BABY SUNAN. EPISOD 9 - MULAKAN PROSUDER IUI

IUI

    Pada episod 8, saya telah ceritakan dengan bahasa mudah bagaimana proses kehamilan berlaku. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan ceritakan pula secara ringkas agar mudah difahami bagaimana prosuder IUI ini berlangsung. Saya tidak akan gunakan bahasa doktor yang mungkin sukar difahami oleh orang kebanyakan seperti saya. Sebelum prosedur IUI dijalankan, beberapa ujian dan pemeriksaan akan dijalankan kepada suami dan isteri.

SUAMI

    Suami akan menjalani pemeriksaan air mani/sperma. Sekiranya sperma dalam keadaan cukup atau normal, tiada rawatan lain untuk suami. Jika sperma suami tidak cukup atau bermasalah, barulah rawatan lain akan dijalankan kepada suami bergantung kepada kes.

ISTERI

    Isteri pula akan menjalani pemeriksaan rahim menggunakan alat pengimbas ultrasound, pemeriksaan tiub fallopio, pemeriksaan ovari dan ujian darah (jika perlu). Rawatan lanjut bergantung kepada hasil pemeriksaan ini.

TIMED SEXUAL INTERCOURSE(TSI)


    Selepas pemeriksaan, sekiranya didapati sperma suami dalam keadaan normal, manakala rahim dan tiub fallopio isteri dalam keadaan normal, kebiasaannya doktor akan mencadangkan kaedah timed sexual intercourse (TSI) terlebih dahulu. Secara ringkasnya, kaedah TSI ini ialah doktor akan memberi ubat (makan/suntik) kepada isteri bagi membantu tumbesaran ovum/telur.

    Apabila cukup besar dan sampai tempohnya, doktor akan berikan suntikan hormon untuk memberi galakan kepada telur keluar dari ovari. Selepas itu doktor akan minta suami isteri melakukan hubungan kelamin secara normal (Di rumah la ye. Bukan di hadapan doktor. Hahaha). Selepas 2 minggu kemudian, barulah dilakukan ujian samaada telah mengandung atau tidak. Baca ni, malas nak translate. Hahaha :

Steps in typical ovulation induction/TSI cycle

1. You start your prescribed treatment (tablet or injection) from cycle day 2-3.

2. You attend for follicular tracking scan between cycle day 10-12. It is best care practice to attend for this follicular tracking scan in every cycle of TSI because there can be more than 1 follicle growing and the risk of multiple pregnancies can be considerable.

3. Once your follicle achieve the optimum size of > 18mm, you receive a trigger injection (a hormone that works just like that LH surge) to promote the release of egg from the follicle.

4. You are advised to perform sexual intercourse the same evening and next day. We advise you to take progesterone support in the form of vaginal gel, suppositories or injections.

5. Pregnancy test is performed two weeks later
INTRAUTERINE INSEMINATION (IUI)
    
    Jika selepas beberapa kali melakukan kaedah TSI tetapi masih belum berjaya hamil, doktor akan mengesyorkan pula kaedah IUI. Anda boleh membaca lanjut tentang IUI ini di blog PN SITI. Secara ringkasnya, IUI ni seperti di gambar atas sekali. Air mani yang telah dipilih akan disuntik masuk kedalam rahim isteri pada hari tertentu.


    IUI bukanlah kaedah 'bayi tabung uji'. IUI ialah kaedah membantu air mani sampai kedalam rahim pada waktu telur ovum yang subur dijangka keluar ke rahim.

    Dalam keadan hubungan kelamin dilakukan secara normal, kadar peratusan sperma yang berjaya sampai kedalam rahim mungkin agak berkurangan, banyak berada didalam faraj/kemaluan isteri sahaja dan akan keluar semula ketika membuang air.

    Dengan kaedah IUI, sperma yang berkualiti yang telah dipilih akan disuntik terus kedalam rahim. Tidak sekadar berada didalam faraj sepertimana hubungan kelamin secara normal. Oleh itu, lebih besar peluang sperma hendak bersenyawa dengan ovum.

    Setelah kaedah IUI dilakukan beberapa kali namun masih tidak berjaya mengandung, doktor akan mencadangkan pula kaedah lain seperti IVF. Namun kos akan lebih tinggi berbanding kaedah TSI dan IUI.

    Kaedah IVF In vitro fertilization inilah yang lebih sesuai dipanggil 'bayi tabung uji'. Tapi bukanlah betul-betul bayi tu berada didalam tabung uji seperti didalam filem alien. Secara ringkasnya kaedah IVF ialah ovum yang matang diambil dan sperma yang terbaik diambil. Makmal akan suntikkan sperma yang terbaik tadi kedalam ovum atau akan senyawakan sperma dengan ovum tadi didalam satu bekas khas.

    Setelah ovum dan sperma berjaya disenyawakan, apabila sampai tempoh tertentu, ovum yang telah ada benih tadi akan dimasukkan kedalam rahim. Ketika ini bergantung kepada rezeki pula untuk ovum ini melekat di dinding rahim. Jika melekat dan membesar dengan sihat, maka hamil la si isteri.


    Ok, habis bebel pasal IVF. Kembali ke proses IUI kami. Memandangkan dengan kaedah TSI yang kami jalani tidak membuahkan hasil, doktor telah mencadangkan kaedah IUI kepada kami. Kami bersetuju untuk melakukan kaedah IUI. Wang gaji setiap bulan kami dikorbankan untuk kos IUI.

    Walaupun Kerajaan menanggung kos IUI untuk anak pertama, namun semua kos tadi perlu dibayar oleh kami terlebih dahulu dan perlu membuat tuntutan kemudian iaitu selepas selesai semua sesi prosedur IUI. Proses tuntutan pula memakan masa sebelum kami mendapat bayaran tuntutan.

    Oleh itu, perlu sediakan kewangan yang lebih untuk selesaikan satu-satu sesi IUI. Kos yang kami keluarkan untuk satu sesi IUI di IIUM/UIA ialah sekitar RM3,000.00. Kos ini sebenarnya bergantung kepada situasi seseorang individu. Tidak sama situasi setiap orang.

    Sekiranya seseorang itu memerlukan ubatan yang lebih atau ubat yang kuat, maka kos akan lebih tinggi. Malah ada yang mengeluarkan kos tidak sampai RM3,000.00 pun.

    Selepas selesai satu sesi IUI, kami akan hentikan dahulu sebentar rawatan sehingga tuntutan diluluskan dan dibayar kepada kami, barulah kami mulakan semula sesi IUI yang seterusnya.

    Pada tahun 2013, kami sempat melakukan prosuder IUI sebanyak satu sesi. Kemudiannya diiringi episod bapa mertua tinggal dengan kami, kami mendapat kunci rumah dan berpindah masuk ke rumah baharu, kemudiannya banjir besar ketika baru sebulan masuk ke rumah baharu.

    Apa hasil IUI tadi? Saya akan tuliskan di episod 10. Dah panjang sangat dah episod 9 ni. Kikikiki


Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.