Maaflah kerana penulisan terberhenti sebentar sebelum ini kerana beberapa kekangan. Momentom agak hilang.
NIKMATI KEHIDUPAN BERDUA
Ya, walaupun kami sedih belum dikurniakan anak, kami cuba menikmati hidup kami sebaik mungkin. Menikmati hidup kami tanpa anak. Balik kampung sejauh 100 kilometer menaiki motor kapcai SYM e-Bonus 110. Nama je 110 cc, bawa kelajuan pun tak sampai 100 kmj. Hahaha..
Memang kami cuba bergembira sehabis mungkin. Saya juga telah hentikan sebarang rawatan klinikal kepada isteri untuk rehatkannya. Kasihan tengok isteri yang sentiasa berusaha berubat, kena cucuk macam-macam ubat.
Kami meneruskan rawatan dengan perawat islam sekadarnya. Masih meneruskan minum susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Semuanya ala kadar, tidak lagi mengejar seperti dahulu bagi mengelakkan tertekan.
Kami juga berhenti berniga sekitar awal tahun 2018 bagi merehatkan badan dari kekalutan mencari pendapatan. Memang betul-betul berehat la. Hahaha.. Manjakan diri. Saya juga secara kerap membawa isteri bersantai di pantai setelah habis bekerja.
Di pantai, kami saling bercerita, meluahkan, berbincang. Dating la katakan. Me time. kikiki..
DETIK
Sekitar bulan 11 tahun 2018, haid isteri datang lewat seperti biasa. Kadang-kadang datang awal, kadang-kadang datang lewat sampai dua minggu membuatkan kami menyangka isteri hamil. Apabila buat ujian UPT, didapati negatif.
Maka, telah jadi kebiasaan haid lambat kepada kami. Jadi kami pun buat tidak kisah la apabila kali ini pun haid datang lambat.
Seperti biasa, setiap petang Jumaat, kami akan balik ke kampung menziarah ibu dan ayah. Petang Ahad pula kami akan balik ke Kuantan semula. Cuma kali ini, kami balik menaiki sebuah motor kapcai SYM e-Bonus 110 cc yang tidak laju tu. Hahaha..
Pulas minyak habis pun tak laju. Rasanya dalam 100 km/j sahaja. Dia punya gegar enjin tu jangan cakap la, habis kebas kaki tangan. Lenguh nak sampai ke destinasi perjalanan 100 km tu jangan cakap la. Hahaha. Sesekali kami akan singgah di pam minyak atau tepi pantai untuk berhenti rehat.
TANDA-TANDA
Tidak berapa lama tu, isteri mendapat simptom seperti orang mengandung iaitu loya tekak, pahit tekak dan ada kalanya seperti nak muntah. Perkara ini pun menjadi kebiasaan kepada isteri setiap kali datang haid. Dapat simptom seperti orang mengandung.
Kami pun buat biasa-biasa sahaja memandangkan tempoh untuk datang haid telah tiba (meskipun lewat dua minggu) kerana telah jadi kebiasaan begitu walaupun tidak mengandung.
Simptom tu tak berhenti di situ. Simptom lain mula datang seperti badan isteri letih-letih. Saya pun pelik juga dengan saya sekali letih-letih. Kemuncaknya isteri saya kata, perfume yang saya pakai tu bau dia tak sedap.
AKHIRNYA!
Kami pun membeli kit ujian kehamilan dan cuba membuat ujian kehamilan. WOW! Double line! Gambar di atas tu adalah gambar sebenar kami test. Nampak kabur, berdebar-debar pula rasa. Tak mengapa. Nak gembira sangat pun, line 1 lagi kabur. Kami masih simpan pregnant test pertama ini hingga hari ini sebagai kenang-kenangan.
Kami ambil masa seminggu lagi dengan penuh debaran dan membuat ujian UPT sekali lagi. Masih double line. Kami berpeluk kegembiraan, mengalir air mata kesyukuran. Namun kami masih lagi mengawal perasaan.
PASTI!
Untuk kepastian, kami kena ke klinik kesihatan untuk mengesahkan kehamilan. Memandangkan line satu lagi kabur, kami tunggu seminggu lagi dan kemudian kami ke Klinik Kesihatan terdekat untuk membuat ujian kehamilan.
Alhamdulillah, semua ujian menunjukkan isteri hamil. Syukur tidak terkata! Setelah berubat kesana kesini, makan macam-macam supplement, buat macam-macam rawatan setelah sekian lama, akhirnya isteri hamil setelah rehat selama 1 tahun dari semua rawatan.
Kami mengambil keputusan untuk rahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan, keluarga yang lain termasuk ibu dan ayah dan menunggu kandungan stabil bagi mengelakkan kegembiraan menjadi kekecewaan seperti kandungan ectopic pregnancy sebelum ini.
Kalau dah rezeki kan, naik motor kapcai pergi balik 200 kilometer, bergegar-gegar pun masih rezeki jua. Tidak la ada masalah bleeding ke apa.
Tapi selepas tahu kata hamil, memang kami jaga betul-betul la selepas itu. Pergi kerja atau balik kampung pun naik kereta sahaja. Motor memang parking lama la masa itu. Kami kurangkan juga balik kampung untuk elakkkan risiko kepada kandungan akibat daripada travel.
Bersambung di episod seterusnya..
EPISOD 14 (KAMING SUN) / EPISOD 12
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.