Top speed CBR250R? ye.. rata-rata bila cerita pasal motorsikal ni, tak kira la kapcai ke, kuasa sederhana ke, kuasa tinggi ke, benda yang selalu orang tanya ialah top speed. Ok, video kat atas tu ialah top speed seorang penunggang di Brazil. Pada Part 1 yang lepas juga ada satu video daripada Malaysia, yang dikendalikan oleh Rafi Bikers juga boleh tengok top speed.
Ni yang dari Brazil - 177 km/h |
Ni dari Rafi Superbike Malaysia - 172 km/h |
Saya? Huhuhuhu.. Marilah berhuhuhu... Saya bukanlah pengejar kelajuan. Jadi saya tak setup CBR saya untuk kelajuan.
Saya setup supaya selesa dinaik dua orang. Saya tukar handle yang lebih tinggi menggunakan handle CB300F, beli dari Honda Thailand. Saya tukar windscreen tinggi sedikit supaya boleh ngam dengan handle tinggi. Pada episod akan datanga insyaALLAH saya akan tulis sedikit berkaitan dengan handle tersebut.
Jadinya, tunggangan saya hampir secara menegak, takde meroket. Maka kelajuan yang saya dapat kalau naik seorang ialah 155 km/h. Kalau naik dua orang pula ialah 145 km/h. Selalu kena main dengan Yamaha 125Z tu biasa la beb. Siap main potong memotong lagi dengan 125.. Laju betui 125 yek.
Lantak la.. Saya nak selesa dan stabil. Agak-agak stabil ke bawak Yamaha 125Z dengan kelajuan 150? Kalau jalan tak rata macam ombak Laut Cina Selatan kena pula angin lintang, stabil tak? Tah la. saya tak pernah bawa 125 dengan kelajuan tu..
Pernah juga dari kampung naik dengan isteri nak balik ke rumah, di pertengahan jalan ada sebiji Yamaha 125Z standart cuba nak kejar(dia tunggang sorang2). Rasanya destinasi dia sama dengan kami. Memang laju walaupun standart gaban. Tapi tak dapat la dia kejar kami. Kami bukan saja2 nak tinggal dia di belakang, tapi kami memang nak cepat sampai ke rumah sebabnya malam tu perlu ke tapak niaga. Jadi memang kami full thortel.
Kelajuan yang selesa nak dibawa dan tak memaksa enjin ialah dalam +-130 km/h. Kalau laju lagi, dah kurang ekonomikal. Tapi minyak masih jimat.
Kebanyakan yang bawa 125 ni suka kejar orang. Dari zaman saya guna FZ150i dulu pun sama. huhu.. Geng2 Kawasaki Ninja 150 tak de pulak kejar2 cucuk orang.. Maaf la kalau korang ada buat perangai ni, rentikan la..
Dulu masa zaman saya guna Yamaha TZM 150, memang saya pecut juga. Saya pernah bawa dengan kelajuan 170 km/h sampai berair mata sebab angin kuat sangat walaupun pakai visor helmet. Itupun belum habis pulas lagi. Thortle masih boleh pulas.
Tapi masa tu ingat mati lagi, banyak dosa belum mintak ampun lagi. Hati pula tak berapa nak kering. Wakakaka... 170km/h dia lain macam baQ hang.. TZM hangpa tak tau la pula macam mana..Tapi zaman tu tak de la saya nak berlumba ke, cucuk orang ke.. Masa tu beli sebab minat jek dan fikir senang nak balik kampung. Solo ride jek masa tu.
Yamaha TZM 150 orang ni. Pinjam gambar jek |
Kebanyakan orang yang beralih ke 4 lejang ni semua dah pencen pasal nak main kelajuan. Semua nak cari keselesaan dan penjimatan. Jadi, bila dah beralih kepada 4 lejang, janganlah mengimpikan lagi kelajuan lagi. Kalau nak juga kelajuan pada 4 lejang, sila la cari cc atas dari 250.
Tengok tu, testing yang dibuat oleh Rafi Superbike terhadap Modenas Dinamik 120..
150 km/h tuh.... |
P ambik superbike la kalau nak laju di 4 lejang. Ambik la cc650 kalau nak laju. Memang dah dicipta untuk kelajuan dan stabil ketika laju.. Pakai je standart, tak payah modi2..
Bersambun di >>PART 4<<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.