Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
Alhamdulillah...

Syukur setakat hari ini kawasan rumah kami selamat daripada bencana banjir. Beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang mengalami banjir akibat daripada hujan lebat minggu lalu yang telah mengumpul air yang banyak.

Jadi, air dari kawasan Lipis dan Jerantut turun melalui Sungai Pahang menyebabkan kawasan yang berada di laluan sungai dinaiki air. Ketika saya menulis, air telah sampai di kawasan Daerah Pekan.

Musim-musim banjir ni teringat pula masa kecil, musim seperti inilah yang sangat dinantikan oleh kami yang ketika itu masih kecil dan tak kenal erti takut akan bahaya banjir. Apa yang seronok sangat masa tu?

Beberapa aktiviti yang ditunggu-tunggu masa musim banjir ialah salah satunya sudah tentu tangkap ikan darat.

Gambar pinjam dari antaranews.com
Ketika musim banjir, ikan daripada hulu sungai dan paya didalam hutan memenuhi sawah padi dan longkang. Masa tu belum berleluasa penggunaan racun rumpai dan penerokaan hutan. Jadi, ikan-ikan darat memang banyak. Sepanjang-panjang longkang penuh dengan ikan.

Kalau menggunakan kaedah menangguk seperti gambar di atas, sekali angkat penuh satu baldi ikan. Nak angkat tangguk tu kena tenaga orang dewasa. Paling syok sekali, ikan haruan suka lawan arus air sampai kadang-kadang ikan haruan tu melompat naik atas darat(atas jalan tepi longkang). Berebutlah kami kanak-kanak. Orang tua-tua pun ikut sama berebut. Macam pesta pun ada. Hahaha..


Ikan-ikan yang banyak ini kami akan siang, bersihkan, letakkan garam dan simpan sementara nak tunggu cuaca panas. Bila cuaca panas,ikan tadi akan dijemur dijadikan ikan kering. Masa tu mana ada peti ais kat rumah. Jadi tak dapatlah nak frozenkan ikan tu. Paling sedap ialah ikan sepat kering yang sebesar antara dua-tiga jari. Goreng garing-garing dan makan dengan nasi goreng. Pergggghhhh....

Bila hujan dan mula perlahan, aktiviti seterusnya pula ialah tangkap puyuh dalam kawasan paya. Kejar ramai-ramai sampai dapat. Puyuh ni, bila dia terbang banyak kali, bulu kepaknya akan basah. Jadi senanglah nak tangkap selepas itu.


Gambar pinjam lagi.hehe...
Selepas hujan dah habis, matahari pula menyinar, musim kutip cendawan/kulat hutan pula.

ni pun gambar pinjam..

Cendawan yang jadi buruan kami masa tu ialah cendawan kukur. Kami paggil kulat sisir. Bawak guni tuh pergi kutip. Sangat sedap buat masak lemak cili api. Perghhhh... kecur air liur malam2 ni..

Musim kemarau pula kami penuhi dengan aktiviti menangkap ikan didalam paya yang hampir kering. Hutan paya yang penuh dengan pokok-pokok renek dan semak. Setiap rumpun semak biasanya ada air yang hampir kering.

Kami, kumpulan kanak2 akan masuk ke dalam semak tu untuk menangkap ikan. tangkap guna tangan, raba didalam air selut. Memang tak fikir risiko langsung masa kecil2. Alhamdulillah ALLAH lindungi kami.

Indahnya zaman kanak-kanak. Tak mengenal erti takut. Penuh dengan aktiviti yang berfaedah lagi menyeronokkan. Sepakat geng2 kanak2 sekampung nak buat aktiviti apa pun. Sampai ke dalam hutan punya aktiviti.

Kanak-kanak zaman sekarang dah kurang mengenali aktiviti lasak seperti ini dek kerana peredaran zaman. Oh, indahnya zaman kanak-kanak.. Terasa ingin kembali ke zaman tu.
0
Share
Assalamualaikum..
Buat pengguna dan peminat-peminat perfume/minyak wangi Sunan, kami mohon maaf kerana tak dapat beroperasi beberapa hari yang lalu disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Pati wangian kami adalah pati yang berkualiti. Pati perfume ini sangat sensitif dengan air.

Oleh itu demi menjaga kualiti perfume kami, kami akan menutup operasi jualan sekiranya hujan.


Buat peminat dan pengguna perfume sunan, kami ingin maklumkan bahawa kami boleh COD atau hantar perfume kegemaran anda terus kepada anda tetapi dengan SYARAT BERIKUT :

1. Waktu COD adalah : ISNIN-KHAMIS, JAM 8.00 - 10.00 Malam.
2. MINIMUM : 3 BOTOL keatas.
3. Kawasan COD : Bandar Kuantan HINGGA Taman Tas Sahaja. Luar kawasan boleh dibincangkan berdasarkan kuantiti order/kos pengangkutan.

Hari JUMAAT, SABTU DAN AHAD TIADA COD kerana kami jual di Car Boot Sale/CBS seperti berikut :

1. JUMAAT : CBS hadapan UTC
2. SABTU : CBS Taman Tas
3. AHAD : CBS Taman Tas

Bagi yang berada di luar kawasan, kami juga boleh pos perfume kegemaran anda dengan kos yang minima/free(bergantung kepada order). Tiada minimum order untuk pos, tetapi rugi kos pos kalau order hanya sebotol sahaja.

NOTA : Harga yang disyorkan adalah harga PROMOSI PENGENALAN

Pilihan perfume yang kami sediakan adalah seperti berikut :

1. Pati perfume botol roller. RM10.00 SEBOTOL
2. Perfume/Penyegar udara kereta dan rumah. RM10.00 SEBOTOL
3. Perume spray. Harga pelbagai variasi.

Diluar sana banyak perfume dengan harga yang lebih murah. Ada yang jual tiga botol RM10/RM15. Dua botol RM15 PERCUMA SEBOTOL dan macam2 lagi harga. Tapi harga kami tetap RM10 sebotol. Mengapa? Apa beza perfume kami dengan yang lain?

Jika anda sememangnya 'hantu perfume' seperti saya, pasti akan tau perbezaan dari segi kualiti bau dan ketahanan bau perfume kami selepas digunakan. Saya tak nak cerita apa beza perfume kami dengan yang lain sebab saya nak anda cuba sendiri dan bandingkan sendiri.

Jika dah cuba sendiri baru la tau beza. Kalau saya bagitau beza kat blog ni, nampak macam saya nak 'masuk bakul angkat sendiri' pula, Hahaha... sebab tu la saya nak anda cuba sendiri. Buat masa ini, ini adalah perfume yang kami ada :

UNTUK LELAKI

*Aqua Di Gio (Men)
*Dunhill Desire Blue (Men)
*Dunhill Desire Red (Men)
*Hugo Boss Orange (Men)
*Mont Blanc Legent (Men)
*Mont Blanc Starwalker (Men)
*Paco Rabane One Million (Men)
*Ralph Lauren Polo Red (Men)
*Ralph Lauren Polo Blue (Men)
*Ralph Lauren Polo Black (Men)

UNTUK PEREMPUAN

*Avril Lavigne Forbidden Rose(Che Ta) (Women)
*Body Shop Vanilla (Women)
*Britney Spears Midnight Fantasy (Women)
*Gucci Flora (Women)
*Paco Rabane Lady Million (Women)
*Paris Hilton Can-Can (Women)
*Paris Hilton Siren (Women)
*Nina Richi Love (Women)
*Anna Sui Dolly Girl (Women)

UNIVERSAL/LELAKI-PEREMPUAN BOLEH:
*Salvato Ferragamo Incanto Shine
*Victoria Secret Bombshell
*Burberry

Stok2 ini akan diupdate dari masa ke semasa. insyaALLAH.
2
Share


Masa kecik2, saya diajar utk habiskan makanan dlm pinggan. nasi sebiji pun jangan tinggal. Ayah kata nanti nasi tu menangis. Saya pun makan la sampai licin sbb takut nasi tu nangis. Alhamdulillah, sampai saya besar masih amalkan habiskan makanan dalam pinggan, x tinggal sedikit pun. nasib baik tulang tak boleh dimakan.

Sekarang habiskan nasi bukan lagi sebab takut nasi menangis, tapi sbb tau bertapa susahnya nk hasilkan sesuatu makanan tu. nk dpt nasi putih pun perlu tanam daripada padi, dijaga berbulan2 sblm diproses menjadi beras dan dimasak.

Itu baru nasi putih. Lauknya? Setiap kali kita makan nasi, pasti ada lauk-pauk seperti ikan, ayam, daging, sayur dan lain2 lagi. Sedar tak nak hasilkan sejenis lauk tu prosesnya ambil masa yang sangat lama? mengorbankan banyak perkara? Semua barang2 tu sampai ke dapur, dicampur dalam masakan menjadi satu menu. Dimasak dalam masa yang singkat, dimakan dalam masa yang singkat. Tak habis, dibuang begitu sahaja.


Bila tengok video ni, teringat masa kecik2 dulu ayah selalu cerita kononnya dulu2 ada sorang insan tengah basuh pinggan terdengar ada tangisan. Setelah dicari2, rupanya ada sebiji nasi tengah menangis. "Kenapa nangis?" tanya insan tu..

Nasi tu jawab "sebab saya dibuang". Akhirnya insan tu bersihkan nasi tu dan makan. Kesudahannya, dia berasa kenyang selama setahun. Dongeng, tapi pengajarannya berjaya membuatkan saya habiskan makanan. Sebenarnya kisah nasi menangis ni banyak versinya, tetapi lebih kurang sama isinya.

Cerita dongeng dulu2 sebenarnya penuh pengajaran. Pengajaran tu dididik dlm bentuk yang kanak2 suka iaitu CERITA yang akhirnya kanak2 contohi tauladan dalam cerita tersebut.

Kanak2 akan mengingati apa yang diajar secara konsisten kepada mereka ketika kanak2 kecil dan mungkin diamalkan sehingga dewasa.
Terpulanglah samaada ibu bapa dedahkan benda yang baik atau tak baik kepada kanak2 tu. Kalau tunjukkan tauldan yg baik, maka yang baiklah akan jadi ikutan kanak2 sampai dewasa.

kalau dedahkan benda tak baik, maka hasilnya tak baik juga. Kalau manjakan anak ketika kecil, maka lambatlah anak menjadi lasak dan dewasa. Kalau dari kecil dah diajar berdikari, bersusah payah, maka jiwanya akan menjadi kental dan lasak.

Semoga kamu2 yang berpeluang merasai nikmat memperolehi anak, akan mendidik dan memperkayakan anak dengan ilmu agama, ilmu adab dan akhlak yang baik. insyaALLAH.

Kesimpulannya... Dah macam karangan sekolah la pula ada kesimpulan2. Hehehe... :
1. Nak bentuk karakter anak, hendaklah dari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila dah besar, dah susah nak bentuk. Ambil masa nak bentuk.

2. Janganlah membazir makanan. Setiap kali nak memasak/makan, masak dan ambillah makanan sekadar yang boleh dihabiskan sahaja. Jangan ambil berlebihan tamak/ikut nafsu mata sehingga makanan tak habis kerana kenyang dan akhirnya dibuang. Habiskan makanan yang diambil. Kalau tak cukup, tambah la lagi.


0
Share
Assalamualaikum pembaca yang budiman.

Saya adalah penjual perfume yang terdiri daripada pati(minyak) dan spray. Perfume saya bukan original seperti yang dijual di pasaraya-pasaraya besar, tetapi baunya 90-99% sama seperti yang original serta ketahanan baunya adalah lama, lebih lama jika dicalit/spray pada pakaian.

Perfume saya adalah perfume inspirasi dari jenama-jemana antarabangsa yang terkenal. Saya tak jual perfume atar/minyak atar (seperti kasturi dan lain2).

Hanya pati wangian yang berkualiti dan terpilih sahaja yang saya jual. Sebelum dijual kepada pelanggan, saya akan mengambil contoh/sampel untuk semakan kualiti. Sekiranya kualitinya baik, barulah saya tempah dengan pembekal untuk dijual.

Bercakap mengenai penggunaan perfume spray yang mempunyai alkohol. Banyak orang kita salah sangka. Nak beli je perfume, depa tanya "boleh bawa solat?", "ada alkohol tak?". Saya jawab, ya, BOLEH BAWA SOLAT. Jika perfume spray, YA, ADA ALKOHOL DAN ALKOHOL TU BOLEH DIBAWA SOLAT. SEBAB? sebabnya alkohol ada dua jenis(yang saya tau la) :

1. Alkohol yang dihasilkan dari perapan buah/makanan untuk tujuan memabukkan : HARAM
2. Alkohol yang dihasilkan dari makmal untuk kegunaan industri (Minum boleh bawa maut) : TIDAK HARAM

Jom dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus :


Dengar juga apa kata Dr. Rozaimi


Dan Dr. MAZA


Boleh juga rujuk disini untuk kesahihan :

1. Fatwa Kebangsaan. 
2. Website Mufti Pahang. (Sebab saya niaga di Pahang.hehe)

Sebenarnya banyak salah sangka oleh orang kita terhadap penggunaan alkohol dalam produk-produk harian terutamanya perfume dan kosmetik (terutamanya orang2 kampung yang kurang mendapat pendedahan dengan teknologi dan tidak mahu mengkaji hukum hakam mengikut peredaran zaman). HARAM katanya. Semuanya bersandarkan kepada haramnya arak. Saya bukanlah pandai dalam bab hukum-hakam dan agama, jadi seeloknya kita sama-sama rujuk dengan mereka yang kompeten atau layak sebelum kita nak putuskan haramnya sesuatu.

Pada fahaman saya, haramnya arak bukanlah sebab alkohol, tetapi haram sebab arak itu memabukkan. Begitu juga dengan apa sahaja yang memabukkan, hukumnya sama juga haram. Sebab arak itu mabuk pula adalah disebabkan alkohol, jadi sebab inilah salah famah kita dikiaskan bahawa perfume atau kosmetik yang ada alkohol itu juga haram.

Untuk pengetahuan semua pembaca berdasarkan sedikit pembacaan saya, alkohol pada arak adalah terhasil daripada perapan buah-buahan dan bahan2 tertentu untuk digunakan tujuan memabukkan.

Alkohol yang digunakan untuk perfume dan kosmetik pula dihasilkan melalui makmal utnuk kegunaan industri dimana alkohol tersebut tidak memabukkan jika diminum, tetapi boleh membawa MAUT.

Jadi, jika tidak memabukkan, adakah haram digunakan? atau haram juga sebab nama dia alkohol? Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian, alkohol boleh terbentuk melalui proses menghasilkan makanan yang kita makan hari-hari? Jadi selepas memasak, bawa la sampel makanan ke makmal untuk cek kandungan alkohol, kalau ada alkohol, jangan makan makanan tu. Macam tu ke?

Tak.... Jangan kita rumitkan benda yang mudah.

KESIMPULANNYA?

RUJUK dulu dengan pihak yang berkelayakan. Jangan buat hukum sendiri berdasarkan ilmu kita yang cetek.

Perfume atau kosmetik yang mempunyai ALKOHOL INDUSTRI adalah HARUS DAN SAH DIBAWA SOLAT. HARAM diminum sebab memudaratkan.



PETIKAN DARIPADA WEBSITE USTAZ ZAHARUDDIN(klik)
Hukum ‘Perfume' Alkohol & Senarai Pelaburan Islam
SOALAN
hamka rashid  wrote:
salam..
1.   mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..
2.   hukum ASB? setahu saya PUM memfatwakannya haram, tapi Datuk Mahmud Zuhdi kata boleh (jika saya tidak silap, kalau salah tolong betulkan statement ini), jadi boleh tak ustaz senaraikan alternatif tempat lain yang halal untuk melabur..
syukran
JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

0
Share

Setelah beberapa bulan guna simcard xox/onexox, hari ni saya nk buat review sikit la berkaitan data/internet.

Yang saya cerita ni adalah PREPAID INTERNET ye. jgn bandingkan dgn simcard postpaid/bil.

apa yg bagusnya xox ni ialah:


1. Kuota data boleh dibeli dan disimpan kedalam bank data (saesoon pass). setiap sim ada bank data sendiri. Jadi, waktu ada promosi @ ada duit, boleh beli data banyak2.


2. Data boleh tebus guna sikit2 dari bank data yg kita simpan. Kalau nk beli sikit2, mahal.
Data yang disimpan dalam bank data pula boleh dikongsi/transfer kepada orang lain.


3. Rajin buat promosi 1GB=RM10, tapi promosi biasanya kne beli 3GB ke atas. Jadi boleh beli banyak2 dan simpan dlm bank data.
Kat mana ada talian celcom, kat situ ada line xox.


4. Line data laju sbb blum ramai yg guna.
Tempoh aktif@sah kredit yang panjang. tempoh sah data dlm bank data pula ikut sama tempoh kredit. Yang saya tamat 2019. Jadinya, tak topup lama pun x apa sebab kredit x expired.


5. Call @ SMS sy x nk review sbb sy jarang guna.

Yg x brp bagusnya pulak :


1. Kadang2 ada masa2 line slow(sama mcm telco lain), tapi tak selalu.(kwsn saya la,kwsn lain x sure mcm mana).


2. Menu semak baki *132# tidak paparkan baki data yg telah diaktifkan. Hanya paparkan baki data yg disimpan dlm bank data je(seasoon pass). Nk cek baki data yg dah diaktifkan, kne masuk kat menu *150#(rumit bagi org tua2 @ org yg x brp mahir).


3. Aplikasi 'myxox' kurang mesra pengguna. kadang kala loading agak lama. Pengurusan xox patut contohi aplikasi hotlink red. Buka je aplikasi hotlink red, paparan pertama yang keluar ialah baki kredit, baki data dan tempoh sah (benda asas dulu). arahan sms utk membeli data melalui 22111 juga agak mengelirukan bagi yg x biasa.


4. Tiada data asas/basic percuma, menyebabkan : ketika kita kehabisan data dan kehabisan kredit untk membeli data, internet tidak dapat digunakan langsung walau sekadar whatsapp. Saya biasanya akan aktifkan seasoon pass sebanyak 500mb @ 1GB untuk ayah semasa balik kampung supaya senang whatsapp.  Kadang2 apabila data habis akibat buka aplikasi suratkhabar, saya x dapat berhubung melalui whatsapp. orang tua2 mana nak reti beli data. itu pentingnya data asas percuma.

Kesimpulannya, XOX masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebenarnya. Perlu mendengar kehendak dan komen pengguna. Para dealer/pengedar pula jgan cepat melatah apabila pengguna komen. Cuba sampaikan kepada pihak pengurusan supaya apabila banyak komen yang sama sampai ke pihak pengurusan, pihak pengurusan akan memikirkan langkah pembaikan. Bukannya para dealer pakat2 attack pelanggan yang buat komplen. Bila nk maju dan ditambah baik kalau mcm tu?

Langkah XOX untuk memberi tempoh sah yang panjang sebenarnya langkah yang sangat bijak. Tempoh sah inilah yang menyebabkan ramai pelanggan berubah kpd xox. harap pihak pengurusan xox dapat kekalkan langkah ini.

Saya sendiri pula suka dengan kaedah "seasoon pass/bank data" yang saya belum jumpa di maxis dan celcom(telco yg saya pernah guna). Dengan adanya bank data, saya boleh beli dengan harga semurah RM10-1GB dan boleh ditebus guna sedikit-sedikit. Telco mana nak dapat data 500mb 30day- RM5, 1GB 30day-RM10?(guna kaedah seasoon pass). Banyak telco yang bermain harga berdasarkan tempoh sah data menyebbkan harganya jadi mahal.

Sekali lagi saya ingatkan, dalam hal ini, jangan bandingkan dengan postpaid@bil. memang kebnyakan postpaid, pelan datanya lebih murah. Tapi bukan semua orang suka akan komitmen bulanan, bayar bil tiap2 bulan. Keperluan data pula bukan semua orang perlu data yang besar. Kadang2 cukup 1GB je sebulan, x kan nak pakai bil juga?

PENAFIAN : Ini bukan iklan berbayar. Saya tulis berdasarkan pengalaman sendiri gunakan xox untuk fungsi data. Saya menulis melalui handfon. Jadi kalau ada salah eja @ saya ringkaskan ejaan, faham2 je la ye.hehe...

2
Share
Assalamualaikum pembaca yang budiman.



Kita telahpun melepasi bulan Disember 2016 dan berada dalam bulan Jan 2017. Taburan hujan juga makin menigkat. Alhamdulillah bulan Disember 2016 tiada banjir yang teruk. Hanya satu dua kawasan sahaja yang mengalami banjir.

Namun begitu beberapa hari ni berdasarkan pemerhatian saya, taburan hujan di Pantai Timur makin kerap. Imej radar daripada Jabatan Meterologi di atas tu adalah yang terkini setakat saya menaip artikel ni menunjukkan kelompok awan tebal menutupi  sedikit negeri Kelantan, keseluruhan negeri Terengganu dan di persisir pantai negeri Pahang.

Kelompok awan tebal ni boleh membawa hujan yang lebat dan boleh berterusan. Semasa saya menaip ini lebih kurang jam 1.50 petang, hujan sedang turun di Kuantan. Diharap anda yang berada di Pantai Timur buatlah persediaan secukupnya bagi menghadapai musim banjir TERUTAMANYA mereka yang dah rutin setiap tahun rumah dinaiki air.

ANTARA PERSEDIAAN BOLEH DIBUAT IALAH :

- Simpan semua barang-barang yang jarang digunakan di tempat tinggi. Jadikan had banjir yang paling buruk pernah dialami sebagai panduan had ketinggian paras banjir. Barang yang selalu digunakan berada dalam mood bersedia untuk diletakkan di tempat tinggi sekiranya banjir.

-Simpan dokumen dan benda penting di tempat yang selamat.

- Siapkan satu set keperluan sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (Pakaian, makanan, dokumen, powerbank dan lain2). Kalau boleh sediakan powerbank berkapasiti 20,000Mah sebanyak dua/tiga biji yang telah dicaj penuh. Kemungkinan pusat pemindahan terputus bekalan elektrik. Jika tiba-tiba banjir berlaku, angkat je set banjir tadi tu masuk kereta atau pergi ke pusat pemindahan.

- Bagi yang mempunyai kereta, untuk keselesaan di pusat pemindahan banjir, boleh dibawa toto, tikar lipat, selimut sedap, bantal empuk sendiri dan lain2 yang rasa nak selesa. Jangan mengharapkan pusat pemindahan sediakan semua tu kerana mangsa banjir pastilah ramai. Untuk keselesaan diri sendiri kan?

-Stokkan makanan kering untuk digunakan selepas banjir. Mungkin kedai yang boleh diakses ketika itu terputus bekalan makanan.( Beras, gula, minyak, sardin, ikan kering, ikan bilis dan lain2 ikut selera sendiri). Air mineral juga stokkan bagi mengelakkan terkena jangkitan bawaan air.

-Sediakan lilin atau lampu boleh caj.

-Bagi yang tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan, tetapi berkemungkinan terkena banjir, sediakan stok makanan yang mencukupi supaya tidak berlapar sekiranya pasukan bantuan tidak dapat akses ke rumah anda.

Banjir merupakan fenomena alam semulajadi. Ada hikmah disebalik kejadian fenomena ini berlaku. Sebagai manusia, kita hanya mampu bersedia berdasarkan rutin/kebiasaan yang berlaku di sekeliling kita. Jadi....

Sudah bersediakah anda menghadapi banjir??
0
Share
Assalamualaikum pembaca yang budiman.



Hari ke 3 tahun 2017. Masing2 update bawa anak g sekolah.... Saya pula nak celoteh panjang sikit ala2 cerpen hari ni. Tujuan posting ni adalah sebagai cara nak menzahirkan penghargaan kepada salah satu sumber inspirasi saya dan semoga ada pengajaran kepada rakan2 yang membaca.

Lebih kurang 10 tahun yang lalu, ketika saya masih mentah, masih menjadi katak bawah tempurung, saya telah dibawa oleh dua orang Dato' (Salah seorangnya masih belum bertitle dato' ketika itu) untuk bekerja di syarikat salah seorang dato' tersebut (ni realiti, bukan drama melayu ye.kikiki). Syarikatnya besar dan banyak rangkaian yang menjalankan pelbagai bidang perniagaan. Hari ini, beliau dah berjaya membuka pasaraya sendiri.

Sebelum tu kerja macam2 dah. Kedai makan, kilang, last sekali buruh binaan. Pernah kerja kat tapak binaan sekolah kat Pahang, budak2 muda kat situ fikir kami2 ni orang Indon, ugut2 buat siren polis. siap jerit2 "indon! indon!" dari atas motor tanpa pakai helmet. cis.. tu la korang, kerja lekeh(low class) sikit tak nak, lepas tu menyusahkan masyarakat merempit sana sini. Mentaliti tentang pekerjaan tu kena ubah bro.. Jangan ingat asal kerja buruh je indon, asal kerja kilang je bangla.. Sebab tu la ko menganggur sampai ke sudah. Lagi teruk makan mak bapak tanggung sampai ke tua.

Dua tahun juga la kerja tak tentu arah lepas habis sekolah. Janji dapat kerja. Tak terfikir dah nak sambung belajar masa tu sebab fikir nak kerja bantu mak ayah. Isi borang UPU pun tak menyimpan harapan besar nak masuk 'U' .Maklum la anak sulung, adik2 ramai lagi nak bersekolah. Mak ayah bukannya orang senang.

Perjalanan ke KL menaiki kereta Toyota Harrier terus ke Putrajaya singgah di rumah seorang Dato'. Sampai je Putrajaya, dato' ni tanya "Tau tak ni kat mana ni?". "tau, Putrajaya"  Saya jawab separuh konfiden sbb itu la 1st time saya sampai ke Putrajaya..Kalau KL, tu kali ke-2 sampai. Kali pertama sampai masa lawatan sekolah(Hampir2 x dpt g sebab x de duit nak bayar). Keluarga saya susah baQ hang. Mana ada peluang jejalan macam hangpa tau tak. x denye nak melancong walaupun dalam negara. Tak kenal Putrajaya tu mcm mane, KL tu mcm mana masa tu. Sedih lak rasa kenangkan dulu2.. sob..sob...

Dari situlah saya mula mengenali dunia, mengenali adab dan budaya yang pelbagai. Belajar hidup di tempat asing dengan orang asing seorang diri tanpa saudara mara. Hanya dengan Allah, melalui dato' tersebut menjadi tempat bergantung harapan.

DISITULAH segala-galanya bermula. Serius, komputer pun di situla saya mula kenal secara mendalam (sebelum tu guna komputer bukan secara optimum-isi borang UPU pun suruh orang lain isikan. Punya la buta kayu.hahaha). Alhamdulillah banyak ilmu berkenaan REALITI kehidupan disitu. CUMANYA, minda berkaitan bisnes belum terbuka luas masa tu walaupun sudah berada dalam bidang bisnes ketika itu.

Hampir 3 tahun bekerja dengan dato' tersebut daripada zero. mungkin dato' pun pening nak letak saya kat posisi apa masa tu. hehehe... Posisi kerah tenaga sesuai la dengan saya masa tu. maklumla biasa kerja buruh binaan. hahahaaha...(maaf banyak2 dato').

Alhamdulillah pada tahun 2008 saya diterima dan diberi peluang berkhidmat dengan gomen, ditugaskan di Putrajaya. Berbekalkan secubit pengalaman yang saya terima daripada syarikat dato', saya tidak lagi kekok berkhimat di Jabatan Kerajaan ketika itu. Saya dah pandai berkomunikasi dengan pegawai2 besar kerajaan ketika itu (Kat Putajaya tau2 la pegawai2nya mcm mana. Pangkat tinggi2, JUSA2 banyak). Saya boleh bawa diri seorang diri di tempat orang ketika itu. Mak dan ayah jangan risau banyak2, anakmu dah besar. risau sikit2 dah la. Muahahaha..

Masa tu la saya bawa habis satu keluarga datang ke Putrajaya, pergi KL, pergi KLIA. Nak kasi Mak dan Ayah kenal Putrajaya, kasi adik2 tengok kapal terbang dan KLCC dari dekat, bawa naik komuter, bawa g jalan2 di Pulau Langkawi. Nak bagi luas pandangan. Saya tau mak ayah saya tak mampu. Jadi saya la yang bawa depa(mereka) apabila saya dah mampu.

Dato' + Dato', saya tak mau tag dato' berdua walaupun dato' berdua ada dalam friendlist saya kerana saya yakin jika dato' berdua baca, dato' berdua tahu siapa yang saya maksudkan.  Semoga Dato' + Dato' terus sukses di dunia dan di akhirat. Walaupun dah 8 tahun saya meninggalkan syarikat dato' saya sentiasa kenangkan pertolongan Dato' + Dato' ketika itu. Saya kagum dengan semangat Dato' + Dato' berdua dalam membantu membangunkan anak bangsa. Anda berdua merupakan salah satu sumber inspirasi buat saya.

Terima kasih Dato' + Dato' . Pertolongan dato' berdua nampak kecil (berikan peluang pekerjaan kepada saya), tetapi memberi makna yang besar kepada saya dan kesannya sangat meluas terhadap pelbagai aspek kepada saya. Terima kasih..

Jadinya, apa pengajaran yang boleh ambil? Mungkin secara ringkasnya:

1. Korang yang belum ada kerja, jangan la memilih kerja. Saya tau kelulusan korang semua besar2. Tapi, bekerja la MENGIKUT KEHENDAK PASARAN KERJA. Bukannya kerja mengikut kelulusan @ kehendak korang semata-mata. Sementara nak dapat kerja ikut kelulusan, bekerja la apa pun bidang sekalipun, kalau boleh berniagalah walaupun sekadar jual nasi lemak RM1.00 tepi jalan.

Mengapa banyak pekerja asing dalam negara kita? Sebab pasaran kerjanya memerlukan pekerja yang begitu (kos pekerja yang murah) tetapi banyak pekerja dikalangan orang kita (TAK SEMUA YE) yang nak gaji mahal. Dengar je kilang sebelah kasi gaji lebih sikit, mula la nak resign sebab nak masuk kerja kilang sebelah.

2. Jika ada rezeki dan peluang, berniagalah. Mula la dengan perniagaan kecil-kecilan TETAPI kena ada target dan perancangan supaya perniagaan tu kelak akan lebih besar. Tak kan nak niaga kecil-kecilan sampai tua?


3.  Bila ada kemampuan, bantulah anak bangsa, bimbing ke jalan kejayaan supaya apabila mereka berjaya kelak, mereka juga akan membantu anak bangsa juga. Barulah agama, bangsa dan negara kita ada pembela. Jangan sedap mengata, koplen, protes je. Tunjukkan jalan, ambil tindakan. Anak muda ni ada ruang untuk berfikir dan mengeluarkan idea yang super, tetapi perlukan bimbingan dan pencetus.
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2024 (3)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (2)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ▼  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ▼  Jan (7)
      • Banjir Oh Banjir...
      • COD Perfume Sekitar Kuantan
      • Nak Dengar Nasi Menangis? Pernah Dengar?
      • Salah Faham Penggunaan Perfume Spray Ada Alkohol, ...
      • Pandangan Dan Pengalaman Guna Simacard XOX
      • Banjir? Persediaan? Bersediakah Anda?
      • Selamat Tahun Baru 2017
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (24) cbr250r (7) fz150i (8) handfon (5) info (5) jalan-jalan (11) kereta (23) motorsikal (18) naza ria (17) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose