Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan

Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la


Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar la yang pernah aku jumpa.


Apa yang aku suka tentang Gio Mall ialah konsepnya seperti sebuah mall dimana didalamnya terdapat butik-butik pakaian. Dan yang paling aku suka ialah pakaian yang dijual pula merupakan pakaian muslimin dan muslimah dengan rekaan terkini yang moden sesuai dengan pelbagai majlis dan peredaran zaman dengan harga yang amat berpatutan.

Mukan mudah nak mencari mall dan butik yang sepenuhnya fokus kepada jualan pakaian muslimah kernana kebanyakannya menganggap pasaran pakaian muslimah agak kurang memberansangkan. Pada aku, sebenarnya pasaran apa-apa produk yang berkaitan muslim sebenarnya sangat luas terutamanya makanan kerana hampir separuh pasaran apa-apa produk, penggunanya adalah dari kalangan muslim.

Dulu aku pernah impikan adanya mall seperti ini (yang khusus untuk pakaian muslimah dan menepati syariah). Alhamdulillah Gio Mall telah menampakkan impian saya itu satu kenyataan (sama macam ketika kecil-kecil dulu berseloroh dengan kawan-kawan tentang aiskrim goreng-kini telah ada pun aiskrim goreng).

Butik BenangHijau (Abaikan model tu. aku pun tak kenal.haha)

Gio Fabric

Butik Modvier


Gio Mall terletak di bangunan berhadapan UTC. Bangunan ini sebelum ini adalah Kamdar. Kamdar telah berpindah ke Galing.

Pada mulanya, aku rasa berat hati nak berkunjung kesini disebabkan desingn susun atur dan butiknya yang kelihatan mewah membuatkan aku berfikir harganya mesti mahal. Hahaha... Tapi ku gagahkan kaki masuk juga nak lihat apa yang ada di dalam. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Selepas masuk kedalam, kami (aku, wife dan adik) disambut oleh alunan lagu dan suara DJ. Mmmm...  konsep yang sangat bagus.

Aku meminta kebenaran daripada butik Modvier dan BenangHijau untuk mengambil gambar bagi tujuan blogging dan dengan senang hati serta ramahnya mereka membenarkan aku mengambil gambar. Perlu diingat, kebanyakan butik tak akan beri kebenaran kita mengambil gambar produk atau susun atur butik mereka. Tapi mungkin niat suci hati aku dan konsep open minded mereka, aku diberi kebenaran tanpa banyak songeh. Ok, nikmati kemodenan konsep yang dibawakan oleh butik pakaian muslimah ini.

Butik BenangHijau :

 




Butik Modvier:










Nampak ekslusif kan? Tapi jangan risau, harga jualan mereka tidaklah terlalu mahal berbanding ekslusifnya butik mereka. Harga sangat berpatutan setara dengan butik lain di luar sana.

Ok, ni pula gambar di Gio Fabric dan lain-lain butik yang sempat aku ambil.. Gio Fabric ialah butik kain-kain dan produk fabrik lain untuk hiasan dan kemasan dalam rumah.












Wah.. panjang betul update kali ni. ok, setakat ni dulu la ye.bye..

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI