Kredit gambar PB Maju |
Baru-baru ini ada pengunjung blog SUNAN tanya berkenaan prestasi enjin Toyota 2MZfe selepas dimasukkan kedalam body Naza Ria.
As Salam,tuan.
Sy baru bercadang mahu membeli sebuah naza ria ni memandangkan harganya yg ckup murah. Namun begitu kerisauan sy tertumpu pd masalah overheat yg byk memenuhi ruang komen naza ria.
Berkenaan tentag tukar enjin toyota yg tuan sebutkan,berapakah kosnya,ada x sebarag prubahn pd prestasi fan bagaimana pula dgn masalah overheat.
Soalan terakhir sy,adakah tuan bercadang utk mnjualnya...
Sekian..trm ksh...
Sebelum tu, saya tidak bercadang untuk menjual Naza Ria saya yang telah dimasukkan enjin Toyota 2MZ. insyaALLAH saya akan gunakan Naza Ria ini sampai bila-bila, atau sampai saya upgrade kepada Naza Ria yang lebih cantik atau sampai saya mampu beli Toyota Vellfire. Dalam erti kata lain, akan pakai lama la. kikiki.
Ok, untuk kos tukar enjin masuk enjin Toyota 2MZ pula, kerjanya agak banyak jika dibandingkan dengan tukar enjin ori. Jadi, kosnya, harganya ada macam-macam yang ditawarkan oleh bengkel. Ada serendah RM5,000.00 hingga setinggi RM12,000.00. Saya memilih untuk convert pakej penuh di sebuah bengkel di Balakong iaitu H & K Motorsport dengan kos RM8,500.00 (Ketika artikel ini ditulis, harga telah menjadi RM8,888.00). Masa yang diambil untuk proses convert enjin adalah sekitar 2 minggu.
Bercakap mengenai prestasi enjin Toyota 2MZ ketika membawa body Naza Ria yang seberat sekitar 2 tan/2,000kg itu pula, sepanjang penggunaannya dari segi kelemahan enjin 2MZ ni, yang pertama saya dapati pickup agak kurang berbanding enjin ori terutamanya ketika permulaan bergerak daripada pegun/kereta berhenti sepenuhnya.
Namun sebenarnya rasa kurang pickup itu tidak begitu ketara. Enjin 2MZ masih berkuasa dan tidak lemau ketika membawa body Naza Ria. Apabila sudah bergerak, kuasa enjin sukar dibezakan dengan enjin asal, lebih kurang sama sahaja. Semasa kali pertama bawa pulang setelah selesai tukar enjin, saya memecut sekitar 150km/j tanpa sebarang masalah. Nak tekan lagi pun boleh, tetapi saya tidak berani kerana kondisi tayar yang kurang memuaskan.
Kelemahan ke 2 enjin 2MZ ialah tiada fungsi hold seperti enjin ori. Fungsi hold enjin ori saya biasa gunakan ketika jalan jem dalam keadaan mendaki bukit. Apabila jem tidak bergerak, fungsi hold itu menghalang kereta daripada mengundur ke belakang. Disebabkan tiada fungsi ini pada enjin 2MZ, saya perlu bermain dengan handbrake Naza Ria yang sememangnya kurang 'makan'. Agak tidak bagus jika nak tekan minyak sepanjang masa untuk elakkan kereta mengundur ke belakang.
Setakat penggunaan saya, 2 kelemahan itu yang saya jumpa. Sekiranya ada lagi, saya akan kemaskini semula.
Dari segi kelebihan pula, saya dapati enjinnya lambat panas terutamanya diwaktu pagi. Meter temptrature sentiasa rendah seperti gambar di atas walaupun ketika sedang mendaki bukit. Boleh tengok artikel saya yang sebelum ini. Cumanya saya belum pernah ke Cameron Highland atau Genting Highland lagi dengan Naza Ria ni. Nanti la jika ada masa saya bawa Naza Ria untuk uji suhu. Diharap enjin 2MZ ini tidak menghadapi permasaalahan seperti enjin ori.
Untuk servis/selenggara pula, ia menggunakan minyak enjin sebanyak 5 liter dan minyak gear sebanyak 4 liter. Minyak gear boleh gunakan minyak Toyota RM130.00 seperti gambar di atas manakala minyak enjin boleh guna apa-apa minyak yang diyakini. Yang penting pastikan minyak tersebut original, bukan minyak tiruan. Saya menggunakan minyak enjin Liqui Moly 10-40 RM195.00 seperti gambar di atas. Manakala oil filter kod 90915-YZZD2 RM20.00 seperti gambar di bawah.
Penggunaan petrol? Saya pun tak pasti jimat ke tak sebab tak pernah ukur. Bagi saya, adalah normal jika mpv sebesar Naza Ria menggunakan petrol yang lebih berbanding Perodua Axia saya. Sesiapa berhasrat nak membeli Naza Ria perlulah bersedia menerima kos roadtax dan penggunaan petrol lebih tinggi dari kereta biasa.
Ok, itulah serba sedikit berkenaan enjin 2MZ. Ada masa nanti saya update semula.
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.