Banjir Oh Banjir...

Alhamdulillah...

Syukur setakat hari ini kawasan rumah kami selamat daripada bencana banjir. Beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang mengalami banjir akibat daripada hujan lebat minggu lalu yang telah mengumpul air yang banyak.

Jadi, air dari kawasan Lipis dan Jerantut turun melalui Sungai Pahang menyebabkan kawasan yang berada di laluan sungai dinaiki air. Ketika saya menulis, air telah sampai di kawasan Daerah Pekan.

Musim-musim banjir ni teringat pula masa kecil, musim seperti inilah yang sangat dinantikan oleh kami yang ketika itu masih kecil dan tak kenal erti takut akan bahaya banjir. Apa yang seronok sangat masa tu?

Beberapa aktiviti yang ditunggu-tunggu masa musim banjir ialah salah satunya sudah tentu tangkap ikan darat.

Gambar pinjam dari antaranews.com
Ketika musim banjir, ikan daripada hulu sungai dan paya didalam hutan memenuhi sawah padi dan longkang. Masa tu belum berleluasa penggunaan racun rumpai dan penerokaan hutan. Jadi, ikan-ikan darat memang banyak. Sepanjang-panjang longkang penuh dengan ikan.

Kalau menggunakan kaedah menangguk seperti gambar di atas, sekali angkat penuh satu baldi ikan. Nak angkat tangguk tu kena tenaga orang dewasa. Paling syok sekali, ikan haruan suka lawan arus air sampai kadang-kadang ikan haruan tu melompat naik atas darat(atas jalan tepi longkang). Berebutlah kami kanak-kanak. Orang tua-tua pun ikut sama berebut. Macam pesta pun ada. Hahaha..


Ikan-ikan yang banyak ini kami akan siang, bersihkan, letakkan garam dan simpan sementara nak tunggu cuaca panas. Bila cuaca panas,ikan tadi akan dijemur dijadikan ikan kering. Masa tu mana ada peti ais kat rumah. Jadi tak dapatlah nak frozenkan ikan tu. Paling sedap ialah ikan sepat kering yang sebesar antara dua-tiga jari. Goreng garing-garing dan makan dengan nasi goreng. Pergggghhhh....

Bila hujan dan mula perlahan, aktiviti seterusnya pula ialah tangkap puyuh dalam kawasan paya. Kejar ramai-ramai sampai dapat. Puyuh ni, bila dia terbang banyak kali, bulu kepaknya akan basah. Jadi senanglah nak tangkap selepas itu.


Gambar pinjam lagi.hehe...
Selepas hujan dah habis, matahari pula menyinar, musim kutip cendawan/kulat hutan pula.

ni pun gambar pinjam..

Cendawan yang jadi buruan kami masa tu ialah cendawan kukur. Kami paggil kulat sisir. Bawak guni tuh pergi kutip. Sangat sedap buat masak lemak cili api. Perghhhh... kecur air liur malam2 ni..

Musim kemarau pula kami penuhi dengan aktiviti menangkap ikan didalam paya yang hampir kering. Hutan paya yang penuh dengan pokok-pokok renek dan semak. Setiap rumpun semak biasanya ada air yang hampir kering.

Kami, kumpulan kanak2 akan masuk ke dalam semak tu untuk menangkap ikan. tangkap guna tangan, raba didalam air selut. Memang tak fikir risiko langsung masa kecil2. Alhamdulillah ALLAH lindungi kami.

Indahnya zaman kanak-kanak. Tak mengenal erti takut. Penuh dengan aktiviti yang berfaedah lagi menyeronokkan. Sepakat geng2 kanak2 sekampung nak buat aktiviti apa pun. Sampai ke dalam hutan punya aktiviti.

Kanak-kanak zaman sekarang dah kurang mengenali aktiviti lasak seperti ini dek kerana peredaran zaman. Oh, indahnya zaman kanak-kanak.. Terasa ingin kembali ke zaman tu.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.