Assalamualaikum
pembaca yang budiman..
Nak niaga, tapi dalam dilema tak tahu nak niaga apa, tak ada idea nak niaga apa.. Sapa-sapa nak niaga biasanya akan alami situasi tu termasuklah saya.
Nak niaga, tapi dalam dilema tak tahu nak niaga apa, tak ada idea nak niaga apa.. Sapa-sapa nak niaga biasanya akan alami situasi tu termasuklah saya.
DULU-DULU
Masa kecil-kecil dulu saya minat sangat niaga. Ibu saya berkebun, kutip hasil , saya dan adik akan bawa naik basikal jual hasil kebun. Pernah juga merasa sistem barter masa tu. Kami bawa kangkung untuk ditukarkan dengan kelapa kat kampung sebelah sebab kelapa susah nak dapat dalam kampung tu.
Lepas tu upgrade sikit, buat kuih-muih dan jual sekeliling kampung. Masa ni ayah dah ambil alih bawa kuih jual disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan ayah untuk bekerja luar. Ayah saya kerja buruh binaan je, bila dah berusia dan ada alahan pada kulit, terpaksa la berhenti kerja buruh.
Bila usia
saya meningkat remaja, keluar bekerja di luar pun masih minat nak berniaga.
Tetapi tak tahu macam mana nak mula, apa bidang yang sesuai. Sampailah dapat
kerja tetap, pun masih minat berniaga.
IDEA NIAGA
Sebelum saya
niaga secara sambilan ni, jenuh la fikirkan apa bende la nak diniagakan.
Sebenarnya banyak sangat yang boleh diniagakan, tapi ilham jenis nak niaga tu
belum terlintas di fikiran. Buat pembaca yang sedang dalam perancangan nak mulakan
perniagaan, berikut adalah cadangan saya apa nak niagakan :
Apa hobi hangpa?
apa minat hangpa? Cuba fikirkan salah satu hobi dan minat hangpa yang ada potensi dalam pasaran. Saya niagakan
perfume ni sebab minat saya terhadap perfume. Pergi la ke mana pun, kalau saya
jumpa kedai perfume, dah jadi tabiat saya akan cuba perfume yang ada di kedai
tersebut.
Sampai satu
masa, saya terfikir kenapa saya tak niagakan perfume? Alhamdulillah minat saya
tu dijadikan satu perniagaan.
Sebagai
contoh, jika hobi adalah memancing. Semua port, lubuk pancing dah tahu. Jenis
mesin, jenis umpan, resipi umpan dan lain2 berkaitan bab memancing, boleh cuba
niagakan hal2 yang berkaitan memancing. Mungkin boleh niagakan sekecil-kecil
perniagaan ialah menjual alat memancing, umpan, joran dan lain-lain. Nak
upgrade sikit, buat sewaan bot memancing atau sediakan perkhidmatan bawa bot
memancing. Lagi upgrade, ada rezeki lagi, buat pulak chalet untuk pemancing.
Apa hobi
anda? Apa minat anda? ada potensi tak dalam pasaran? cuba jadikannya
perniagaan. TAPI.. TAPI... Jangan la sebab hobi hangpa ialah playboy, jangan
gatal2 nak niagakan perempuan pulak. Tu tak betul tu... Buatlah benda yang
halal dan sah disisi undang-undang.
NIAGA
MENGIKUT KEHENDAK PASARAN SETEMPAT
Contoh mudah
ialah katakanlah hangpa tinggal di kawasan perumahan/kampung, antara keperluan
kat situ ialah kedai barangan basah/barang keperluan harian (ikan, ayam,
sayur,beras, sabun dan lain-lain).
Kalau kat
bandar pula, paling mudah nak niaga ialah makanan yang mudah dimakan. Sambil
berlari pun boleh makan.Tak semestinya fast food.
Ok, tu
antara pandangan saya bagi yang tengah cari idea perniagaan. Paling mudah ialah
jadikan hobi dan minat sebagai perniagaan. Cumanya, kajilah dahulu pasarannya..
Semoga dapat membantu..
Oh ya, kalau
nak cuba perfume yang saya niagakan, boleh jumpa kami di lokasi berikut :
1. Car Boot
Sale UTC Kuantan - Setiap Jumaat, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam
2. Car Boot
Sale Taman Tas, Kuantan - Setiap Sabtu
dan Ahad, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam
P/S : Jika
dah ada kerja tetap, jangan jejaskan kerja tersebut disebabkan perniagaan
sampingan anda. Jadilah peniaga yang bijak dan profesional mengatur masa..