Ada sahabat di media sosial bertanya "Dah masuk 2MZ overheat lagi tak?". Tersenyum saya membaca persoalan itu. Ramai yang memahami masalah utama enjin asal atau enjin ori Naza Ria ialah overheat.
Disebabkan dihantui dengan ketakutan masalah overheat inilah ada segelintir pemilik Naza Ria telah menukar dari enjin ori kepada enjin keluaran jenama lain termasuklah enjin Honda, Mitsubishi, Nissan dan Toyota. Dari pembacaan dan penelitian saya, enjin paling banyak dimasukkan ialah enjin dari Toyota iaitu 2MZ-FE.
Persoalannya, adakah dengan memasukkan enjin jenama lain ke Naza Ria akan selesaikan masalah overheat yang sering menghantui pemilik Naza Ria? JAWAPANNYA...
TIDAK!
Jika tidak dapat selesaikan masalah overheat, apa faedahnya masukkan enjin lain dengan kos beribu-ribu?
Pada pandangan saya, tujuan utama kebanyakan pemilik Naza Ria memasukkan enjin jenama lain ke Naza Ria memang nak selesaikan masalah overheat. Memang betul enjin ori Naza Ria lebih mudah overheat sekiranya penjagaan enjin ori tidak dibuat sebaik mungkin. Sekiranya dijaga sebaik mungkin, risiko nak oveheat akan berkurangan, tetapi masih ada risiko akan overheat.
Disebabkan itu, ada pemilik memasukkan enjin jenama lain ke Naza Ria. Bagi saya, memang boleh oveheat juga enjin jenama lain pun sekiranya penjagaan enjin itu tidak baik. TETAPI, sistem setiap enjin tidak sama. Setiap enjin dicipta dengan sistem masing-masing, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Timing chain |
Contohnya, enjin Nissan Cefiro menggunakan sistem timing chain, block enjin Toyota 2MZ dibuat menggunakan aluminium, silinder head 2MZ diperbuat daripada aluminium alloy [RUJUKAN]. Jadi, sudah pasti sistem penyejukan setiap model dan jenama enjin berlainan dan kerumitan penjagaan juga pasti berbeza.
Berdasarkan pembacaan saya, pada sistem penyejukan enjin ori Naza Ria, terdapat laluan air didalam block enjin dan hos-hos ada yang bersaiz kecil. Apabila laluan air bersaiz kecil, kemungkinan untuk tersumbat akan tinggi. Jadi, sistem penyejukan enjin ori Naza Ria perlu diselenggara dengan sekerap mungkin.
Saya tidak pasti sistem penyejukan, hos-hos pengaliran air utuk enjin model lain macam mana. Berdasarka pembacaan saya, sistem penyejukan enjin model lain tidak perlu diselenggara dengan terlalu kerap dan tidak semanja yang perlu dibelai sepenuh jiwa raga sepertimana enjin ori Naza Ria.
Namun, untuk memastikan masalah oveheat tidak berlaku, masih sama seperti enjin ori Naza Ria, perlulah diselenggara secara berkala supaya sistem penyejukan tidak tersumbat. Jika tidak diselenggara hingga tersumbat dengan mendapan karat dari air paip, risiko overheat akan kembali menghantui anda.
Di sini saya kongsikan jawapan daripada bro Saidan, individu yang telah lama menggunakan Naza Ria dengan enjin Toyota 2MZ :
Overheat memang kena. Setiap kereta kalau cooling systemnya problem..contoh radiator sumbat atau bocor..kipas kong..themostat jem..waterpump bocor. Hose bocor dan sebagainya..Untuk engine 2MZ JIKA BETUL PEMASANGANNYA, ada knock sensor yang mengawal knocking engine. Bila keadaan overheat, engine akan knocking dan cutt off engine..jadi engine selamat dan tak perlu overhaul..Engine Toyota juga tahan lasak berbanding original dari segi penjagaan. Hose cooling system tak banyak seperti original.Engine toyota adalah pilihan untuk convert naza ria..kerana ada yang kena overhaul dan tukar engine original masaalah masih berulang .Apalah salahnya mereka tukar engine selain original. Duit mereka. AG mereka...Tak perlulah cerita "saya dah pakai 10tahun Ok je". Sebab tak kena lubang hidung sendiri..cuba dah kena. Mau menggagau cari modal..Ikhlas cakap. Komen saya diatas ada menunjukkan engine saya overheat (2MZ). Kerana tengok spare tank penuh aja. Padahal hose dalam spare tank tanggal..tak cover air dalam radiator.Apa saya buat..biarkan sejuk..repair hose. Tambah air..tambah air tak perlu nak bleeding macam original .Sebab radiator cap kat atas engine .cuma pastikan penuh..Sampai bengkel petang di Balakong. Malam saya dah ada kat Melaka jumpa kawan kawan .Bayangkan lah kalau pakai engine original..mau tak meremang bulu tengkok
Pendek kata, pakai enjin apa pun masih ada risiko overheat. Yang membezakan cumalah kerisauan, kerumitan penjagaan dan penyelenggaraannya sahaja. Terpulang kepada keyakinan masing-masing mahu memakai enjin ori atau menukar enjin lain.
Pengalaman saya sendiri menggunakan enjin 2MZ di Naza Ria, setakat ini belum ada sebarang masalah. Harap-harap tidak jumpa la masalah terutamanya masalah overheat. Cuma, saya tidak berani kata enjin ini tidak akan oveheat. Saya baru sahaja menggunakan enjin 2MZ ini masuk 2 tahun. Jadi, tidak adil untuk saya katakan enjin 2MZ tiada masalah.
Bagaimana dengan anda? Masih teruskan dengan ORI ITU MANIS atau CONVERT ITU LAZAT? Terpulang kepada keyakinan masing-masing.
Yang penting, kita di komuniti Naza Ria ni jangan berpecah hanya disebabkan perbezaan enjin. Tujuan kita sama iaitu memastikan Naza Ria kita boleh bergerak membawa keluarga. Teruskan memberi sokongan, bantuan dan pendapat kepada rakan-rakan lain yang menghadapi masalah dengan Naza Ria mereka.
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.