGA MENGIKUT KEHENDAK PASARAN SETEMPAT
Contoh mudah ialah katakanlah hangpa tinggal di kawasan perumahan/kampung, antara keperluan kat situ ialah kedai barangan basah/barang keperluan harian (ikan, ayam, sayur,beras, sabun dan lain-lain).

Kalau kat bandar pula, paling mudah nak niaga ialah makanan yang mudah dimakan. Sambil berlari pun boleh makan.Tak semestinya fast food.

Ok, tu antara pandangan saya bagi yang tengah cari idea perniagaan. Paling mudah ialah jadikan hobi dan minat sebagai perniagaan. Cumanya, kajilah dahulu pasarannya.. Semoga dapat membantu..

Oh ya, kalau nak cuba perfume yang saya niagakan, boleh jumpa kami di lokasi berikut :

1. Car Boot Sale UTC Kuantan - Setiap Jumaat, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam
2. Car Boot Sale Taman Tas, Kuantan -  Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam


P/S : Jika dah ada kerja tetap, jangan jejaskan kerja tersebut disebabkan perniagaan sampingan anda. Jadilah peniaga yang bijak dan profesional mengatur masa..
0
Share
Alhamdulillah...

Syukur setakat hari ini kawasan rumah kami selamat daripada bencana banjir. Beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang mengalami banjir akibat daripada hujan lebat minggu lalu yang telah mengumpul air yang banyak.

Jadi, air dari kawasan Lipis dan Jerantut turun melalui Sungai Pahang menyebabkan kawasan yang berada di laluan sungai dinaiki air. Ketika saya menulis, air telah sampai di kawasan Daerah Pekan.

Musim-musim banjir ni teringat pula masa kecil, musim seperti inilah yang sangat dinantikan oleh kami yang ketika itu masih kecil dan tak kenal erti takut akan bahaya banjir. Apa yang seronok sangat masa tu?

Beberapa aktiviti yang ditunggu-tunggu masa musim banjir ialah salah satunya sudah tentu tangkap ikan darat.

Gambar pinjam dari antaranews.com
Ketika musim banjir, ikan daripada hulu sungai dan paya didalam hutan memenuhi sawah padi dan longkang. Masa tu belum berleluasa penggunaan racun rumpai dan penerokaan hutan. Jadi, ikan-ikan darat memang banyak. Sepanjang-panjang longkang penuh dengan ikan.

Kalau menggunakan kaedah menangguk seperti gambar di atas, sekali angkat penuh satu baldi ikan. Nak angkat tangguk tu kena tenaga orang dewasa. Paling syok sekali, ikan haruan suka lawan arus air sampai kadang-kadang ikan haruan tu melompat naik atas darat(atas jalan tepi longkang). Berebutlah kami kanak-kanak. Orang tua-tua pun ikut sama berebut. Macam pesta pun ada. Hahaha..


Ikan-ikan yang banyak ini kami akan siang, bersihkan, letakkan garam dan simpan sementara nak tunggu cuaca panas. Bila cuaca panas,ikan tadi akan dijemur dijadikan ikan kering. Masa tu mana ada peti ais kat rumah. Jadi tak dapatlah nak frozenkan ikan tu. Paling sedap ialah ikan sepat kering yang sebesar antara dua-tiga jari. Goreng garing-garing dan makan dengan nasi goreng. Pergggghhhh....

Bila hujan dan mula perlahan, aktiviti seterusnya pula ialah tangkap puyuh dalam kawasan paya. Kejar ramai-ramai sampai dapat. Puyuh ni, bila dia terbang banyak kali, bulu kepaknya akan basah. Jadi senanglah nak tangkap selepas itu.


Gambar pinjam lagi.hehe...
Selepas hujan dah habis, matahari pula menyinar, musim kutip cendawan/kulat hutan pula.

ni pun gambar pinjam..

Cendawan yang jadi buruan kami masa tu ialah cendawan kukur. Kami paggil kulat sisir. Bawak guni tuh pergi kutip. Sangat sedap buat masak lemak cili api. Perghhhh... kecur air liur malam2 ni..

Musim kemarau pula kami penuhi dengan aktiviti menangkap ikan didalam paya yang hampir kering. Hutan paya yang penuh dengan pokok-pokok renek dan semak. Setiap rumpun semak biasanya ada air yang hampir kering.

Kami, kumpulan kanak2 akan masuk ke dalam semak tu untuk menangkap ikan. tangkap guna tangan, raba didalam air selut. Memang tak fikir risiko langsung masa kecil2. Alhamdulillah ALLAH lindungi kami.

Indahnya zaman kanak-kanak. Tak mengenal erti takut. Penuh dengan aktiviti yang berfaedah lagi menyeronokkan. Sepakat geng2 kanak2 sekampung nak buat aktiviti apa pun. Sampai ke dalam hutan punya aktiviti.

Kanak-kanak zaman sekarang dah kurang mengenali aktiviti lasak seperti ini dek kerana peredaran zaman. Oh, indahnya zaman kanak-kanak.. Terasa ingin kembali ke zaman tu.
0
Share
Assalamualaikum..
Buat pengguna dan peminat-peminat perfume/minyak wangi Sunan, kami mohon maaf kerana tak dapat beroperasi beberapa hari yang lalu disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Pati wangian kami adalah pati yang berkualiti. Pati perfume ini sangat sensitif dengan air.

Oleh itu demi menjaga kualiti perfume kami, kami akan menutup operasi jualan sekiranya hujan.


Buat peminat dan pengguna perfume sunan, kami ingin maklumkan bahawa kami boleh COD atau hantar perfume kegemaran anda terus kepada anda tetapi dengan SYARAT BERIKUT :

1. Waktu COD adalah : ISNIN-KHAMIS, JAM 8.00 - 10.00 Malam.
2. MINIMUM : 3 BOTOL keatas.
3. Kawasan COD : Bandar Kuantan HINGGA Taman Tas Sahaja. Luar kawasan boleh dibincangkan berdasarkan kuantiti order/kos pengangkutan.

Hari JUMAAT, SABTU DAN AHAD TIADA COD kerana kami jual di Car Boot Sale/CBS seperti berikut :

1. JUMAAT : CBS hadapan UTC
2. SABTU : CBS Taman Tas
3. AHAD : CBS Taman Tas

Bagi yang berada di luar kawasan, kami juga boleh pos perfume kegemaran anda dengan kos yang minima/free(bergantung kepada order). Tiada minimum order untuk pos, tetapi rugi kos pos kalau order hanya sebotol sahaja.

NOTA : Harga yang disyorkan adalah harga PROMOSI PENGENALAN

Pilihan perfume yang kami sediakan adalah seperti berikut :

1. Pati perfume botol roller. RM10.00 SEBOTOL
2. Perfume/Penyegar udara kereta dan rumah. RM10.00 SEBOTOL
3. Perume spray. Harga pelbagai variasi.

Diluar sana banyak perfume dengan harga yang lebih murah. Ada yang jual tiga botol RM10/RM15. Dua botol RM15 PERCUMA SEBOTOL dan macam2 lagi harga. Tapi harga kami tetap RM10 sebotol. Mengapa? Apa beza perfume kami dengan yang lain?

Jika anda sememangnya 'hantu perfume' seperti saya, pasti akan tau perbezaan dari segi kualiti bau dan ketahanan bau perfume kami selepas digunakan. Saya tak nak cerita apa beza perfume kami dengan yang lain sebab saya nak anda cuba sendiri dan bandingkan sendiri.

Jika dah cuba sendiri baru la tau beza. Kalau saya bagitau beza kat blog ni, nampak macam saya nak 'masuk bakul angkat sendiri' pula, Hahaha... sebab tu la saya nak anda cuba sendiri. Buat masa ini, ini adalah perfume yang kami ada :

UNTUK LELAKI

*Aqua Di Gio (Men)
*Dunhill Desire Blue (Men)
*Dunhill Desire Red (Men)
*Hugo Boss Orange (Men)
*Mont Blanc Legent (Men)
*Mont Blanc Starwalker (Men)
*Paco Rabane One Million (Men)
*Ralph Lauren Polo Red (Men)
*Ralph Lauren Polo Blue (Men)
*Ralph Lauren Polo Black (Men)

UNTUK PEREMPUAN

*Avril Lavigne Forbidden Rose(Che Ta) (Women)
*Body Shop Vanilla (Women)
*Britney Spears Midnight Fantasy (Women)
*Gucci Flora (Women)
*Paco Rabane Lady Million (Women)
*Paris Hilton Can-Can (Women)
*Paris Hilton Siren (Women)
*Nina Richi Love (Women)
*Anna Sui Dolly Girl (Women)

UNIVERSAL/LELAKI-PEREMPUAN BOLEH:
*Salvato Ferragamo Incanto Shine
*Victoria Secret Bombshell
*Burberry

Stok2 ini akan diupdate dari masa ke semasa. insyaALLAH.
2
Share


Masa kecik2, saya diajar utk habiskan makanan dlm pinggan. nasi sebiji pun jangan tinggal. Ayah kata nanti nasi tu menangis. Saya pun makan la sampai licin sbb takut nasi tu nangis. Alhamdulillah, sampai saya besar masih amalkan habiskan makanan dalam pinggan, x tinggal sedikit pun. nasib baik tulang tak boleh dimakan.

Sekarang habiskan nasi bukan lagi sebab takut nasi menangis, tapi sbb tau bertapa susahnya nk hasilkan sesuatu makanan tu. nk dpt nasi putih pun perlu tanam daripada padi, dijaga berbulan2 sblm diproses menjadi beras dan dimasak.

Itu baru nasi putih. Lauknya? Setiap kali kita makan nasi, pasti ada lauk-pauk seperti ikan, ayam, daging, sayur dan lain2 lagi. Sedar tak nak hasilkan sejenis lauk tu prosesnya ambil masa yang sangat lama? mengorbankan banyak perkara? Semua barang2 tu sampai ke dapur, dicampur dalam masakan menjadi satu menu. Dimasak dalam masa yang singkat, dimakan dalam masa yang singkat. Tak habis, dibuang begitu sahaja.


Bila tengok video ni, teringat masa kecik2 dulu ayah selalu cerita kononnya dulu2 ada sorang insan tengah basuh pinggan terdengar ada tangisan. Setelah dicari2, rupanya ada sebiji nasi tengah menangis. "Kenapa nangis?" tanya insan tu..

Nasi tu jawab "sebab saya dibuang". Akhirnya insan tu bersihkan nasi tu dan makan. Kesudahannya, dia berasa kenyang selama setahun. Dongeng, tapi pengajarannya berjaya membuatkan saya habiskan makanan. Sebenarnya kisah nasi menangis ni banyak versinya, tetapi lebih kurang sama isinya.

Cerita dongeng dulu2 sebenarnya penuh pengajaran. Pengajaran tu dididik dlm bentuk yang kanak2 suka iaitu CERITA yang akhirnya kanak2 contohi tauladan dalam cerita tersebut.

Kanak2 akan mengingati apa yang diajar secara konsisten kepada mereka ketika kanak2 kecil dan mungkin diamalkan sehingga dewasa.
Terpulanglah samaada ibu bapa dedahkan benda yang baik atau tak baik kepada kanak2 tu. Kalau tunjukkan tauldan yg baik, maka yang baiklah akan jadi ikutan kanak2 sampai dewasa.

kalau dedahkan benda tak baik, maka hasilnya tak baik juga. Kalau manjakan anak ketika kecil, maka lambatlah anak menjadi lasak dan dewasa. Kalau dari kecil dah diajar berdikari, bersusah payah, maka jiwanya akan menjadi kental dan lasak.

Semoga kamu2 yang berpeluang merasai nikmat memperolehi anak, akan mendidik dan memperkayakan anak dengan ilmu agama, ilmu adab dan akhlak yang baik. insyaALLAH.

Kesimpulannya... Dah macam karangan sekolah la pula ada kesimpulan2. Hehehe... :
1. Nak bentuk karakter anak, hendaklah dari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila dah besar, dah susah nak bentuk. Ambil masa nak bentuk.

2. Janganlah membazir makanan. Setiap kali nak memasak/makan, masak dan ambillah makanan sekadar yang boleh dihabiskan sahaja. Jangan ambil berlebihan tamak/ikut nafsu mata sehingga makanan tak habis kerana kenyang dan akhirnya dibuang. Habiskan makanan yang diambil. Kalau tak cukup, tambah la lagi.


0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2024 (3)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (2)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ▼  2017 (18)
    • ▼  Jul (8)
      • Motor Besar, Kenangan Zaman Kanak-Kanak
      • Cendol Pulut Durian Aiskrim. Tudia...
      • COD Perfume dan Kambing Goreng Kunyit di Jalan Byp...
      • Test Sup Ekor Dan Tom Yam Seafood di Taman Tas Kua...
      • Ride Ke Rompin, Pahang dan Nasi Dagang Ubai
      • Sedikit Review / Pandangan / Ulasan Mengenai Honda...
      • Sedikit Review / Pandangan / Ulasan Mengenai Honda...
      • Sedikit Review / Pandangan / Ulasan Mengenai Honda...
    • ►  Mei (2)
      • Hari Guru... Kenangan Bersamamu Masih Terpahat.
      • Q & A : Perfume SUNAN ni ori ke tak?
    • ►  Feb (1)
      • Idea Niaga. Nak Niaga Tapi Tak Ada Idea?
    • ►  Jan (7)
      • Banjir Oh Banjir...
      • COD Perfume Sekitar Kuantan
      • Nak Dengar Nasi Menangis? Pernah Dengar?
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (24) cbr250r (7) fz150i (8) handfon (5) info (6) jalan-jalan (12) kereta (23) motorsikal (18) naza ria (17) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (1) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose