BAGAIMANA PROSES TUKAR NAMA / TUKAR MILIK BAGI NAZA RIA YANG TELAH COVERT ENJIN / TUKAR ENJIN LAIN?

Naza Ria enjin Toyota

    Betul ke kalau dah convert enjin kepada jenama lain dah tak boleh tukar nama? Naza Ria dah masuk enjin toyota atau enjin lain selain dari enjin Kia tak boleh tukar nama? Kalau jual pun, jual sahaja la, tak boleh tukar nama. Kena pakai nama owner lama. Betul ke?

    Jawapan ringkas, TIDAK BETUL. Jawapan panjang, memang Jabatan Pengangkutan Jalan 9JPJ) menetapkan syarat "Tukar hak milik tidak akan dibenarkan bagi kategori tukar enjin yang melibatkan buatan berbeza dari enjin asal".

    Tetapi masih boleh melakukan tukar milik melalui cara-cara tertentu. Cara yang halal ya. Jangan dengar kata-kata runner jika anda dimaklumkan nak kena bayar kepada pegawai JPJ, Puspakom dan kaunter. Itu semua taktik nak dapatkan bayaran lebih daripada anda.


    Sebenarnya tak perlu bayar pun kepada mereka semua tu. Malah mereka semua tu tak tau pun berapa banyak anda kena caj oleh runner. Jika ada masa, buat sendiri, lalui prosuder biasa secara halal dan sah, insyaALLAH akan lulus.

    Habis tu, bagainama cara halal tersebut? Saya kongsikan kaedah bagaimana nak melakukan tukar milik/tukar nama bagi AG anda yang sudah convert enjin. Ini adalah perkongsian dari sahabat AG kita, bro Hazsrull Lagenda Penglipurlara . Klik nama beliau untuk lihat perkongsian asal. Begini caranya :

Contoh surat perakuan jual beli
 
   Pertama sekali, anda perlu buat surat perakuan jual beli dengan pemilik lama, kemudian buat surat rayuan tukar milik kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ berdekatan. Setelah kedua-dua surat ini siap, dapatkan cop pesuruhjaya sumpah untuk kedua-dua surat ini.

    Setelah selesai cop pesuruhjaya sumpah pada kedua-dua surat ini, pergi ke JPJ berdekatan, Bahagian Kejuruteraan Automotif maklumkan bahawa kereta anda/yang anda beli telah ditukar enjin jenama lain dan anda mahu membuat rayuan kelulusan tukar milik. Nanti pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif akan bantu memberi panduan kepada anda bagaimana langkah seterusnya.

Contoh surat keLULUSan tukar milik daripada JPJ 

    Jika tiada sebarang masalah, JPJ akan luluskan rayuan tukar milik/tukar nama kereta tersebut. Jika tidak lulus, tanya punca tidak lulus dan selesaikan punca tidak lulus. JPJ akan keluarkan satu surat dengan syarat Syarat tidak boleh tukar milik akan terpakai kepada pemilik yang baru. Sebarang masalah berkaitan kenderaan, pemilik baru akan bertanggungjawab sepenuhnya.

    Oleh itu sebelum melakukan urusan tukar milik/tukar nama bagi kereta yang dah ditukar enjin jenama lain, pastikan anda betul-betul berpuas hati dengan kereta itu kerana jika kereta itu bermasalah selepas ditukar nama, JPJ tidak akan bertanggungjawab lagi.

Contoh Sijil Pemeriksaan Tukar Milik yang telah LULUS

    Surat kelulusan JPJ tadi bersama dengan geran asal perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan tukar milk. Sekiranya pemeriksaan tukar milik tidak lulus, tanya apa punca tidak lulus dan selesaikan/baiki punca tidak lulus. Biasanya punca yang kerap menyebabkan tidak lulus hanyalah sistem brake. Jika lulus, Puspakom akan keluarkan satu sijil pemeriksaan tukar milik.

    Bawa kembali surat-surat tadi bersama dengan sijil Puspakom ke JPJ berdekatan untuk urusan tukar milik/tukar nama. Pergi bersama dengan pemilik asal ye. Kali ini tidak perlu kembali ke Bahagian Kejuruteraan Automotif, tetapi anda terus sahaja ke kaunter perkhidmatan untuk urusan tukar milik.

    
    Ini adalah contoh geran selepas selesai tukar milik. Nampak syarat yang dinyatakan didalam geran, jika nak ubah sebarang maklumat (tukar nama, tukar enjin, tukar nombor plat) perlulah mendapat kebenaran khas seperti tadi di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ.

    Kaedah ni bukan terpakai kepada AG yang dah convert semata-mata. Tetapi juga terpakai kepada mana-mana kereta yang telah menukar enjin selain dari enjin jenama kereta itu sendiri.

    Semoga perkongsian ini membawa sedikit manfaat buat anda.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI