Motor Besar, Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Lukisan cakar ayam.. Sebab tu ada gambar ayam. Gambar latar belakang tu ambil kat google jek. Haha..
Cerita pasal motorsikal berkuasa tinggi ni, sejak zaman kanak-kanak lagi dah minat amat sangat dengan 'motor besar' ni. Masa kanak-kanak dulu motor besar pertama yang jadi idaman ialah Yamaha TZM. Masa tu TZM tu kira besar la.

Ayah belikan kami sebuah basikal Jenama Rally. Tak jumpa la pula saya Google gambarnya. Basikal tu lebih kurang macam yang saya lukis tu la. Warna merah. Ketika tu saya ada tiga orang adik. Dua lelaki dan sorang perempuan. Yang lelaki sorang tu masih kecil.

Jadi, bila nak ke mana-mana, saya akan bawa dua orang adik naik basikal. Sorang duduk di belakang, sorang lagi berpaut di hadapan macam dalam gambar tu.

Jadi, sambil bawa basikal tu, adik yang di hadapan akan bunyikan "vroommm" sepanjang perjalanan tu konon-kononya tengah bawa motorsikal. Hahaha... Basikal sangat top di kalangan kanak-kanak ketika tu. Boleh kata hampir setiap rumah di kampung tu ada basikal sebagai pengangkuatan didalam kampung.

Tak seperti kanak-kanak sekarang. Baru sekolah rendah, mak/ayahnya dah benarkan bawa motorsikal. Bawa laju-laju dalam kampung, meronda-ronda tanpa tujuan menghabiskan minyak motorsikal disamping menyusahkan orang lain dengan bawa laju-laju tanpa kawalan ibu bapa. Tapi apa kan daya ibu bapa zaman sekarang susah untuk ditegur. Semunya nak menegakkan benang yang basah.

Bebekalkan minat tersebut, kami telah dewasa dan Alhamdulillah dapat memenuhi impian tersebut. Apabila adik lelaki yang sorang tu melangkah ke alam pekerjaan, perkara pertama yang difikirkan ialah motor besar. Tapi saya nasihatkan beli kereta terlebih dahulu. Selepas beberapa lama beli kereta, kami menyusun rancangan untuk beli motor besar.


'Motor besar' yang pertama hadir dalam keluarga kami ialah Kawasiki Ninja 250R Special Edition. Ketika tu, itu la motor besar pertama yang berada di kampung saya. Walaupun ayah kurang bersetuju kami beli motor besar, tetapi dia tetap bangga kerana anaknya la orang pertama pakai motor besar. Hahaha... Sebenarnya 250 tu bukan la besar mana pun.

Selepas dalam setahun, adik merancang untuk berumah tangga. Jadi, Ninja ni terpaska dijual (Sebenarnya dijual selepas kahwin sebab sayang). Downgrade ke Yamaha FZ150i. Ketika tu saya telahpun memiliki Yamaha FZ. Jadinya, kami sama-sama memiliki Yamaha FZ.


Tak lama selepas tu, saya berpeluang memiliki. Disebabkan saya berniaga secara sambilan dan selalu ke KL menaiki FZ untuk mengambil stok niaga, kami pun membuat keputusan untuk upgrade dari Yamaha FZ150i kepada Honda CBR250R. Sebab pilih honda CBR adalah seperti di POSTING INI(KLIK). Alhamdulillah saya juga mengecapi impian zaman kanak-kanak.

Adik saya pula yang jiwanya masih belum hilang semangat motor besar mengambil keputusan untuk kembali memiliki motor besar. Setelah membuat survey di Mudah.my, kami mengambil keputusan untuk ke KL mencari motorsikal yang sesuai. Rancangan asal ialah mencari motorsikal terpakai CC atas 250.

Mula-mula test ER6 ni di Kajang, Selangor

Lepas tu pergi Nilai Lama, cuba CBR 500R ni
Hampir seharian kesana kemari. Antar motorsikal yang kami sempat survey ialah Kawasaki ER6N terpakai dan Honda CBR500R terpakai. ER6 pertama yang kami pergi tengok di Kajang tidak memuaskan hati. Kami pergi ke Nilai Lama untuk tengok Honda CBR500R. Memang puas hati dengan CBR500 tu, tetapi kedai tersebut tak mahu menolong kami untuk mencuba buat pinjaman. Katanya slip gaji adik saya tidak lepas (Walaupun belum cuba submit loan).

Kami dengan kecewa bergerak ke destinasi terakhir iaitu di pusat banda KL untuk melihat sebuah lagi ER6 terpakai. Kedai MOTORSIM.

Ni ER6nye
Serah dokumen untuk buat pinjaman. Nak beli cash memang tak la
Sesampai di sana, Alhamdulillah ER6 kondisinya masih baik dan belum ada pembeli. Tanpa melengahkan masa, kami menyerahkan dokumen untuk membuat pinjaman kenderaan. Di kedai ni, tak ada pulak jurujualnya kata tak boleh ke, tak lepas ke. Malah membantu kami mencari jalan untuk lulus pinjaman tersebut. Selesai urusan, kami bertolak balik ke Pahang. Perjalanan hari tu adalah balik hari menaiki kereta.

Beberapa hari selepas tu, adik saya mendapat panggilan mengatakan ER6 tersebut telah dibeli. Loan orang lain terlebih dahulu diluluskan terhadap ER6 tu (Konsep kedai ni sapa cepat dia dapat). Aduh.. kecewa.. Hampir berputus asa. Namun begitu, perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik rancangan. Adik mengambil keputusan untuk mencuba buat pinjaman ER6 baru.

Motor hijau tu buat iklan jek. ahahaha
Dan... Taraaaaaa!!! Alhamdulillah pinjaman berjaya lulus. Kami mengambil cuti selama sehari untuk ke KL bagi menyelesaikan dokumentasi. Adik saya menaiki bas dan kami suami isteri ride dengan CBR. Setelah selesai segala dokumentasi dan memilih aksesori percuma, kami bergerak balik secara konvoi. Disebabkan itu kali pertama adik bawa 650, kami cuma bawa dalam kelajuan antara 100-120 km/j sahaja.

Ni singgah di RnR Temerloh kalau tak salah.

Dari KL, kami bergerak balik waktu petang. sampai di Kuantan malam. Tidur di kuantan semalaman. Besoknya kami konvoi balik ke kampung, singgah di rumah ayah. Sekali lagi ayah mengomel pasal motor besar, tetapi bangga sebab dua orang anaknya pakai 'motor besar'. Hahaha... hai la ayah.. Tau tak apa yang diorang tunjukkan tu?


Ini la bendanya. pada episod akan datang saya akan ceritakan apa benda tu. Hahaha...

Saja panjangkan episod ni sebab nak habiskan cerita dalam satu page saja. Tak nak bersambung sambung.

Sekian..

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.