Setelah isteri dapat bertukar ke Kuantan pada tahun 2013 dan kami menyewa rumah, kami mulakan semula usaha untuk memperolehi zuriat. Ketika kami memulakan rawatan klinikal untuk perolehi zuriat di Kuantan, kami masih belum mengambil bapa mertua tinggal dengan kami lagi.
Cerita banjir pada episod yang lepas tu ialah ketika kami telah selesai prosuder IUI dan telah mengambil bapa mertua untuk tinggal di rumah sewa kami sebelum kami berpindah ke rumah sendiri pada penghujung tahun 2013.
Kami memulakan rawatan di Klinik Kesihatan. Setelah beberapa rutin dilalui di KK, Doktor merujuk kami ke HTAA untuk rawatan lanjut. Di HTAA, Doktor yang membuat rawatan yang berkaitan kesuburuan bertugas secara bergiliran di UIA.
Memandangkan HTAA tidak cukup kemudahan untuk melakukan prosedur IUI, kami dirujuk pula ke IIUM Fertility Centre di UIA. Kos untuk prosuder IUI di UIA tidak salah kami adalah sekitar RM3,000.00 +/- pada ketika itu. Kos itu tidak dibayar sekaligus sebanyak itu, tetapi dibayar berperingkat mengikut prosuder yang dijalankan dan ubat yang dibekalkan.
Kos ini adalah bergantung kepada individu. Sekiranya individu dan pasangan tidak memerlukan prosuder dan ubatan yang mahal, maka kos akan berkurangan. Sekiranya individu dan pasangan memerlukan rawatan dan ubatan yang mahal, maka kos akan tinggi.
Untungnya kami sebagai kakitangan Kerajaan, kami boleh menuntut kos untuk IUI bagi anak pertama (Perbelanjaan Kemudahan Perubatan). Selagi belum dapat anak pertama, salagi itulah Kerajaan menanggung kos untuk menjalani kaedah IUI dengan syarat, hospital disahkan oleh Hospital Kerajaan bahawa Hospital tidak dapat menjalankan kaedah IUI dan ubat tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan. Dalam kes ini, doktor di HTAA telah mengeluarkan pengesahan dan rujukan kami ke UIA.
Kredit gambar : MaRSuPiLaMi's PaGe |
Di IIUM Fertility Center inilah kami menjalani kaedah IUI. Seingat kami sekitar 3 kali. Secara mudahnya, lelaki dan wanita mempunya 'telur' (Bentuknya bukan seperti telur ayam ye tuan2, kikiki). Kedua-dua 'telur' tadi perlu bersenyawa atau bergabung. Sekiranya persenyawaan berjaya, 'telur' tadi akan melekat didalam rahim dan bermulalah peroses mengandung. 'Telur' lelaki dipanggil sperma. Manakala 'telur' perempuan dipanggil ovum.
Oleh itu, rawatan akan bermula untuk mengenalpasti dan merawat kesihatan 'telur' suami dan isteri. Pada permulaan rawatan, doktor akan cek tahap kesuburan isteri dan suami. Sperma/air mani akan diuji di makmal untuk memastikan sperma yang sihat dan cukup. Alhamdulillah kadar sperma dalam kategori yang baik.
Setelah disahkan tahap sperma dalam keadaan baik, doktor cek pula tahap kesuburan isteri dari pelbagai sudut. Paling utama ialah tahap kematangan ovum atau telur. IIUMFC akan memberikan ubat/hormon yang membantu ovum membesar dengan baik apabila sampai tempohnya.
IIUMFC akan scan ovum apabila sampai tempohnya. Setelah ovum yang matang bersaiz secukupnya, kaedah persenyawaan dilakukan secara biasa iaitu secara hubungan kelamin. Secara normalnya, ovum akan cukup matang sekitar hari ke 14 selepas hari terakhir haid. Ketika tempoh matang ini, saiz ovum perlu mencapai tahap suburnya.
Sekiranya dengan bantuan ubatan untuk mematangkan ovum dan melakukan persenyawaan dengan kaedah hubungan kelamin tidak berjaya, doktor akan mencadangkan pula kaedah IUI. Secara ringkasnya IUI ialah kaedah memasukkan sperma yang telah dipilih ke dalam rahim isteri pada hari ovulasi.
Pada episod akan datang, saya akan ceritakan secara ringkas bagaimana proses kehamilan itu berlaku agar anda dapat faham prosesnya. Apabila anda faham prosesnya, maka sepatutnya anda akan faham apa keperluan untuk membolehkan kehamilan berlaku.
Selepas itu barulah saya akan ceritakan serba sedikit tentang proses IUI yang kami lalui.
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.