KENALI SUNAN.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat blog sunan.my.

Di sini saya akan memperkenalkan dan menerangkan berkenaan blog sunan.my.

PENGENALAN SUNAN.MY

Perkataan SUNAN itu berasal dari gabungan singkatan nama kami (pemilik blog) iaitu SU dan NAN.
Blog ini telah mula dibuat pada tahun 2010 dengan nama 'sunankasih' pada ketika itu. Kami tidak dapat memilih domain sunan.blogspot.com berikutan domain tersebut telah diambil oleh orang lain.

Blog sunan.my adalah kesinambungan daripada beberapa pembinaan web dan blog daripada penyedia perkhidmatan web dan blog percuma hingga berbayar. Antaranya ialah sunankasih.blogspot.com dan www.sunankasih.com. Blog dan web yang dibina sebelum ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dalam bidang blog dan web.

Blog sunan.my dibina menggunakan domain mynic ( .my ) yang beridentitikan Malaysia bertujuan memaparkan dan berkongsi ilmu berkaitan pembinaan blog menggunakan blogger, nama domain, isu-isu semasa yang penting dan pelbagai lagi yang difikirkan bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.

Kami merupakan penulis blog separuh masa sekadar memenuhi hobi disamping perkongsian ilmu dan pengetahuan yang mungkin bermanfaat bagi sesetengah individu.


LOGO SUNAN.MY


Logo sunan.my dicipta daripada gabungan huruf depan singkatan nama pemilik blog iaitu S dan N bertujuan bagi memudahkan pembaca dan pelawat blog sunan.my mengingati identiti kami walau dimana-mana platform sekalipun. Pandang sahaja logo SUNAN, terus kenal ianya adalah dari kami.

Logo ini telah dicipta bermula daripada era blog sunankasih.blogspot.com hingga logo yang terkini diubahsuai setelah domain sunan.my diaktifkan.







Ni dulu-dulu punya logo. Zaman belum pandai grafik lagi. Macam logo kanak-kanak riang. hahaha





Ini adalah logo lama yang digunakan pada sunankasih.blogspot.com dan www.sunankasih.com



















Ini ialah logo terbaru yang digunakan untuk sunan.my.
Nampak macam daun kan? Nanti saya terangkan motif logo ni.
Seperti yang saya terangkan di atas, logo SUNAN adalah gabungan huruf S dan N. Nampak huruf S dan N pada logo ni?

Logo ini terhasil daripada gabungan dibawah.













Ini ialah huruf S yang bermaksud 'SU'











 Ini pula huruf N yang bermaksud 'NAN'












Saya sengetkan sikit supaya nampak huruf S













Saya sengetkan sikit supaya nampak huruf N


Dah nampak S dan N?




















Ini pula perkataan SUNAN

Punya la cari idea nak buat gabungan S dan N dalam bentuk 'love'.

Lepas tu tukar yang ni pulak



Masa ni dah pandai edit sikit. Nampak kemas sikit dah. Hahaha. Ni guna software Sothink Logo Maker Professional. Sebelum ini guna software paint sahaja.

MOTIF LOGO

Walaupun logo kelihatan tidak terlalu penting bagi sesetengah orang, bagi kami dengan adanya logo, identiti kami akan lebih mudah dikenali dan diingati. Harap-harap ada satu logo yang final sebelum kami daftarkan dengan MyIPO nanti.

Seperti yang saya terangkan tadi, logo berasal dari gabungan huruf pertama singkatan nama kami ( SU dan NAN ) iaitu S dan N.

Kami memilih rekabentuk seperti daun dan warna hijau kerana ia adalah simbol keamanan, warna agama islam dan minat kami sebagai pencinta alam dan kehijauan.

Begitulah serba sedikit berkenaan SUNAN.MY. Sebarang maklumbalas/pandangan/cadangan bolehlah diajukan kepada kami diruangan HUBUNGI KAMI dan akan dibalas oleh kami secepat yang termampu kerana kami cuma penulis blog secara separuh masa bagi memenuhi hobi.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pembaca, pelawat dan pengikut blog kami. Semoga anda memperoleh sedikit manfaat/ilmu yang berguna daripada kami. Dapatkan kemaskini kami melalui facebook :
 http://www.facebook.com/sunan.my ATAU https://www.facebook.com/sunan.my

Sekian, terima kasih.

KEMASKINI TAHUN 2020

Melangkah ke tahun 2020, kami telah mengemaskini logo agar kelihatan moden, ringkas dan mudah diingati. Logo masih lagi mewakili gabungan huruf 'S' dan 'N'. Kami memilih warna merah berikutan warna tersebut adalah warna kegemaran kami. 

Tiada lagi motif 'love' pada logo kami berikutan kesukaran untuk menggabungkan S dan N membentuk motif 'love' dengan rekabentuk moden. Tak mengapalah asalkan kami berjaya jumpa rekabentuk moden dengan gabungan S dan N pun dah memadai.








Pada logo di atas, S adalah di sebelah kiri yang tidak bercantum. Manakal N pula adalah gabungan kedua-dua belah.

KEMASKINI TAHUN 2024




Tahun 2024 dah pandai sikit-sikit guna adobe illustrator. Jadi, kami upadate sikit lagi logo, Masih mengekalkan konsep logo tahun 2020, cuma diperkemaskan pada logo N supaya hurup N lebih kelihatan.

Logo 2020 sebelum ini, huruf N hanya kelihatan pada gabungan keseluruhan logo. Jadi kali ini, kami cipta logo yang mengasingkan huruf S dan huruf N yang mewakili SU dan NAN.

Harap kalian nampak la 'S' dan 'N' di logo tu ya. hahaha.. Kami juga telah mengemaskini laman sosial seperti berikut :

Tiktok : SUNAN my / @SUNAN.my

Diharap semua pengunjung menyokong hobi kami dengan like kami di fb dan subscribe kami di youtube.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.