Idea Niaga. Nak Niaga Tapi Tak Ada Idea?


Assalamualaikum pembaca yang budiman..
Nak niaga, tapi dalam dilema tak tahu nak niaga apa, tak ada idea nak niaga apa.. Sapa-sapa nak niaga biasanya akan alami situasi tu termasuklah saya.


DULU-DULU
Masa kecil-kecil dulu saya minat sangat niaga. Ibu saya berkebun, kutip hasil , saya dan adik akan bawa naik basikal jual hasil kebun. Pernah juga merasa sistem barter masa tu. Kami bawa kangkung untuk ditukarkan dengan kelapa kat kampung sebelah sebab kelapa susah nak dapat dalam kampung tu.

Lepas tu upgrade sikit, buat kuih-muih dan jual sekeliling kampung. Masa ni ayah dah ambil alih bawa kuih jual disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan ayah untuk bekerja luar. Ayah saya kerja buruh binaan je, bila dah berusia dan ada alahan pada kulit, terpaksa la berhenti kerja buruh.

Bila usia saya meningkat remaja, keluar bekerja di luar pun masih minat nak berniaga. Tetapi tak tahu macam mana nak mula, apa bidang yang sesuai. Sampailah dapat kerja tetap, pun masih minat berniaga.

IDEA NIAGA

Sebelum saya niaga secara sambilan ni, jenuh la fikirkan apa bende la nak diniagakan. Sebenarnya banyak sangat yang boleh diniagakan, tapi ilham jenis nak niaga tu belum terlintas di fikiran. Buat pembaca yang sedang dalam perancangan nak mulakan perniagaan, berikut adalah cadangan saya apa nak niagakan :

PALING MUDAH, NIAGAKAN HOBI DAN MINAT



Apa hobi hangpa? apa minat hangpa? Cuba fikirkan salah satu hobi dan minat hangpa  yang ada potensi dalam pasaran. Saya niagakan perfume ni sebab minat saya terhadap perfume. Pergi la ke mana pun, kalau saya jumpa kedai perfume, dah jadi tabiat saya akan cuba perfume yang ada di kedai tersebut.

Sampai satu masa, saya terfikir kenapa saya tak niagakan perfume? Alhamdulillah minat saya tu dijadikan satu perniagaan.

Sebagai contoh, jika hobi adalah memancing. Semua port, lubuk pancing dah tahu. Jenis mesin, jenis umpan, resipi umpan dan lain2 berkaitan bab memancing, boleh cuba niagakan hal2 yang berkaitan memancing. Mungkin boleh niagakan sekecil-kecil perniagaan ialah menjual alat memancing, umpan, joran dan lain-lain. Nak upgrade sikit, buat sewaan bot memancing atau sediakan perkhidmatan bawa bot memancing. Lagi upgrade, ada rezeki lagi, buat pulak chalet untuk pemancing.

Apa hobi anda? Apa minat anda? ada potensi tak dalam pasaran? cuba jadikannya perniagaan. TAPI.. TAPI... Jangan la sebab hobi hangpa ialah playboy, jangan gatal2 nak niagakan perempuan pulak. Tu tak betul tu... Buatlah benda yang halal dan sah disisi undang-undang.

NIAGA MENGIKUT KEHENDAK PASARAN SETEMPAT
Contoh mudah ialah katakanlah hangpa tinggal di kawasan perumahan/kampung, antara keperluan kat situ ialah kedai barangan basah/barang keperluan harian (ikan, ayam, sayur,beras, sabun dan lain-lain).

Kalau kat bandar pula, paling mudah nak niaga ialah makanan yang mudah dimakan. Sambil berlari pun boleh makan.Tak semestinya fast food.

Ok, tu antara pandangan saya bagi yang tengah cari idea perniagaan. Paling mudah ialah jadikan hobi dan minat sebagai perniagaan. Cumanya, kajilah dahulu pasarannya.. Semoga dapat membantu..

Oh ya, kalau nak cuba perfume yang saya niagakan, boleh jumpa kami di lokasi berikut :

1. Car Boot Sale UTC Kuantan - Setiap Jumaat, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam
2. Car Boot Sale Taman Tas, Kuantan -  Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7.00 petang hingga 12.00 malam


P/S : Jika dah ada kerja tetap, jangan jejaskan kerja tersebut disebabkan perniagaan sampingan anda. Jadilah peniaga yang bijak dan profesional mengatur masa..

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI