Bagaimana proses untuk mengandung itu berlaku? Dulu-dulu kita pernah belajar di sekolah dalam bab persenyawaan atau bab sistem reproduktif atau bab sistem pembiakan manusia. Episod kali ini saya tidak akan ceritakan lagi tentang IUI yang kami lalui. Saya nak fahamkan anda dahulu bagaimana proses kandungan berlaku.
Untuk mengandung, amat penting untuk memahami bagaimana proses mengandung itu berlaku. Apabila telah faham bagaimana proses untuk mengandung berlaku, barulah kita dapat menyusun strategi dengan lebih baik untuk mengandung.
Pada episod yang lepas, saya telah ceritakan bahawa lelaki dan wanita mempunyai 'telur' dan kedua-dua telur ini perlu bergabung. Daripada gabungan kedua-dua telur inilah terhasilnya kandungan. Untuk membolehkan kedua-dua telur ini bergabung, kedua-dua telur ini perlulah sihat. 'Telur' itu ialah sperma bagi lelaki dan ovum bagi wanita.
Manakala, bukan semua waktu 'telur' ini boleh bergabung. Ada waktu-waktu tertentu sahaja yang membolehkannya bergabung. Apabila telah habis waktunya, hubungan kelamin tidak akan dapat menghasilkan kandungan. Lainlah jika anda sejenis yang 'terlajak subur'. Asal letak je, jadi-asal jadi je, letak. Kikiki.
Jom kita fahami bagaimana untuk menggabungkan kedua-dua 'telur' suami dan isteri. Ini berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya. Jika salah, harap betulkan ya.
TELUR LELAKI / BENIH LELAKI / AIR MANI / SPERMA / SEMEN
Gambar di atas ialah gambar sperma yang telah dibesarkan melalui mikroskop. Dalam istilah klinikal, ia dipanggil sebagai 'semen'. Bahasa yang kita biasa gunakan ialah air mani. Jika dilihat secara mata kasar, kita hanya nampak air mani seperti hingus sahaja. Tidaklah nampak sperma dalam bentuk seperti ini bergerak-gerak.
Besar kuasa ALLAH kan? Dalam air mani yang nampak seperti hingus itu, ada berjuta-juta benda hidup rupanya. Untuk mengandung, sperma mestilah sihat, berbentuk normal seperti di atas dan aktif berenang-renang. Sperma akan hidup sekitar 72 jam selepas dilepaskan kedalam faraj isteri.
TELUR WANITA / BENIH WANITA / OVUM
'Telur' wanita pula iaitu ovum, ada tempoh tertentu sahaja yang boleh disenyawakan. Seperti gambarajah di atas, ketika di awal habis haid, telur ini masih kecil. Jadinya, telur tidak akan bergabung dengan sperma sekiranya hubungan kelamin diadakan ketika baru habis haid.
Telur ini akan membesar dan akan matang sekitar pada hari ke 14 haid. Hari ke 14 ini dikira bermula daripda hari pertama haid. Ketika hari ke 14 inilah telur ini perlu bergabung dengan sperma. Jika tidak berjaya bergabung, telur ini akan mati begitu sahaja. Untuk membolehkan sperma dan ovum bersenyawa, ovum perlulah bersaiz besar.
Lihat gambarajah di atas. Ketika haid sedang keluar, kilang telur / ovari akan menghasilkan telur/ovum. Selesai habis haid, telur tadi mula la membesar. Ketika telur sedang membesar ini amatlah penting memakan makanan berkhasiat agar telur membesar dengan cemerlang.
Digalakkan juga mengambil folic acid untuk membantu kematangan telur. Apabila hampir sampai tempoh matang (Ovulasi) iaitu sekitar hari ke 14, sebaiknya mulakan hubungan kelamin selang sehari/dua hari. Telur/ovum ini akan dilepaskan keluar dari ovari dan hanya akan hidup sekitar 24 jam sahaja.
Selepas tempoh sekitar 24 jam jika telur tadi tidak disenyawakan, telur tadi akan mati begitu sahaja. Maka, tiadalah proses mengandung berlaku pada bulan itu. Tunggulah pula telur baru pada kitaran haid pada bulan hadapan.
Sperma pula akan hidup sekitar 72 jam (3 hari) selepas dilepaskan didalam ovari. Oleh sebab itulah penting untuk melakukan hubungan kelamin selang sehari/dua hari apabila hampir sampai tempoh ovulasi. Agar sperma hidup sentiasa ada didalam rahim dan ovum yang keluar dari ovari sempat bertemu dengan sperma yang masih hidup. Barulah proses persenyawaan boleh berlaku.
Sekiranya sperma dilepaskan kedalam rahim ketika selepas dari hari ovulasi iaitu selepas hari ke 14, berkemungkinan sperma tidak sempat berjumpa dengan ovum kerana ovum telah mati terlebih dahulu. Namun jika ada rezeki, tidak kemana. Kita pun tidak tahu bilakah hari yang tepat proses ovulasi itu berlaku. Jadi, teruskan sahaja hubungan kelamin selang sehari/dua hari bermula hari ke 11 hingga hari ke 17 selepas haid.
Sekiranya ovum dan sperma berjaya bersenyawa, ovum tadi akan melekat di permukaan dinding rahim, mula membesar menjadi kantung. Dalam fasa ini, isteri tidak boleh melakukan pergerakan dan kerja yang lasak. Sesetengah individu mempunyai masalah rahim yang lemah menyebabkan ovum yang melekat tadi boleh tertanggal semula. Ada individu yang telah mengandung beberapa bulan, mengalami keguguran kerana rahim tidak kuat.
Saya harap anda mendapat gambaran bagaimana proses mengandung itu berlaku dan dapat memahami tempoh bilakah sepatutnya anda melakukan hubungan kelamin untuk memiliki zuriat. Selesai melakukan hubungan kelamin, sebaiknya tinggikan di bahagian dubur/faraj bagi membantu sperma masuk ke dalam rahim/uterus.
KESIMPULANNYA
Setelah membaca dan mengikuti rawatan kesuburan, saya dapat simpulkan bahawa adalah amat penting mengamalkan gaya hidup sihat dan memakan makanan yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti sperma dan ovum kerana sperma yang ovum yang berkualiti akan meningkatkan peluang untuk hamil.
Ubah gaya hidup agar tidak stress yang akan mengganggu kualiti sperma dan ovum. Kerapkan bercuti tenangkan fikiran, berjalan ke pantai mencari ketenangan. Ambil makanan yang berkhasiat, produk tenusu seperti susu tepung, produk kekacang, sayuran dan buah-buahan.
Setelah itu, lakukan hubungan kelamin pada waktu yang tepat dengan kekerapan yang tepat agar ovum dan sperma dapat bersenyawa ketika kedua-duanya masih aktif, sihat dan hidup
Jadi, KUNCI UTAMANYA bagi saya ADA 3 iaitu kesuburan sperma, kesuburan ovum dan waktu yang tepat. Sekiranya ketiga-tiga kunci ini bergabung, peluang untuk hamil akan lebih tinggi. Kunci lain ialah kesihatan rahim, kesihatan tiub fallopio, juga memainkan peranan kehamilan.
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.