Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN

    Selepas habis banjir 2013, kami meminta ayah mertua tinggal di rumahnya sendiri di Pekan, Pahang kerana masih trauma dengan banjir. Kebetulan pula rawatan ayah mertua sudah selesai, hanya temujanji untuk pemantauan sahaja. Meskipun begitu ketika hari temujanji di HTAA, kami masih mengambilnya bawa ke HTAA dan uruskan rawatannya.

    Dalam masa yang sama pula, ibu saya perlu menjalani rawatan hyperthiroidnya dengan agak kerap di HTAA. Setiap 6 bulan pula, saya akan bawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Jadi, saya ingin memberi tumpuan kepada rawatan ibu pula.

Banjir 2014 tidak seteruk 2013

    Disebabkan masih trauma dengan banjir, kami tidak lagi membeli sebarang perabot mahupun tilam. Tidur pun hanya beralaskan tilam yang dapat dari sumbangan kepada mangsa banjir. Penghujung tahun 2014, sekali lagi banjir berlaku. Alhamdulillah banjir tidak seteruk tahun 2013. Alhamdulillah juga bapa mertua tidak tinggal dengan kami. Jika tidak, pasti lebih rumit dan tidak selesa ayah mertua perlu tinggal di pusat pemindahan banjir berhari-hari.

    Selesai episod banjir, kami masih tidak berputus asa. Masih meneruskan rawatan dengan UIA. Beberapa kali kami melakukan proses IUI dengan UIA. Pernah sekali selepas melakukan IUI, isteri lewat datang haid. Kami sangkakan isteri telah hamil. Namun apabila membuat ujian kit kehamilan, masih negatif.

    Bagi mengurangkan tekanan kami dalam usaha memperolehi anak, pada tahun 2015 kami mengambil keputusan untuk berniaga secara sambilan di Car Boot Sales Taman Tas pada setiap hujung minggu. Jadi, kami sibukkan diri dengan berniaga.

Rawatan masih diteruskan secara tradisional dan hospital, tetapi tumpuan lebih adalah untuk mengurangkan tekanan/stress. Kami berniaga macam-macam produk pada ketika itu. Siangnya kami bekerja Isnin hingga Jumaat. Malamnya kami berniaga burger malam Ahad hingga malam Jumaat. Malam Sabtu pula kami berniaga di Car Boot Sale (Jual minyak wangi / inspired perfume).

Siang Sabtu kami balik ke kampung menjenguk ibu bapa. Manakala pagi ahad pula kami menjual ayam goreng di Pasar Tani. Penat? Ya memang penat dan letih. Namun sedikit sebanyak dapat membantu kami melupakan kesedihan belum dikurniakan anak.

 Setelah berniaga sehingga 2018, kami rasa agak penat dan terkejar-kejar. Akhirnya kami behenti berniaga secara beransur-ansur. Mula-mula kami berhenti berniaga ayam goreng. Kemudian kami berhenti berniaga di Car Boot Sale.

Tidak lama kemudian kemudian kami berhenti berniaga burger dan menjual peralatan kepada rakan niaga kami. Selepas berhenti berniaga burger, maka secara rasmi kami telah berhenti berniaga.


Namun begitu, kami masih menyimpan beberapa jenis stok minyak wangi untuk pelanggan tetap kami hingga kini. Kami dalam perancangan untuk menerbitkan semula produk wangian inspirasi atau inspired perfume dan akan dijual melalui platform e-dagang (Shopee dan Lazada).

Berbalik kepada kisah Baby Sunan tadi, setelah kami berhenti berniaga, kami banyak meluangkan masa berjalan-jalan, sesekali pada hari gaji kami pergi menonton wayang di pawagam. Setiap kali gaji, kami juga menikmati makanan yang jarang-jarang mampu dibeli pada hari biasa. Kami balik kampung menjenguk ibu bapa setiap hujung minggu, masak makanan sedap-sedap untuk disantap bersama ibu bapa. Pendek kata, enjoy our life.

Kami cuba untuk membuang kesedihan dan tekanan sebanyak mungkin. Kami nikmati hidup kami. Kami belajar untuk redho dan kami serah selebihnya kepadaNYA.

Bersambung....

EPISOD 13  / EPISOD 11

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
0
Share


    Memang terasa sangat kasihan kepada isteri kerana terpaksa melalui detik-detik ini demi mendapatkan zuriat. Andailah saya dapat menggantikan tempat isteri untuk melakukan pembedahan, pasti saya akan gantikan tempat isteri dan melakukan pembedahan itu.

    Doktor memberikan tarikh untuk pembedahan di HTAA. Pembedahan ini mendapat tarikh yang cepat berikutan merupakan kes kecemasan dan berisiko tinggi sekiranya dilambatkan. Pembedahan ini kami tidak maklumkan kepada sesiapa supaya tidak mahu merisaukan keluarga yang lain.

    Mujurlah kami tidak memberitahu perihal positif mengandung kepada ibu bapa dan keluarga lain. Jika tidak, pastinya ibu bapa yang sudah terlalu gembira menjadi sedih dan murung disebabkan kandungan tiada didalam rahim. Jika kisah kandungan tiada didalam rahim diketahui ramai pula, pasti ada cerita kandungan hilang diambil jin dan sebagainya. Wallahu'alam, kuasa ALLAH semuanya boleh berlaku.

    Alhamdulillah, pembedahan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selesai pembedahan, doktor memberikan penerangan ringkas kepada isteri. Menurut doktor, mereka tidak dapat mencari kantung melalui pembedahan tersebut. Mereka juga agak pelik dengan kes kami. Kemungkinan yang ada pada ketika itu cumalah kantung mungkin tidak melekat dengan kukuh dan terkeluar dari rahim dan faraj tanpa kami sedari, atau kantung tersebut mereput secara semulajadi disebabkan tidak sempurna.

    Tidak mengapalah. Bukan rezeki kami lagi untuk memiliki anak. Selesai pembedahan, kami mengambil keputusan untuk berehat dahulu dari rawatan untuk memulihkan kecederaan pembedahan isteri dan menstabilkan emosi kami.

    Selepas isteri sembuh dan pulih, kami mengambil ayah mertua dengan kami di rumah sewa. Tidak lama tinggal di rumah sewa, rumah yang kami beli sebelum ini telahpun siap. Semasa proses pinjaman perumahan sebelum ini, pembinaan rumah kami telah hampir siap.

    Sekitar bulan Oktober begitu, kami pun mendapat kunci rumah. Ketika itu kami selesaikan pemasangan elektrik, air dan grill pintu tingkap. Kemudian kami mengecat. Selesai membasuh rumah, sekitar bulan November 2013, kami pun berpindah masuk ke rumah baru.

Kredit gambar blog : www.afzalsukasuki.com

    Awal bulan 12, hujan lebat luar biasa turun mencurah-curah. Hujan bermula pada hari Jumaat. Laluan balik kerja kami ditenggelami banjir iaitu dihadapan Kolej Shahputra (Kini dikenali sebagai Kolej Widad). Terpaksa melalui jalan lain untuk balik ke rumah.

    Sabtu dan Ahad bermulanya hujan lebat siang dan malam. Kami sempat balik ke kampung melawat ibu bapa pada hari sabtu dan ahad tersebut. Isnin hujan masih lebat seharian. Pagi selasa pun masih hujan. Ketika saya keluar hendak ke tempat kerja pada hari Selasa 3 Dis 2013, saya sempat melihat air di sekeliling kawasan perumahan.

    Saya fikir mungkin tiada masalah la kerana kawasan perumahan ini telah ditambak tinggi dari tanah asal. Air disekeliling kawasan perumahan ini berada di tanah asal. Tanah asal merupakan kawasan paya. Mungkin sebab ini kawasan ini dipanggil Paya Besar.

    Saya pun pergilah kerja seperti biasa. Ketika di tempat kerja sekitar jam 11 pagi, rakan-rakan sekerja yang rumah di taman perumahan lain yang berhampiran taman perumahan kami mula tergopoh-gopoh balik. Katanya air mula naik di taman mereka. Saya masih tidak balik kerana fikir tidak mengapalah agaknya kerana taman saya telah ditambak tinggi.

    Semasa itu, taman kami masih belum ada kumpulan whatsapp. Maklumlah baru sebulan masuk ke rumah, masih belum berkenal-kenalan dengan jiran tetangga lagi. Masing-masing masih sibuk dengan kerja ubahsuai, mengecat dan mengemas rumah. Jadi, tiada la dapat apa-apa info dari penduduk yang berada di rumah.

Suasana dihadapan Stadium Darul Makmur
 
   Hampir jam 12 tengah hari, saya terfikir saya harus balik berikutan ada beberapa lagi rakan sekerja yang taman berdekatan mula balik. Apabila bertolak dari ke tempat kerja dan masuk ke bandar, wow! Hampir keseluruhan Bandar Kuantan telah dinaiki air! Ah sudah! Nak lalu ikut mana ni? Laluan yang saya biasa lalu iaitu mengikut jalan Bukit Ubi telah dinaiki air dihapan UTC dan stadium.

UTC Pahang 2013

    Sudahlah kereta saya rendah, bagaimana nak meredah air? Saya mula risau. Pusing punya pusing, dapatlah saya melalui jalan berhadapan Wisma Persekutuan dan lalu dihadapan HTAA. Kemudian balik melalui jalan Permatang Badak. Sepanjang melalui jalan dari Tanah Putih nak ke Permatang Badak, jalan yang menghala ke bandar telah ditutup berikutan jalan telah dinaiki air.

Kereta diletak di bahu jalan yang tinggi. Persimpangan Sg. Isap. Kredit gambar : Blog KONGSAKONGSI

    Jalan yang menghala ke Permatang Badak lebih tinggi dibuka menjadi laluan kontra 2 arus. Bahu jalan pula telah dipenuhi dengan kenderaan penduduk yang meletakkan kenderaan mereka kerana kawasan perumahan mereka dinaiki air.

Ketika baru sampai di rumah

    Alhamdulillah akhirnya saya dapat sampai di kawasan perumahan. Seperti yang saya ceritakan di episod yang lepas, ketika saya sampai di kawasan perumahan, air telahpun naik sampai ke paras separuh betis. Jadi, saya kena parking kereta di jalan utama dan berjalan kaki mengharung air ke rumah saya.


    Sampai di rumah, ayah mertua dan abang ipar saya masih didalam rumah (ketika itu mereka tinggal bersama dengan kami). Phew.. Mujurlah air belum dalam. Jika tidak, pasti lelah teruk ayah mertua nak meredah air. Air paras betis pun dah lelah dia redah sementara nak sampai ke jalan utama. Bukannya dekat juga.

    Kedalaman banjir pada tahun itu ialah pada paras dada. Lebih kurang atas sedikit dari mangga kunci rumah tu. Jika luar rumah, hampir paras leher juga la. Kedalaman itu adalah pada hari ke 2/3 banjir. Ketika itu kami dah di pusat pemindahan banjir. Tidak dapat keluar dari pusat pemindahan banjir kerana pusat pemindahan banjir juga dinaiki air.

    Alhamdulillah.. 2013 dua ujian besar yang kami hadapi. Semuanya ada hikmah yang tersendiri.. Bersambung...

EPISOD 12 / EPISOD 10

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
0
Share
Lebih kurang macam ni la. Pinjam gambar BLOG LAIN

   Setelah hampir 2 minggu melakukan IUI, kami secara suka-suka membuat ujian kehamilan. Seperti tidak percaya ianya double line!! Positive!! Cumanya line kedua agak kabur. Seronok bukan main lagi.

    Namun, masih terlalu awal untuk kami teruja. Kami menunggu tempoh temujanji dengan IIUM untuk mengesahkan kehamilan. Tiba di hari yang dinanti, kami ke IIUM dengan penuh debaran. Selepas UPT/Urine Pregnancy Test dan pemerikasaan darah dilakukan, isteri disahkan hamil. Wah, gembira bukan kepalang lagi. Berita gembira ini kami diamkan dahulu. Tidak ceritakan kepada sesiapa lagi.

Contoh kantung hamil didalam rahim(anak panah). Yang hitam tu adalah rahim

    Cuma yang menjadi tandatanya ialah, apabila discan mengapa tiada kantung janin? Seperti contoh didalam gambar di atas, anak panah itulah contoh bentuk kantung janin. Hitam sekelilingnya ialah rahim. Kantung itu ialah ovum yang berjaya senyawa dengan sperma akan melekat di dinding rahim, membesar dan membentuk kantung.

    Doktor kata, mungkin tidak nampak disebabkan usia kandungan masih terlalu awal iaitu baru sekitar 4 minggu. Doktor memberikan tarikh baru utk melakukan pemeriksaan. 4 minggu ini dikira bermula dari tarikh hari pertama datang haid yang terkahir sebelum IUI dibuat.

    Katalah haid hari pertama pada 1hb, haid habis pada 7hb, IUI dibuat pada 14hb kemudian tidak datang haid, kemudian positif UPT. Maka, sekitar hari ke 28 hingga hari ke 35 itulah dikira minggu ke 4 kehamilan. 1hb haid itu sudah dikira hari pertama kandungan. Agak sedih sebenarnya apabila scan tidak nampak apa-apa tanda kehadiran janin. Terasa harapan agak luluh. Namun memegang semangat kata-kata doktor mungkin tidak nampak disebabkan usia kandungan masih baru, kami kuatkan semangat kembali.

    Minggu seterusnya pun masih sama, tiada apa-apa kantung dapat dikesan melalui kaedah scan. Doktor meminta kami melakukan pemeriksaan darah untuk melihat kandugan hormon hCG. Hormon hCG ialah sejenis hormon yang hadir apabila seseorang wanita itu mengandug.

    Bacaan hormon hCG dari minggu ke minggu menunjukkan peningkatan seperti mengandung, namun apabila diimbas masih tidak nampak kantung walaupun telah mencapai minggu ke 5 dan 6. Doktor mengesyaki kandungan bukan dalam keadaan normal kerana bacaan hormon hCG tidak seperti yang sepatutnya. Peningkatan hormon tidak mencapai kadar yang normal.
    Memandangkan bacaan hCG tidak normal dan tidak menemui kantung janin didalam rahim, doktor mengesyaki isteri mengalami kehamilan luar rahim / ectopic pregnancy. Seperti di gambar di atas, kandungan normal mestilah kantung janin (embrio) melekat didalam ruang rahim (uterus).

Contoh kandungan luar rahim dan pembedahan laparoscopic untuk membuang kandungan luar rahim

    Sekiranya kantung tadi tidak melekat didalam rahim, tetapi dia melekat dan membesar di luar dari ramhim, itu dikira kandungan luar rahim dan boleh membahayakan nyawa si ibu. Paling merbahaya ialah sekiranya kantung membesar didalam tiub fallopio atau di ovari. Hal ini boleh membawa maut kepada si ibu tadi. Inilah perkara yang doktor risaukan.

    Seperti contoh gambar di atas, itu bukan gambar hidung ye. Yang seperti hidung itulah rupa rahim didalam perut wanita. Dari hidung itu, ada dua paip kiri dan kanan itulah tiub fallopio dan ketulan yang berwarna putih kiri dan kanan itulah ovari atau kilang yang menghasilkan telur/ovum.

    Lihat tiub sebelah kanan berdekatan ovari, ada seperti bengkak, itulah janin yang membesar didalam tiub. Inilah yang dipanggil sebagai kandungan luar rahim. Rahim/uterus dicipta dapat mengembang berkali ganda dan dapat menampung kandungan hingga besar, tetapi tiub fallopio tidak boleh mengembang seperti rahim.

    Tiub fallopio dan ovari juga berisiko terpaksa dibuang melalui pembedahan sekiranya kantung melekat didalam tiub. Seperti gambar di atas, kandungan tadi dan sebelah tiub terpaksa dibuang bagi menyelamatkan nyawa ibu. Sekiranya tiub tadi pecah sebelum sempat pembedahan dibuat, nyawa si ibu berisiko tinggi akan melayang.

    Dalam kes ini, si ibu masih boleh mengandung kerana masih terdapat satu lagi tiub dan ovari. Jika tiub satu lagi juga terpaksa dibuang, tinggal ovari sahaja, kaedah IVF boleh dibuat untuk hamil iaitu ovum matang boleh diambil dan disenyawakan dengan sperma didalam makmal, kemudian dilepaskan ke dalam rahim.

    Berbalik kepada kisah kami, setelah berkali-kali melakukan imbasan untuk mengesahkan tiada kantung didalam rahim, doktor memanggil kami untuk sesi pemahaman dan motivasi agar kami tidak terlalu kecewa. Isteri telah diberikan satu suntikan untuk menghancurkan janin kerana kantung tidak dapat dikesan didalam rahim, atau di tiub fallopio. Tiada kantung, hanya hormon hSG sahaja yang menandakan kehamilan.

    Doktor juga meminta kami bersedia untuk melakukan pembedahan kecil iaitu pembedahan secara laparoscopic bagi mencari kemungkinan kantung berada ditempat yang tidak dapat dikesan melalui kaedah imbasan. Melalui pembedahan laparoscopic, satu pembedahan kecil dibuat bersebelahan pusat untuk dimasukkan alat laparoscope atau kamera. Dan lubang itu juga akan digunakan untuk memasukkan alat lain untuk membuang kantung.

    Apa boleh buat. Mahu tidak mahu, kami kena bersedia jugalah untuk melakukan pembedahan demi keselamatan nyawa isteri. Kita jumpa pula di episod akan datang, apa hasil penemuan selepas melakukan pembedahan laparoscopic.

EPISOD 10 / EPISOD 9

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2024 (3)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (2)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ▼  2022 (3)
    • ▼  Jul (1)
      • BABY SUNAN. EPISOD 12 - 2014, CUBA LAGI
    • ►  Jan (2)
      • BABY SUNAN. EPISOD 11 - DEMI ZURIAT, KAMI GAGAHI J...
      • BABY SUNAN. EPISOD 10 - IUI PERTAMA DI IIUM, MERAS...
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (24) cbr250r (7) fz150i (8) handfon (5) info (5) jalan-jalan (11) kereta (23) motorsikal (18) naza ria (17) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose