Test Sup Ekor Dan Tom Yam Seafood di Taman Tas Kuantan

Sambung balik cerita semalam. Hehehe...
Nasi ambil satu pinggan je untuk dua orang. Lauk je ambik dua.hehe

Balik dari Rompin tu, rehat sekejap. Petang tu start kereta dan pergi ke tempat niaga. Malangnya cuaca yang tak mengizinkan. Hujan dari petang lagi. Dalam jam 8.30 malam hujan masih lebat, maka kami pun ambil keputusan untuk pergi makan malam dulu sambil-sambil menunggu kalau-kalau hujan berhenti.

Jadi kami pergi makan di kedai apa nama tah, nama kedainye ada perkataan 'tomyam' bersebelahan kedai MR. DIY Taman Tas. Disebabkan saya suka makan sup dan tomyam, jadi malam tu kami order sup ekor dan tomyam seafood untuk test kedai tu.

Kebiasaannya jika kedai makan sedap dalam masakan sup, masakan tomyamnye kurang sedap. Dah banyak kedai yang saya jumpa macam tu. Jarang-jarang kedai yang kedua-dua masakan berkuah ini dimasak sedap kedua-duanya.

Sup Ekor. Isi telah siap diasing dari tulang ekor.

Makanan agak cepat sampat, tempoh menuggu tak terlalu lama walaupun ketika itu kedai tu banyak pelanggan. Sup ekor sampai pada kami, terus saya Bismillah dan rasa.. Hmmmm... mabeles.. mabeles...

Sedap dan serasi dengan anak tekak saya. Haha.. tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair dan tidak terlalu berlemak. Isinya juga cukup makan. Tak terlalu sedikit.

Yang bagusnya ialah isi sup ekor tu dah siap di asingkan dari tulang ekor. Lemak daripada ekor juga tak terlalu banyak. Jadi supnya kurang berlemak dan tidak muak sehingga ke titisan akhir. Chewah.. Macam iklan la pulakkkk.


Ni pula tomyam seafood. Diperkaya dengan udang dan sotong. Lauknya agak banyak. Puas la makan.

Rasa? Macam yang saya cakap mula-mula tadi, jika supnya sedap maka tomyamnya kurang. Rasa tomyamnya agak kurang "UMMMPPPHHH". Heheh... Sebagai seorang penggemar tomyam dan sup, saya pernah jumpa tomyam yang lebih sedap dari ni.

Pada pandangan saya, tomyam ni ada rasa gen tomyamnya. Cuma mungkin manisnya, pedasnya sedikit kurang. Yang bagusnya ialah lauknya (udang dan sotong) yang banyak.

Harga makan malam tersebut dengan order 1 sup ekor, 1 tomyam seafood, 1 nasi putih, 1 milo ais, 1 teh tarik dan 1 air suam ialah RM22.00. Pada saya harganya berbaloi dengan servis, keselasaan dan rasa makanannya.

Kesimpulannya, kalau nak makan sup sedap, kedai ni boleh dijadikan sebagai satu pilihan. Nanti dah ingat nama kedai, saya update. Lupa nak ambil gambar kedai. hehehe...

Sekian.. Terima kasih kerana mengunjungi blog sunan.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.