![]() |
Selamat Hari Raya Aidilfithri dari kami |
Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan bathil. Maaf juga dari saya kerana lama tak mejenguk blog kerana kesibukan bekerja. Banyak persoalan daripada rakan-rakan yang diajukan. Saya pun tak banyak pengetahuan tentang permotoran. Tetapi saya akan jawab sebaik mungkin.
# 2017,
perancangan ALLAH itulah yang terbaik. Harap kisah hidup yang tak seberapa ni
bermanfaat untuk rakan yang membaca dan menjadi kenang-kenangan kepada saya di
kemudian hari. Kisah tentang kenderaan, agak panjang bak cerpen.
![]() |
Gambar hiasan. Target 5 tahun akan datang. Semoga dimakbulkan. Amin... |
Tahun
2017 tahun yang agak mencabar untuk kami. ibu perlu mendapatkan rawatan di HKL
disebabkan penyakit tiroid. Arwah ayah mertua pula strok dan lumpuh..
Setiap
kali ke HKL menaiki Proton Waja, ibu biasa2 badan dan lutut. Ketika itu arwah
ayah mertua pula mengalami kesukaran nak dibawa naik kereta kerana lumpuh
strok.. ibu mertua pula perlu dialisis,
cuci buah pinggang 2 kali seminggu mengalami kesukaran untuk dapatkan rawatan
kerana tiada kenderaan.
Pernah sekali tu satu keluarga pergi ke Pulau Langkawi, balik dari Kuala Perlis menaiki Proton Waja. Sampai di Genting Sempah, ibu dan ayah dah demam kerana bisa badan.
Rasa amat
sedih dan terkilan tak dapat bantu memberikan keselesaan kepada mereka ketika
itu. Bukan tak bersyukur dengan kereta Proton Waja yang sedia ada, tetapi keperluan untuk
keselesaan keluarga lebih utama. Namun kemampuan kewangan yang terbatas.
Setelah
berbincang dengan isteri, bersepakatlah kami untuk membeli sebuah MPV. Target
asalnya dalam jangkamasa panjang (5 tahun) nak memiliki MPV jenis pintu sliding seperti di dalam gambar,
sekurang-kurangnya Nissan Serena dibatalkan kerana keperluan ketika itu lebih
mendesak.
![]() |
Gambar pinjam |
Dengan
bantuan seorang rakan yang berniaga used car, kami pun mencuba nasib membuat
pinjaman Proton Exora Bold. Hampir sebulan mencuba untuk dapatkan kelulusan
pinjaman dengan pelbagai cara, malangnya gagal. Terima kasih rakan kerana
membantu walaupun sedar peluang lulus tu memang sangat tipis.
Maklumlah,
yang sebenarnya belum sampai masa lagi nak pakai MPV dengan gaji sebesar itu.
Target asal pun ambil masa 5 tahun.. Ketika itu rasa amat kecewa, tapi redha
dan sedar kemampuan diri.
Masa pun
berlalu, rawatan ibu di HKL pun selesai, Alhamdulillah.. Arwah ayah mertua pula
meninggal asbab penyakitnya (sebenarnya rasa terkilan juga kerana semasa
hanyatnya, arwah ada hasrat supaya kami memiliki kereta 'menjalar' dan arwah
tak sempat merasa kereta 'menjalar').
Sebenarnya
usaha memiliki MPV tak terhenti di situ. Memandangkan masih ada keperluan untuk
keluarga di masa hadapan dan ada perancangan perniagaan, usaha masih
diteruskan. Macam-macam strategi dirangka..
Akhirnya
dengan tak disangka, Alhamdulillah ALLAH gantikan Proton Exora Bold dengan
sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai dengan keperluan dan kemampuan kami.
Dapatlah memenuhi keperluan keluarga dan perniagaan kecil kami. Ibu tidak lagi
sakit lutut, bisa badan dan demam-demam. Ibu mertua juga dapat kenderaan untuk
cuci buah pinggang. Arwah ayah mertua, telah pergi lebih awal. Semoga rohnya
dicucuri rahmat.. Kami pula, dapat menguruskan perniagaan dengan lebih mudah.
Terasa la
hikmahnya Allah tidak meluluskan pinjaman Proton Exora yang lalu. Rupa-rupanya
Allah telah aturkan jalan yang terbaik kepada kami untuk memenuhi semua
keperluan keluarga walaupun sedikit sukar dengan kedudukan kewangan kami.
Terima kasih ALLAH dan insan2 yang membantu.
Rakan2
semua, tatkala kamu rasa usaha kamu tidak berjaya seperti yang dirancang, atau
kamu sedang menghadapi kesukaran, terimalah dengan redho, ikhlaskan hati.
insyaALLAH ada hikmahnya. ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
Bantu Saya
Mohon bantuan kalian, semua pengunjung untuk subscribe channel Youtube, like page fb saya dan klik pada iklan google di blog ini. Cuma klik dan tutup kembali sebagai tanda sokongan kepada saya.
Kalian juga dibenarkan copy semua artikel saya ke blog anda dengan syarat sertakan kredit dan link ke blog saya www.sunan.my ATAU link ke artikel asal di blog saya.
Terima kasih semua...

PENGUMUMAN
BLOG SUNAN DALAM PROSES SELENGGARA
Assalamualaikum.. Lama juga tak bersiaran. Hari ni Sunan perlu selenggara blog ini. Coding2 lama perlu dibuang dan dibuat baru agar blog...


Label
10k
(2)
2MZ
(4)
agama
(2)
android
(2)
arnab
(2)
baby
(1)
bayi
(1)
blog
(6)
buat blog
(4)
CB500X
(1)
cbr250r
(7)
ER6
(1)
fz150i
(9)
gambar
(13)
gempak
(4)
Honda
(2)
Honda CB500X
(1)
Honda CBR250
(2)
i-sinar
(1)
informasi
(25)
internet
(3)
jalan dan makan
(6)
Kaswasaki ER6
(1)
Kawasaki
(1)
kwsp
(2)
lain-lain
(11)
m5
(3)
makanan
(6)
motorsikal
(7)
naza ria
(6)
naza ria convert toyota
(5)
nostalgia
(1)
novel
(1)
panduan buat blog
(10)
panduan perfume
(2)
pendidikan
(1)
pengajaran
(2)
pengumuman
(8)
penjawat awam
(9)
penternakan
(2)
perfume
(4)
permainan
(2)
promosi perfume
(2)
s3
(3)
samsung
(3)
sbpa
(5)
semasa
(19)
soal jawab perfume
(1)
sony
(3)
tauladan
(3)
tips
(3)
tips android
(2)
tips blog
(9)
toyota 2MZ
(2)
VF3i
(4)
video
(3)
xperia
(3)
Yamaha
(3)
Yamaha FZ
(3)
z1
(3)
