Anada seorang vlogger? Anda seorang blogger? Tentu anda nak menulis dan membuat video dimana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja apabila berkelapangan kan? Tak kan nak usung laptop kehulu, kehilir kan? Kalau boleh, semuanya nak berada di hujung jari jemari yang mulus itu. Hahaha..
Sunan pun termenung sebantar dengan persoalan itu. Sebenarnya sebelum ini pun Sunan pun pernah terfikirkan hal yang sama. Cuma, memandangkan menulis blog ini sekadar hobi, Sunan teruskan sahaja menulis blog.
Bagi Sunan, penulisan blog kami ini seumpama menulis sebuah coretan atau diari sebagai hobi semata-mata. Tidak mengharapkan balasan untuk penulisan kami. Apabila diperhatikan, ada penulisan kami yang menjadi hot dan menjadi rujukan sesetengah pembaca. Kadang-kadang merasa seronok apabila info yang disampaikan melalui blog dapat membantu orang lain yang mencari info tersebut melalui enjin carian.
Relevan lagikah menulis blog? Bagi kami YA, masih relevan jika tujuan penulisan blog itu adalah hobi untuk perkongsian cerita dan maklumat.
Walaupun kebanyakan orang telah beralih kepada media yang lain untuk mendapatkan maklumat, ada kalanya mereka juga masih membuat carian melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain2. Jadi, penulisan pada blog akan dipaparkan pada enjin-enjin carian ini.
Untuk Sunan pula, disamping penulisan blog cuma sekadar hobi, kami juga menyertai Google Adsense, membuka channel Youtube dan membuka page facebook. Ketiga-tiga media ini (Blog, Youtube dan Facebook) kami gunakan untuk SUNAN.
Google Adsense pula dipasang pada blog. Dengan menarik trafik daripada Youtube dan Facebook kepada blog, trafik Google Adsense akan meningkan dan ianya memberi sedikit pulangan dalam bentuk wang. Untuk Sunan, pulangannya tidaklah banyak berikutan kami bukanlah penulis yang aktif.
Jika anda penulis yang aktif dan mempunyai ramai pembaca, mungkin trafik blog anda yang tinggi dapat menyumbang kepada pendapatan dari Google Adsense.
Kesimpulannya, relevan atau tidak bergantunglah kepada tujuan utama anda menulis blog.
NOTA : Artikel ini ditulis melalui aplikasi blogger. Sebarang kesilapan ejaan dan setting akan dibuat melalui komputer pada kemudian hari.
Pernah tak terfikir nak pasang GPS Tracker pada anak2 supaya senang nak kesan anak2 berada di mana? Nak pasang GPS di kenderaan supaya senang nak cari jika hilang? Pernah tak terfikir jika terlibat kemalangan sorang2 tak sedarkan diri dalam semak samun, orang tak dapat cari kita dimana berada?
Tahun 2020, kita terus melangkah ke era digital. Suka saya nak kongsikan salah satu tips android kpd rakan2 iaitu fungsi seakan GPS TRACKER untuk tujuan keselamatan. Perkara ni telah saya praktikkan atas keperluan saya, bukan sekadar omong kosong ya.
Aplikasi FIND MY DEVICE, fungsi sebenarnya ialah untuk mengesan kedudukan handphone/peranti yang hilang dengan carian GPS. Memandangkan saya kerap balik kampung menunggang motorsikal sendirian, jadi saya ajarkan fungsi find my device ini kepada isteri untuk tujuan keselamatan iaitu agar isteri mudah kenalpasti lokasi saya ketika dalam perjalanan disamping meramalkan keselamatan saya pada ketika itu.
Bagaimana isteri saya nak kenalpasti lokasi dan meramalkan keselamatan saya ketika menunggan motorsikal? Jika isteri call atau whatsapp kepada saya, sudah tentulah tidak berangkat dan tidak berbalas kerana sedang menunggang motorsikal. Dengan aplikasi ini, maklumat tentang lokasi saya yang terkini akan dipaparkan diatas peta.
Isteri saya perlu buka aplikasi ini secara berkala. Sekiranya lokasi terkini saya berubah-ubah, boleh dijangka saya sedang memandu/menunggang/bergerak dalam keadaan selamat. Manakala jika kedudukan saya statik di satu lokasi sahaja walaupun aplikasi dibuka/disegar semula setelah beberapa minit, panggilan dan mesej pula tidak berjawab, bermacam kemungkinan yang boleh berlaku.
Aplikasi ini memerlukan log masuk ke akaun google peranti yang kita mahu kesan lokasinya. Oleh itu, saya mengamalkan menggunakan akaun google yang sama pada telefon bimbit saya dan isteri. Fungsi ini boleh juga buka di web melalui link https://www.google.com/android/find atau https://www.google.com/android/find?u=0
Contoh yang saya sertakan didalam gambar di atas. Find My Device ini memaparkan lokasi semasa handfon dengan tanda hijau diatas peta, status bateri dan talian telekomunikasi. Ketepatan pengesanan GPS ialah dalam radius 0-5 km. Pada gambar di atas, kedudukan adalah tepat dalam radius 50-200 meter.
Cara nak gunakannya mudah sahaja iaitu install aplikasi 'FIND MY DEVICE' pada handfon, log masuk akaun google handfon yang hendak dikesan. Manakala handfon yang hendak dikesan pula perlulah 'turn on location' dan sebolehnya pilih 'high accuracy'. Tetapan di handfon yang hendak dikesan juga perlu dibuat untuk membenarkan peranti dikesan.
Aplikasi ini memerlukan log masuk ke akaun google peranti yang kita mahu kesan lokasinya. Oleh itu, saya mengamalkan menggunakan akaun google yang sama pada telefon bimbit saya dan isteri. Fungsi ini boleh juga buka di web melalui link https://www.google.com/android/find atau https://www.google.com/android/find?u=0
Contoh yang saya sertakan didalam gambar di atas. Find My Device ini memaparkan lokasi semasa handfon dengan tanda hijau diatas peta, status bateri dan talian telekomunikasi. Ketepatan pengesanan GPS ialah dalam radius 0-5 km. Pada gambar di atas, kedudukan adalah tepat dalam radius 50-200 meter.
Cara nak gunakannya mudah sahaja iaitu install aplikasi 'FIND MY DEVICE' pada handfon, log masuk akaun google handfon yang hendak dikesan. Manakala handfon yang hendak dikesan pula perlulah 'turn on location' dan sebolehnya pilih 'high accuracy'. Tetapan di handfon yang hendak dikesan juga perlu dibuat untuk membenarkan peranti dikesan.
Saya menggunakan peranti Samsung, jadi saya kongsikan berdasarkan setting pada peranti saya. Secara ringkasnya seperti berikut :
1. Tekan butang SETTING, pilih SECURITY, pilih LOCATION, pilih ON dan HIGH ACCURARY.
2. Kembali dan masih dalam menu security, pilih pula menu FIND MY MOBILE, masukkan akaun gmail@google anda, dan buka butang GOOGLE LOCATION SERVICES, REMORT CONTROL, SEND LAST LOCATION.
3. Buka google play dan install aplikasi FIND MY DEVICE dan log masuk menggunakan ID Google yang didaftarkan pada langkah no 2 tadi.
4. Pilih peranti yang mahu dikesan lokasinya. Akaun google boleh digunakan untuk mendaftar banyak peranti.
Ini adalah contoh paparan apabila dibuka menggunakan aplikasi pada handfon memaparkan status handfon saya pada ketika saya sedang menulis artikel ini.
Anda juga boleh mengesan kedudukan handfon anak-anak anda dengan tetapan seperti nombor 1 hingga 4 di atas. Boleh juga letakkan satu peranti secara tersembunyi didalam kenderaan, perlu bersambung dengan pengecaj supaya dapat mengesan lokasi kenderaan (sebenarnya lebih elok beli GPS tracker yang dikhususkan untuk kenderaan).
Dapat sesuatu? Kongsikan artikel ini agar memberi manfaat kepada orang lain. Jangan lupa sertakan kredit artikel dari SUNAN ya.
Pheww.. Terliur tak? Baru-baru ini SUNAN berkesempatan menikmati roti tempayan cheese di Restoran Kassim Baba Roti Tempayan. Sebenarnya restoran ini terletak di laluan balik kerja kami, tetapi sebelum ini tidak berkesempatan singgah.
Hai orang-orang kuantan. Pernah dengar atau pergi ke kedai mee calong Medan Feri bersebelahan jambatan berdekatan Pasaraya Giant?
Assalamualaikum.. Lama juga tak bersiaran. Hari ni Sunan perlu selenggara blog ini. Coding2 lama perlu dibuang dan dibuat baru agar blog lebih ringan. Disamping itu, saya juga akan sertakan sekali pautan ke Facebook Page Sunan dan juga Youtube Channel Sunan.
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
Arkib Blog
-
▼
2020
(17)
-
▼
Jan
(7)
- TIPS ANDROID : EDIT VIDEO MENGGUNAKAN APLIKASI AND...
- BLOG, RELEVAN LAGIKAH?
- TIPS ANDROID : Jadikan Fungsi 'Find My Device' Seb...
- ROTI TEMPAYAN CHEESE KUANTAN
- MEE CALONG MEDAN FERI / MEE CALONG UTURN KUANTAN B...
- BLOG SUNAN DALAM PROSES SELENGGARA
- SYM VF3i 185 - Pandangan Pertama Selepas 3 Bulan ...
-
▼
Jan
(7)
TOP 5!!
-
Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
-
Baiklah, bersambung lagi. Antara simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
-
Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
-
Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
-
Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...
Label
10k
(2)
2MZ
(7)
agama
(2)
android
(2)
arnab
(2)
baby
(5)
baby sunan
(14)
bajet 2021
(2)
bayi
(2)
bisnes
(1)
blog
(10)
buat blog
(7)
CB500X
(1)
cbr250r
(7)
ER6
(1)
fz150i
(9)
gambar
(13)
gempak
(4)
Honda
(2)
Honda CB500X
(1)
Honda CBR250
(2)
i-sinar
(1)
informasi
(25)
internet
(3)
jalan dan makan
(6)
Kaswasaki ER6
(1)
Kawasaki
(1)
kereta
(20)
kwsp
(2)
lain-lain
(11)
laundry detergent
(1)
m5
(3)
makanan
(6)
moratorium
(2)
motorsikal
(17)
myvi
(2)
naza ria
(17)
naza ria convert toyota
(9)
nostalgia
(1)
novel
(1)
panduan buat blog
(12)
panduan perfume
(2)
pemulih
(1)
pendidikan
(1)
pengajaran
(2)
pengumuman
(10)
penjawat awam
(9)
penternakan
(2)
perfume
(4)
permainan
(2)
promosi perfume
(2)
s3
(3)
samsung
(3)
sbpa
(5)
semasa
(20)
soal jawab perfume
(1)
sony
(3)
tauladan
(3)
tips
(3)
tips android
(2)
tips blog
(11)
toyota 2MZ
(3)
tutorial blog
(2)
VF3i
(5)
video
(3)
xperia
(3)
Yamaha
(3)
Yamaha FZ
(3)
z1
(3)