*** UPDATE 15 DEC 2011 : Besok aku akan tunjuk kiraan yang betul lagi benar berkenaan gaji yang akan korang dapat kalau pilih SBPA. Tangga gaji kat bawah tu betul, cara kira kat bawah tu betul. Tapi ada orang cakap tak adil la kalau dia di P1T2 dan junior pula P1T1, bila pilih SBPA, dapat gaji yang sama dengan junior di T1. SALAH. junior tetap junior ye.gaji tak akan sama. JPA dah agihkan gaji secaara adil. ada cara kiraannye.besok aku tunjukkan kalau ada masa.INSYA ALLAH..
Seperti yang tertera dalam pekeliling, bermula 1 Jan 2012 semua jawatan ditukar ke gred 1 - 5. Lepas ni dah tak ada lagi gred-gred dengan nombor yang besar-besar. PT-P0 N17 akan digantikan dengan gred PT-P/O N4-1. Gred 4 ialah gred yang kelayakan masuk minimum menggunakan SPM.
KGT ialah sebanyak RM95.00 dan bermula T16-T17, KGT ialah RM100.00. Akan tetapi dalam tempoh perjalanan tangga gaji ini, akan ada semakan terhadap gaji-gaji penjawat awam yang berada dibawah SBPA. Berikut ialah tangga gaji PT-P/O N4-1 (N17) bermula 1 Jan 2012.
T1 | T2 | T3 | T4 | T5 |
RM 955.00 | RM 1,050.00 | RM 1,145.00 | RM 1,240.00 | RM 1,335.00 |
T6 | T7 | T8 | T9 | T10 |
RM 1,430.00 | RM 1,525.00 | RM 1,620.00 | RM 1,715.00 | RM 1,810.00 |
T11 | T12 | T13 | T14 | T15 |
RM 1,905.00 | RM 2,000.00 | RM 2,095.00 | RM 2,190.00 | RM 2,285.00 |
T16 | T17 | T18 | T19 | T20 |
RM 2,380.00 | RM 2,480.00 | RM 2,580.00 | RM 2,680.00 | RM 2,780.00 |
Cara pengiraan gaji ( Kalau ikut slide JPA ). Kalau nak kepastian, hubungi Bhg. Sumber Manusia masing-masing. Lihat contoh perbezaan antara gaji SSM dan gaji SBPA untuk gred N17 dibawah. Jadual atas adalah SSM dan jadual bawah adalah SBPA.
Cara pengiraan kenaikan gaji anda jika terima SBPA ialah :
CONTOH SITUASI - 1
Katakan ketika ini (SSM) gaji anda berada di P1T2 = RM870, bermula 1 Jan 2012 gaji akan dinaikkan 1 tangga gaji (BUKAN KGT) dan menjadi P1T3 = RM920. JIKA TERIMA SBPA, gaji RM920 akan melihat dan diberikan gaji yang terdekat lebih besar pada jadual gaji SBPA iaitu T1=RM955. Apabila kenaikan gaji tahunan 2012 (KGT), anda akan lagi 1 kenaikan kepada T2=RM1050.Bermakna, akan menerima 3 kenaikan pada tahun 2012 dan jumlah kenaikan = RM180 !! Tarikh KGT setelah memilih SBPA adalah mengikut jadual formula gaji SPA.
CONTOH SITUASI - 2
Katakan ketika ini (SSM) gaji anda berada pada gaji maksimum, P1T24 = RM2151, bermula 1 Jan 2012 gaji akan kuantum 1 pergerakan gaji (BUKAN KGT) dan menjadi RM2217. JIKA TERIMA SBPA, gaji RM2217 akan melihat dan diberikan gaji yang terdekat lebih besar pada jadual gaji SBPA iaitu T15=RM2285. Apabila kenaikan gaji tahunan 2012 (KGT), anda akan lagi 1 kenaikan kepada T16=RM2380.Bermakna, akan menerima 3 kenaikan pada tahun 2012 dan jumlah kenaikan = RM228 !! Tarikh KGT setelah memilih SBPA bermula 1 Jan 2012 adalah berubah menjadi 1 Jan (Untuk gaji maksimum ketika SSM sahaja).
** Kiraan ini adalah berdasarkan taklimat pihak JPA. Sebenarnya ada cara kiraan lain yang sebenar mengikut tarikh kenaikan gaji utk mengelakkan gaji orang baru dan orang lama berada di tangga yang sama.Untuk kepastian, sila hubungi pihak JPA atau Bhg. Sumber Manusia yang menguruskan gaji pejabat masing-masing. Kiraan ni cuma untuk anggaran dan rujukan aje.TQ
P/S : Untuk jawatan lain yang gred 17 SSM ATAU gred 4-1 SBPA jawatan lain, BOLEH rujuk jadual gaji ni sebab tak banyak perbezaan dan ada yang sama. Setakat ini tiada apa-apa taklimat berkenaan elaun. Jadi aku anggap elaun akan kekal seperti yang lama (betulkan jika salah). Akan tetapi, elaun akan dibincangkan bermula tahun 2012.
UPDATE 16 DIS 2011 : Lihat formula pengiraan dari JPA
Lepas ni korang kenalah bayar cukai pendapatan ya...
BalasPadamSila layari laman web di bawah :)
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=2