COD Perfume dan Kambing Goreng Kunyit di Jalan Bypass Kuantan

ni nama kedai dia
Apa kena mengena COD perfume dengan kambing goreng kunyit?hahaha... Memang ada kena mengena.

Malam tadi keluar COD minyak wangi ke Taman Syahzan dan Taman Tas sebanyak 21 botol. Alhamdulillah walaupun tak dapat niaga disebabkan hujan, masih ada yang meminta COD minyak wangi. Terima kasih kami ucapkan kerana menyokong minyak wangi SUNAN.

Syarat untuk COD amat mudah, iaitu minimum order ialah 3 botol roller kecil sahaja. Kami tidak caj penghantaran. Sebab tu kami tetapkan minimum order 3 botol. Kalau order sebotol sahaja = RM10.00, bagaimana kami nak cover kos penghantaran?

Selesai COD, kami singgah kedai BYPASS CORNER. Kedai ni terletak di Kg Pandan 2, Kuantan, tepi Jalan Bypass Kuantan, berdekatan dengan jejantas, jika dari airport nak ke bandar Kuantan, selepas jumpa dengan Petronas Pandan di sebelah kanan, sebelum sampai ke jejantas.


Apa yang istimewa dekat sini ialah menunya mempunyai masakan daging kambing. Jadi saya order nasi goreng kampung, nasi goreng daging merah, daging kambing goreng kunyit dan maggi sup. Tempoh menungggu tidak terlalu lama.


Nasi goreng daging merah. Nasi goreng biasa yang dipadankan dengan daging masak merah. Nasi goreng kosong nampak biasa sahaja digoreng putih dengan sayur campur. Nampak biasa, tetapi rasanya umpph... sedap..

Daging masak merah pula memang sedap dan cukup rasa. Sesetengah kedai, daging masak merahnya betul-betul merah sebab guna pewarna/sirap, tapi rasa masakannya jarang yang sedap.


Nasi goreng kampungnya tiada apa yang istimewa, tetapi rasa masakannya sangat sedap. Sesuai dengan selera saya.


Daging kambing goreng kunyit pula tidak berbau hamis kambing, lemak tidak terlalu banyak. Tidak terlalu masin dan sedap.

Pada saya kedai ini mempunyai kemahiran memasak yang bagus kerana rasa masakannya "cukup rasa", sedap, menepati selera saya.

Makan untuk tiga orang. Makanan yang kami order ialah 1 nasi goreng kampung, 1 nasi goreng daging merah, 1 maggi sup, 1 daging kambing goreng kunyit, 1 milo ais, 1 milo 0 panas, 1 Fresh Orrange dan 1 air suam dengan harga RM29.00.

Pada saya berbaloi dengan servis dan kepuasan rasa masakannya. Di sini ada juga disediakan masakan 'western'. Lain kali insyaALLAH akan dicuba.

Saya pernah makan mihun sup tulang di sini. SEDAP. Jadi jika nak makan sup, kedai ni juga menjadi salah satu kedai pilihan saya.

Sekian...

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI