Hari Guru... Kenangan Bersamamu Masih Terpahat.



Hari guru....

Bila sebut guru/cikgu, mula la jiwa ni terkenangkan zaman2 berhingus dulu. Sungguh banyak kenangan manis.

Kenangan tak manis dengan cikgu pun ada. Setakat kena rotan, berdiri atas kerusi, berdiri luar kelas, kena libas dengan pembaris besar sampai patah pembaris (Banyak sungguh peruntukan sekolah beli pembaris kayu masa tu.kikiki), kena tarik sideburn dan macam2 lagi... tu, biasa la bro.. adatlah dah buat salah.

Nakal jugak aku dulu. Hahaha... Tapi x de la sampai terfikir nak belasah cikgu/calarkan keta cikgu pun. Sungguh, masa tu tak terfikir pun pasal dendam dengan cikgu, sebab dah tau sendiri cari pasal. kikiki...

Antara kenangan yang masih segar dalam ingatan masa skolah rendah...

Cikgu pernah berikan bekal nasi lemak yang dibawa dari rumahnya sebab masa tu saya tak ada duit belanja, bekal pula tak bawa. G sekolah semata2 nak sekolah je. Kalau bawa duit belanja pun, 20sen jek.. Besoknya saya paksa mak masak mee lidi untuk balas balik bekalan cikgu masa tu.. Masih teringat2 lagi rasa sedapnya nasi lemak tu. Yang kejamnye, saya belasah sorang2 nasi lemak tu, tak kongsi pun dengan kawan2.. dan, cikgu pula saya tak tau la makan apa hari tu sebab bekalan dia dah diberi ke saya. Hahaha...  Terima kasih cikgu...

Masa tu cikgu pakai kereta Proton Saga ke Iswara? Masa dah habis sekolah, cikgu nak balik dengan keretanya, exited punya pasal saya kejar dari belakang kereta. Kena marah dengan pakcik tukang kebun. Wakakaka... Alhamdulillah masih berhubung dengan cikgu ni sampai sekarang dengan gelaran 'ibu'.. CIKGU ZURA****.

Masih segar juga di ingatan, masa darjah 5 kalau tak salah, nama saya berada dalam barisan pelajar cemerlang dalam kelas (Peperiksaan penggal je). Jadi Cikgu hadiahkan bekas pensil.. Masa tu, Cikgu hadiahkan kepada semua anak murid dalam kelas sebab dia akan bertukar keluar, tapi yang dalam list pelajar cemerlang tu dapat la yang special sikit.. ceh, cemerlang la sangat. SPM kantoi jugak. Wakakaka...Ingat lagi bekas pensel tu warna biru, diperbuat dari kain.  CIKGU RAJA HA***.

Yang ni pula, memang nasib saya agak baik la.. Saya lemah matematik.. Cikgu matematik ni pula, asal nak masuk kelas jek, selepas bagi salam, semua tak boleh duduk. Kena jawab dulu soalan matematik rambang dari cikgu ni. Sapa tak dapat jawab kena la denda baru dapat duduk. Yang bertuahnye, bila sampai turn saya, cikgu ni selalu sangat terbagi soalan 6x4 atau 4x6... saya pun dengan slumber jawab 24 sebab dah hafal (sbb selalu ditanya dengan sifir tu). Hahaha... ada la kadang2 soalan lain ditanya, cuma itulah sifir yang kerap ditanya. Kikiki... kenangan tu... CIKGU SHA***.

Antara cikgu yang paling ditakuti masa tu ialah cikgu bahasa inggeris dek kerana kegarangan dia. Tapi garang-garang pun baik.. SIR SA***.

Banyak lagi la kenangan-kenangan dengan cikgu-cikgi ni. Dah naik sekolah menengah ni malas cerita la. Macam2 kenangan ada.

Pengawas masa tu, kuasanya macam polis. hahaha... pagi-pagi sebelum masuk kelas, kena beratur. Pengawas yang jaga barisan. Pernah kena kejar satu sekolah sebab datang lambat.. dia kejar juga sampai dapat. ceh...

Rumah sukan masa tu rumah merah.. pernah sekali dimasukkan ke rumah biru, tapi lari juga ke rumah merah sebab minat merah. Masa tu glamer Power Ranger.. yang warna merah tu kira hebat la. Hahaha

Terima kasih buat cikgu-cikgu yang mengajar kami di bangku sekolah. Hari ni, cabaran semakin banyak dalam mendidik anak bangsa. Diharap teruskan bersabar dalam mendidik anak-anak.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI