728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 23 December 2015

    Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1

    Fius berhampiran bateri

    Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencari maklumat lanjut mengenai Yamaha FZ150i. Motosikal aku dibeli secara ansuran bulanan, model pertama buatan tahun 2009-lampu bulat. Masa mula-mula nak bawa balik moto tu aku dah perasan meter RPM menari-nari. Tanya tokey tu, dia kata "biasa la tu, motor injection....meter RPM tu guna magnet,tak guna cable, sebab tu jadi macam tu".
    Jadi, aku fikir tak ada apa-apa masalah la. Mungkin bateri masih lemah sebab parking lama kat kedai (padahal bateri dah ditukar baru sebelum dijual kat aku). Lepas tu bawa punya bawa, dah dua tiga hari pun masih dalam keadaan yang sama. So, aku rasa macam tak logik pula bateri masih belum cukup caj lagi. Selalu juga kena apabila motor dibawa dengan laju dalam jangkamasa lama, tiba-tiba mati. mujur hidup semula.

    Jadi aku pun anggap bateri tu kong agaknya. Aku malas dah nak pergi kedai yang aku beli motor tu sebabnya aku nak tukar pakai bateri jenis gel. Maka aku pun pergi la kat satu bengkel tu tukar bateri gel. Harganya dalam RM65.00 kalau tak salah. ke RM85? ntah la.yang aku ingat ada 5 belakang dia. Hahaha.. Selepas tukar bateri baru, keadaan meter RPM masih menari-nari macam penari kebudayaan macam biasa. Aik? Tak kan bateri baru ni pun rosak juga?

    Pomen tu pun konfius kejap. Lepas tu dia cek api kat bateri guna voltage meter semasa enjin hidup, katanya api yang sampai tak cukup untuk support caj bateri.Ah, sudah... Agak2 kalau macam ni, apa masalahnya bro? tanya aku.. kata pomen tu, berkemungkinan ni masalah coil atau rectifier. Alamak, berapa plak kosnya tu?aku dah garu kepala. Maklum la poket sentiasa kering. kekeke... Memandangkan motor tu aku baru je beli, bro tu cadangkan aku bawa semula motor kat kedai yang aku beli tu.

    Sambil-sambil tu, baro tu sambungkan voltage meter untuk cek api kat bateri sambil tangannya godek2 segala benda yang ada kat bawah seat tu yang berisiko longgar. Bila dia godek je kat fius tu, terus api jadi normal sekejap. Godek lagi, normal sekejap. Dia g ambil fius lain dan tukarkan dengan fius asal tu. Nah!! Power dan jadi normal! fuh.... lega rasanya baQ hang.. Tengok fius tu cantik lagi, tak de kesan terbakar atau haus pun.. Alhamdulillah masalah selesai dan tak berulang lagi setakat ini. Aku pun tak faham kenapa fius tu jadi macam tu. Mungkin fius tu dah tak berupaya mengalirkan api dengan kadar sepatutnya.

    Selepas beberapa lama, aku mendapati rakan2 grup FZ banyak yang bertanyakan masalah yang sama. Dan penyelesaiannya pun sama iaitu tukar fius baru!! Ada tu dah terbeli coil baru. Lagi malang dah tukar macam-macam dari coil, rectifier dll tapi tak selesai juga masalah... Kedudukan fius tu macam dalam gambar kat atas tu.

    Sekiranya berlaku simptom-simptomnya, cuba la beli fius tu dalam RM2.00 dan tukar sendiri sebelum bawa ke bengkel. Bukan apa, jika masalah fius sahaja, penyelesaiannya sangat murah. Kalau bawa ke bengkel, biasanya pomen akan anggap masalah coil atau rectifier kerana fius tu nampak cantik lagi. Kalau dah tukar fius pun tak jadi juga, barulah bawa ke bengkel. Bersambung PART 2
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    22 comments:

    1. Assalam bro, moto fz ak sblom ni ok je.., smpai satu tahap tu.., tgh2 bwak mlm2 kat highway, ttbe ak trase mcm ad bnde jatuh sbb mcm bnde ak trlnggar bnde besi, tak sure sbnarnye sama ada ak terlanggar besi atau mmg ad component jatuh, lepas2 tu ak stop and check, mcm ok je semua.., bile jalan tu baru ak prasan meter rpm ak mcm dah gile, dulu mcm menari2 skit.., skrg lagi gile.., tgh full throttle pon die leh turun jadi 0 .., pastu selang bbrape second die naek smula..., pastu turun.., pastu naek...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Bro, tq kerana lawati blog saya.. klu tak salah saya, fz model baru ni guna sensor untuk meter rpm. cuba cek sensor tu

        Delete
    2. ini dah cukup baik.. nak beli rectifier baru.. koyak weh.. tp fius okay lah.. standard size utk fius brape eh?..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Faiq. std fius fz 15 @ 20 amp klu x salah

        Delete
      2. Terima kasih atas entry blog Tuan, memang betul selepas tukar fius, terus sembuh dah penyakit mati tiba2 tgh jalan pastu bateri kong je memanjang

        Delete
    3. tq bro,mmg tensen meter rpm berjoget2 walau dah tukar bateri baru

      ReplyDelete
    4. Walau dah tukar fius, kena kumpul duit utk kemungkinan :

      1. Coil magnet api nak kong/lemah; atau
      2. Rectifier nak kong/lemah.

      Jadi, caj tak cukup power menyebabkan dia tak dapat mengalir dengan power yang sepatutnya melalui fius lama. Tu yang bateri kerap kondem.

      ReplyDelete
    5. Baru yd jadi kat motor aku bro.. Pening kepala nak pk. Nasib ada solution.. Thanx byk2 bro.. Ada apa2 info update lg.. Kita rider tiada beza.. Huhuu

      ReplyDelete
    6. Saya punya fz150 enjin dah lekat. Mana nak cari enjin 2nd hand? Semua bantuan di ucapkan terima kasih

      ReplyDelete
    7. terima kasih tuan atas perkongsian.. RPM motor saya baru je manari2 td.. x pasal2 masuk keje lambat..Alhamdulillah tawakkal je td. petang nanti baru pergi cari fius seperti yang tuan bagitahu.

      ReplyDelete
    8. Terima kasih bro2 semua... bro rahsia beb dan bro rumahusah : boleh dah kumpul duit. takut2 coil/rectifier OTW nak kong..

      bro Anonymous, maaf, saya tak ada maklumat kat mana nak cari enjin 2nd. saya nasihatkan lepas ni sentiasa cek minyak hitam sekurang-kurangnya DUA MINGGU-SEKALI CEK. kalau minyak hitam kurang, topup bagi cukup semula. insyaALLAH enjin tahan.

      ReplyDelete
    9. Kawan kawan, sy kena lg teruk nih, bateri kong, meter rpm tetiba jadi 0, motor mati tgh jln.. fius dah pun tkar.. tukar bateri x setel, tukar rectifier xsetel, tukar plug, lps tu tukar coil magnet, lps tu tukar ecu, siap grandbar dan servis.. tapimasih x setel... nangissss wehhhhh

      ReplyDelete
      Replies
      1. Uih.. Berat kes ni. Semua benda dah tukar pun tak jalan. Dah cuba buat FID tak? Mungkin tu jalan terakhir nak cari penyakit. Tgk pada masalah tu puncanya cuma kurang api(bateri) je. Tapi punca bateri kurang tu nk kne tau

        Delete
      2. bro..motor tahun bila??dan dh dpt jalan pnyelesaian nya??klu dh dpt,share kat sini ya..tq bro

        Delete
    10. Bro moto fz baru aku tngh2 bw tetiba tngok meter dia mati pastu hidup balik tp dia jd sebu...rem2 sikit hidup balik....dh tkar bateri ada juga jd....

      sbb apa ya jd gitu?

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau dah tukar bateri, cuba tukar fius.. cuba hidupkan motor, lepas tu cabut kepala bateri semasa motor hidup. kalau motor terus hidup, maknanya coil masih elok. tapi kalau mati, mungkin coil api tak berapa cun

        Delete
    11. problem dah lama.. cuti baru nak godek motor.. dah jumpa.. terima kasih kerana membantu..

      ReplyDelete
    12. Saya pun bru keluar fz... selepas milage 1k tukar minyak hitam yamaha gold agak kasar bunyi dy.. next tukar eo 3k nnti... risau pulaj saya.. ada cdgan x?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sya pkai fz baru. Org kata bunyi kasar mcm mesin jahit tu normal. Tpi bro try check ngn yamaha dlu.

        Enjin saya bunyi kasar jgak, tpi xde la makan minyak itam stakat ni. Sya guna cara ini utk break-in/run-in enjin fz baru sya:

        Mileage saya bru 2300km, tpi tukar minyak hitam dh 3 kali.
        time tukar minyak:
        500km
        1000km
        1500km

        pakai minyak mineral murah je dlu tpi biar kerap...dah msuk kali ke 4 atau 5 bru start pakai semi atau full syn. Tujuannya utk flush habuk besi dari enjin baru, bagi piston ring jadi ngam dalam blok.

        Bro try tukar next masa mileage 2000km. Fz direkomen pkai minyak gred W50.

        Delete
      2. TQ bro imran. betul, bunyi kasar tu normal untuk FZ.. boleh cuba cara bro imran. cuma saya syorkan cek minya hitam seminggu sekali. jika minyak hitam tak berkurangan, tak ada masalah. kalau berkurangan, elok cek di bengkel panel Yamaha.

        Delete
    13. Saya guna fz diamond tahun 2011, baru baru ni meter lari jugak. Tak lama lepastu bateri mcm kong sbb nak start guna e starter tak boleh dah. Tendang pun tak dapat. Lama sikit tendang lg baru dpt, tp motor jadi semput semput. Press perlahan semput, press kuat pun semput. Smpai je rumah matikan motor terus tk boleh start dah. Apa ya puncanya, harap dpt bantu saya huhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. kemungkinan besar coil api sudah kong. apa pun, cuba dulu tukar fius. baca posting sampai habis. kalau tukar fius pun tak jadi, perlu cek di bengkel. kalau ada meter api, boleh cek dulu kekuatan api

        Delete

    Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.

    Item Reviewed: Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1 Rating: 5 Reviewed By: www.sunan.my
    Scroll to Top