Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
Kredit gambar PB Maju

    Baru-baru ini ada pengunjung blog SUNAN tanya berkenaan prestasi enjin Toyota 2MZfe selepas dimasukkan kedalam body Naza Ria.

As Salam,tuan.
Sy baru bercadang mahu membeli sebuah naza ria ni memandangkan harganya yg ckup murah. Namun begitu kerisauan sy tertumpu pd masalah overheat yg byk memenuhi ruang komen naza ria.
Berkenaan tentag tukar enjin toyota yg tuan sebutkan,berapakah kosnya,ada x sebarag prubahn pd prestasi fan bagaimana pula dgn masalah overheat.
Soalan terakhir sy,adakah tuan bercadang utk mnjualnya...
Sekian..trm ksh...

    Sebelum tu, saya tidak bercadang untuk menjual Naza Ria saya yang telah dimasukkan enjin Toyota 2MZ. insyaALLAH saya akan gunakan Naza Ria ini sampai bila-bila, atau sampai saya upgrade kepada Naza Ria yang lebih cantik atau sampai saya mampu beli Toyota Vellfire. Dalam erti kata lain, akan pakai lama la. kikiki.

    Ok, untuk kos tukar enjin masuk enjin Toyota 2MZ pula, kerjanya agak banyak jika dibandingkan dengan tukar enjin ori. Jadi, kosnya, harganya ada macam-macam yang ditawarkan oleh bengkel. Ada serendah RM5,000.00 hingga setinggi RM12,000.00. Saya memilih untuk convert pakej penuh di sebuah bengkel di Balakong iaitu H & K Motorsport dengan kos RM8,500.00 (Ketika artikel ini ditulis, harga telah menjadi RM8,888.00). Masa yang diambil untuk proses convert enjin adalah sekitar 2 minggu.


    Bercakap mengenai prestasi enjin Toyota 2MZ ketika membawa body Naza Ria yang seberat sekitar 2 tan/2,000kg itu pula, sepanjang penggunaannya dari segi kelemahan enjin 2MZ ni, yang pertama saya dapati pickup agak kurang berbanding enjin ori terutamanya ketika permulaan bergerak daripada pegun/kereta berhenti sepenuhnya.

    Namun sebenarnya rasa kurang pickup itu tidak begitu ketara. Enjin 2MZ masih berkuasa dan tidak lemau ketika membawa body Naza Ria. Apabila sudah bergerak, kuasa enjin sukar dibezakan dengan enjin asal, lebih kurang sama sahaja. Semasa kali pertama bawa pulang setelah selesai tukar enjin, saya memecut sekitar 150km/j tanpa sebarang masalah. Nak tekan lagi pun boleh, tetapi saya tidak berani kerana kondisi tayar yang kurang memuaskan.

    Kelemahan ke 2 enjin 2MZ ialah tiada fungsi hold seperti enjin ori. Fungsi hold enjin ori saya biasa gunakan ketika jalan jem dalam keadaan mendaki bukit. Apabila jem tidak bergerak, fungsi hold itu menghalang kereta daripada mengundur ke belakang. Disebabkan tiada fungsi ini pada enjin 2MZ, saya perlu bermain dengan handbrake Naza Ria yang sememangnya kurang 'makan'. Agak tidak bagus jika nak tekan minyak sepanjang masa untuk elakkan kereta mengundur ke belakang.

    Setakat penggunaan saya, 2 kelemahan itu yang saya jumpa. Sekiranya ada lagi, saya akan kemaskini semula.

    Dari segi kelebihan pula, saya dapati enjinnya lambat panas terutamanya diwaktu pagi. Meter temptrature sentiasa rendah seperti gambar di atas walaupun ketika sedang mendaki bukit. Boleh tengok artikel saya yang sebelum ini. Cumanya saya belum pernah ke Cameron Highland atau Genting Highland lagi dengan Naza Ria ni. Nanti la jika ada masa saya bawa Naza Ria untuk uji suhu. Diharap enjin 2MZ ini tidak menghadapi permasaalahan seperti enjin ori.



    Untuk servis/selenggara pula, ia menggunakan minyak enjin sebanyak 5 liter dan minyak gear sebanyak 4 liter. Minyak gear boleh gunakan minyak Toyota RM130.00 seperti gambar di atas manakala minyak enjin boleh guna apa-apa minyak yang diyakini. Yang penting pastikan minyak tersebut original, bukan minyak tiruan. Saya menggunakan minyak enjin Liqui Moly 10-40 RM195.00 seperti gambar di atas. Manakala oil filter kod 90915-YZZD2 RM20.00 seperti gambar di bawah.

    Penggunaan petrol? Saya pun tak pasti jimat ke tak sebab tak pernah ukur. Bagi saya, adalah normal jika mpv sebesar Naza Ria menggunakan petrol yang lebih berbanding Perodua Axia saya. Sesiapa berhasrat nak membeli Naza Ria perlulah bersedia menerima kos roadtax dan penggunaan petrol lebih tinggi dari kereta biasa.

    Ok, itulah serba sedikit berkenaan enjin 2MZ. Ada masa nanti saya update semula.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.

0
Share
kredit gambar BLOG

    Ramai yang tanya, boleh ke endos enjin Toyota 2MZ yang masuk dalam body Naza Ria? Mahal ke? Susah ke? Kena upah runner ke? Kena beri duit kopi kepada pegawai JPJ ke? Nanti nombor enjin toyota 2MZ tiada dalam geran ke? Nanti insurans tak cover ke Naza Ria yang convert enjin?

    Banyak persoalan sebelum convert enjin kan? Semua persoalan tu agak menakutkan disamping diberitahu perlukan modal yang tinggi untuk endos. Jika tukar enjin masuk enjin jenama yang sama iaitu enjin Kia, tiada masalah untuk endors macam biasa.

Betul ke sekarang kalau nak endorse JPJ tak lepas dah. Kalau nak lepas kena guna orang dalam' dan dalam geran masih enjin asal lagi? Dan insuran pun tak cover kalau berlaku eksiden?
    Nampak tak? Itu antara persoalan yang membantutkan pengguna. Ada ke patut pengguna ini dimaklumkan kepadanya bahawa walaupun dah endos tapi tiada no enjin baru dalam geran, jadi apa guna endos jika tidak dikemaskini oleh JPJ? Jadi jawapan saya :

Tidak betul. Saya endors sendiri sahaja, tak pakai runner, tak pakai orang dalam. ikut prosedur, insyaALLAH tiada masalah. Dalam geran sudah ditukar kepada nombor enjin toyota. Selepas selesai endors dan dapat geran baru, perlu isytihar kepada sykrt insuran Berikan satu salinan geran yang ada nombor enjin baru kpd syrkt insurans. InsyaALLAH tiada masalah.
    Untuk endors enjin selain enjin jenama asal kenderaan, caranya sedikit berbeza. Secara ringkasnya, cara-cara dan kos nak endors enjin supaya enjin itu menjadi halal dengan JPJ dan insurans ialah :

1.    Selepas enjin siap dipasang, dapatkan surat enjin dari bengkel dan bawa ke pejabat Kastam berhampiran, dapatkan salinan maklumat enjin berkenaan. Cop salinan diakui sah - RM3.00.

2.    Kemudian bawa geran asal, surat enjin dan salinan maklumat enjin tadi pergi ke JPJ, Bahagian Kejuruteraan Automotif (KA) dan maklumkan bahawa anda nak tukar enjin Naza Ria anda dan nak masukkan enjin Toyota/Jenama lain. Dalam beberapa hari (jika pegawai tidak bertugas di luar, surat dapat lebih cepat), JPJ akan keluarkan surat kelulusan melalui email anda "KEJURUTERAAN AUTOMOTIF: Pengubahsuaian Kenderaan - Penukaran Enjin - Permohonan telah diluluskan.". Pastikan anda sentiasa semak email. - RM0.00 (PERCUMA).


3.    Cetak surat JPJ + geran asal + surat enjin bawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom, pastikan brake dan handbrake anda berada di tahap cemerlang. Biasanya jika gagal Puspakom, disilah yang gagalnya. Mula-mula Puspakom akan buat ujian brake. Jika brake lulus, barulah Puspakom cek nombor enjin dan nombor casis. - RM93.00 (Bayaran melalui aplikasi myPuspakom utk 2 jenis ujian).

4.    Jika LULUS di Puspakom, bawa sijil kelulusan Puspakom+surat enjin+salinan maklumat enjin+geran asal ke JPJ, kaunter perkhidmatan untuk urusan endors/kemaskini maklumat enjin dalam geran. Ketika inilah nombor enjin baru akan dikemaskini ke dalam sistem JPJ - RM0.00 (PERCUMA).

5.    Di JPJ, selesai endors ke sistem komputer, jika nak cetak geran baru yang mempunyai maklumat nombor enjin baru, anda perlulah membayar harga cetakan geran. Jika tidak mahu cetak geran baru, ianya percuma. Boleh balik. Tetapi saya syorkan cetak la geran baru untuk tujuan simpanan dan pengishtiharan dengan syarikat insurans. Kos cetak geran - RM50.00.

6.    Fotostat satu salinan geran baru tadi, dan hantar ke syarikat insurans anda untuk declare enjin. Pastikan syarikat insurans anda kemaskini maklumat enjin baru ke insurans anda supaya jika berlaku kemalangan, syarikat insurans tidak menolak untuk perlindungan kereta anda.

    Dah!! Selesai!! Kosnya berapa? Ya betttoooollllll RM3.00 + RM93.00 + RM50.00 = RM146.00 sahaja tuan-tuan!!

    Habis tu? yang runner caj mahal-mahal sampai RM1,500.00 tu untuk apa? Ok, tu untuk ilmu, masa, tenaga dan usaha diorang.. Semua tu bukan percuma. Nak percuma dan murah, kamu pergi la buat sendiri, cuma perlu korbankan masa dan tenaga kesana kemari untuk selesaikan urusan. Bukan sehari dua nak siapkan semua tu.

    Sekarang saya dah kongsi ilmunya, terpulanglah kepada tuan-tuan nak MURAH ke nak SENANG? Jika nak murah, anda tak dapat senang. Jika nak senang, anda tak dapat murah. Pilihan di tangan anda..

Ok terima kasih atas pencerahan tuan. Nampaknya selama ni saya diberikan info yang salah. Bukan apa, saya bercadang nak cari Naza Ria dan nak tukar enjin Toyota 2mz sejak dulu lagi, tapi saya diberitahu kononnya tak boleh dah. Tu yang terbantut hasrat.
    Sama-sama. Cuma apa yang saya kesalkan, seperti mesej di atas, ramai orang diberikan maklumat yang salah dan mengelirukan. Akhirnya tidak ramai yang berani menggunakan dan menukar enjin jenama lain, tersadai kerana putus harapan dengan enjin asal, akhirnya jual relai.. Kadang-kadang maklumat yang salah diberi dengan tujuan untuk ambil kesempatan kononnya "guna orang dalam" yang memerlukan pengguna bayar lebih..

    Lebih malang lagi akhirnya orang awam menyalahkan JPJ dan Puspakom makan rasuah. Padahal, runner yang segelintir itu menabur nama dengan tujuan nak caj lebih kepada pelanggan.

Kasihan JPJ, Puspakom dan runner yang jujur..

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.






4
Share

    Setelah intai-intai Naza Ria, anda pun jatuh hati dan berminat nak pakai. Tapi masih takut nak beli? Jika tanya saya recomand ke tak guna Naza Ria? Sebelum tu, saya nak maklumkan gambar di atas tu adalah Naza Ria yang ke 2 saya beli dan guna hingga sekarang.

    Saya pernah beli Naza Ria yang tersadai beberapa tahun yang lepas, saya tukar enjin dan masukkan enjin kia K5 iaitu enjin asal Naza Ria ria. Sepanjang penggunaan enjin tersebut tiada sebarang masalah. Gearbox pun langsung tiada masalah. Sememangnya gearbox Naza Ria lasak dan jarang dengar rosak.

Kredit gambar sistem penyejukan tersumbat PB MAJU

    Kesimpulan yang saya dapat sepanjang menggunakan enjin ori Naza Ria ialah, perlu rajin belai sistem penyejukan enjin iaitu radiator dan segala saluran air. Apa yang saya buat ialah saya akan hantar ke kedai untuk flush sistem penyejukan sekali dalam setahun. Apabila hantar flush, saya dapati sistem penyejukan hampir-hampir tersumbat. Jadi, inilah punca utama overheat atau istilah teh tarik ialah sistem penyejukan tersumbat gagal berfungsi menyejukkan enjin dengan baik dan seterusnya menyebabkan enjin panas, gasket terbakar, air masuk dalam enjin.

    Jadi, cara yang terbaik ialah buatlah flushing 6 bulan sekali atau 2 kali setahun. Paling koman sekalipun buatlah sekali dalam setahun, cuma risiko tersumbatnya lebih besar. Jika tidak buat flushing langsung, risiko tersumbat sangatlah besar.


    Naza Ria yang pertama kali pakai (gambar di atas) saya telah jual pada tahun 2019 kerana keadaan fizikal yang kurang memuaskan. Ketika saya beli dahulu, Naza Ria tersebut dah tersadai lama berhujan panas. Cat-catnya dah banyak melepuh. Pintu slidenya pula perlu ditutup seumpama baru selesai bergaduh dengan awek, kena hempas kuat-kuat banyak kali. Seat pula banyak yang telah koyak.Masa beli dulu, kira nak beli dan nak pakai sahaja. Tak fikir sangat kodisi body macam mana. Kebetulan, itula sahaja yang murah di waktu itu. Nak cat baru, modalnya bukan sedikit. Nak balut seat sahaja modalnya kira-kira RM1,000.00.

    Selepas jual Naza Ria itu, tahun 2020 saya beli pula sebuah Naza Ria yang juga tersadai, enjin kong, tetapi bodypart sangat cemerlang. Naza Ria tahun 2009 spek RS ini adalah Naza Ria yang basic. Tiada sunroof, tiada seat kulit, tiada ABS, tiada SRS Airback, tiada electric seat. Tetapi tidak mengapa asalkan bodypartnya masih baru, tiada karat, catnya masih cantik.


    Cuma kali ini saya bertekad tak nak pening kepala lagi dengan karenah enjin ori. Saya cari modal dan masukkan enjin Toyota 2MZ. Mengapa? Kerana keyakinan kepada enjin keluaran Toyota yang terkenal dengan kelasakan enjinnya. Enjin lain juga seperti enjin Honda, Nissan dan Mitsubishi ada orang masukkan. Cuma berdasarkan kajian dan reviu, enjin Toyota 2MZ paling sesuai dipasang dan kurang bermasalah.

    Jadi, saya recomand tak nak pakai Naza Ria enjin ori? Ya, saya sangat recomand, saya sangat syorkan jika anda sememangnya berminat dengan Naza Ria. Jika anda pembenci jenama Naza/Kia, saya tak boleh kata apa. Dengan harga serendah RM5,000.00, anda sudah dapat sebuah MPV bersaiz penuh dengan pilot seat, nak apa lagi? Cuma perlu selesaikan masalah enjin sahaja.

    Cuma saya nasihatkan jika anda membeli Naza Ria yang masih enjin ori, anda disyorkan persiapkan sedikit modal untuk tukar timing belt, minyak hitam, minyak gearbox, plug, dan flush sistem penyejukan sejurus selepas memegang kunci Naza Ria. Kemudian buat simpanan sebagai persediaan sekiranya enjin menghadapi masalah. Jika tidak yakin dengan enjin ori, tiru saya dan tukar enjin yang anda yakin. Cuma modal agak keras. Tidak mengapa jika berhasrat nak pakai lama.

    Alat ganti / spare part Naza Ria ni banyak dan mudah dapat. Tak perlu risau kerana banyak penjual yang menjual relai/lerai dengan harga yang berbaloi. Jika nak dapatkan part baru dari kedai pun masih boleh didapati, cuma harga lebih sedikit kerana kebiasaan part di kedai adalah original.

    Selepas itu, ikutilah komuniti pemilik Naza Ria di facebook atau whatsapp. Komuniti ini sangat membantu dalam mencari jalan berdasarkan pengalaman masing-masing untuk setiap masalah yang dikemukakan.

    Sekian, jom sama-sama pakai Naza Ria. Kikikiki... Jangan lupa subscribe channel Youtube saya KLIK DI SINI. Terima kasih.
3
Share

 

    Kali ini saya nak tunjukkan cara-cara memohon i-Sinar secara lengkap, langkah demi langkah, step by step.

    Sebaiknya ada perlu mendaftar i-akaun terlebih dahulu. Namun jika belum mendaftar i-akaun pun permohonan masih boleh dibuat. Pertama sekali pergi ke portal i-Sinar KLIK DI SINI. Jika anda telah mendaftar i-akaun, masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa sengkang dan nombor handfon yang berdaftar dengan i-akaun.

    Jika belum mendaftar i-akauan, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang dan masukkan nombor handfon anda yang terkini.

Kemudian klik TERUSKAN

Jika anda telah ada i-akaun, akan keluar seperti gambar di bawah. Nombor 6 digit akan dihantar melalui SMS akan dihantar kepada anda, masukkan nombor 6 digit tersebut dan klik SAHKAN OTP. SMS nombor OTP adalah seperti contoh berikut :
RM0 KWSP: Permohonan i-Sinar. OTP 123456. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan.

Jika belum ada i-akaun, akan keluar gambar seperti di bawah, jawab sahaja soalan tersebut dengan tepat.

Jika salah, ulang semula sampai betul, "sampai abang Jamil mamp*s" bak kata cerita madu 3. Kikiki

    Jika dah berjaya log masuk, anda akan berjumpa dengan ELYA seperti di bawah. Kelayakan pengeluaran pun dinyatakan anda boleh keluarkan banyak mana. Dibawahnya ada butang untuk anda memilih nak keluarkan banyak mana. Klik dan tarik sahaja sehingga maksimum. Jangan fikir lagi, bila lagi nak boleh keluarkan ye dak?

Si ELYA akan pujuk anda supaya anda tak jadi keluarkan. Dia bagitau la duit sebanyak yang anda nak keluarkan tu akan brtambah jadi berapa bila anda dah tua nanti. Abaikan ELYA tu. Dia bukan bini mahupun awek anda pun. Hahaha..


    Pembayaran akan diberikan secara berperingkat selama 6 bulan. Bulan pertama, dinyatakan berapa pengeluaran maksimum untuk ada, macam biasa tariklah sampai maksimum. Jangan fikir banyak-banyak sangat. Lepas tu klik teruskan.


    Kemudian, lengkapkan semua maklumat dengan tepat. Paling penting sekali ialah nombor akaun anda. Pastikan nombor akaun yang nak dimasukkan tu adalah nombor akaun anda sendiri dan masih aktif. Jangan masukkan nombor akaun nama bersama (2 nama) atau nombor akaun atas nama pendaftaran perniagaan anda. Kemudian klik teruskan.


    Sistem akan membawa anda kepada maklumat permohonan. Pastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya perlu ubah maklumat, klik KEMBALI
Sekiranya semua maklumat telah betul, klik pengesahan, saya bukan robot seperti gambar di bawah dan klik HANTAR.

    Ok, apabila anda dah sampai di sini, bermakna ELYA tidak berjaya pujuk anda. Hahaha.. Anda telah berjaya hantar permohonan. Jika perlu, cetak atau download maklumat permohonan anda untuk disimpan. Jika tidak perlu, abaikan sahaja. Selesai sudah..

    Tunggu 4 Jan 2021 dan pergi semula ke i-Sinan untuk semak status permohonan anda LULUS atau GAGAL. Jika LULUS, pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank anda bermula pertengan bulan Januari 2021. Abam doakan semua permohonan pembaca diluluskan.

NOTA : Sesiapa nak copy artikel dan gambar ini abam halalkan dengan syarat, kreditkan artikel anda dengan link blog www.sunan.my di akhir artikel anda. Terima kasih.

0
Share

 


    Permohonan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000.00 atau 10K melalui i-Sinar bagi kategori 1 telah dibuka bermula hari ini, 21 Disember 2020. Manakala permohonan bagi kategori 2 pula akan dibuka pada 11 Januari 2021. Permohonan pengeluaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my/ atau klik gambar di bawah :

klik gambar untuk permohonan i-Sinar secara online

    Kategori 1 tu macam mana? secara ringkasnya kategori macam ni ;

ATAU kupasan lebih seperti berikut :

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Manakala kategori 2 adalah;

    Sebelum membuat permohonan, sebaiknya baca dahulu soal jawab. KLIK DI SINI untuk membaca soal jawab i-Sinar. Oh ya, di penghujung proses permohonan, anda dikehendaki membuat perakuan. Jadi lebih baik anda membaca juga perakuan tersebut sebelum membuat permohonan dengan KLIK DI SINI.

    Baiklah, secara ringkas dan padat, cara memohon i-Sinar adalah seperti berikut, klik gambar untuk besarkan :


    Bagi memastikan permohonan berjalan dengan lancar, sebaiknya anda hendaklah mendaftarkan i-Akaun di I-AKAUN. Bagi memastikan anda dapat mendaftarkan i-akaun secara atas talian, anda perlu mengunjungi mana-mana kaunter KWSP/Mesin kiosk KWSP bagi mendaftarkan nombor telefon bimbit terlebih dahulu.

    Dalam masa terdekat, saya akan buat artikel cara-cara memohon i-Sinar dengan lebih terperinci secara bergambar agar lebih mudah difahami. Bagi yang tidak mempunyai i-Akaun, tak pernah memohon pengeluaran i-Lestari (sebulan RM500) baru-baru ini, kaedah permohonan i-Sinar berbeza sedikit sahaja.

    Jumpa lagi di artikel akan datang.

0
Share

 

    Naza Ria pertama yang saya guna dahulu saya jual kerana keadaan fizikal luaran dan dalaman yang sudah agak lusuh. Enjinnya masih tip top. Dek kerana keselesaan pemanduan Naza Ria, saya bertekad untuk memiliki semula Naza Ria.

    Namun kali ini saya memilih untuk membeli Naza Ria yang tersadai kerosakan enjin tetapi body cantik luar dan dalam. Alhamdulillah rezeki saya dapat membeli sebuah Naza Ria tahun 2009 model RS, tiada sunroof, tiada roofbar. Tak mengapalah asalkan body cantik luar dan dalam.

    Saya bertekad membuat pinjaman peribadi untuk tukarkan enjin Naza Ria, convert masukkan enjin Toyota 2MZ. Naza Ria yang enjinnya kong tersebut saya bawa dengan towing ke puspakom untuk membuat pemeriksaan tukar milik(tukar nama).

    Setelah selesai urusan tukar nama, saya park kereta berhampiran rumah hampir sebulan untuk kumpulkan modal. Setelah mendapat pinjaman, tanggal 25 Julai 2020 sekali lagi saya menggunakan perkhidmatan towing untuk hantarkan kereta ke bengkel di Balakong dibantu oleh abang Saidan. Kereta baru sampai KLIK DI SINI. Saya memilih untuk membuat penukaran enjin di bengkel H & K Motorsport, bertempat di Balakong, Selangor.

 

    Proses pemasangan enjin Toyota 2MZ berjalan lancar selama 2 mingggu. Sengaja saya tinggalkan kereta lebih 3 minggu untuk memberi ruang kepada bengkel menjalankan kerja convert dengan teliti. Proses convert KLIK DI SINI. Setelah selesai proses convert, abang Saidan menawarkan kepada saya untuk beliau mencuba prestasi enjin tersebut tanpa sebarang upah.

Bukan selalu. Pakej murah je. Rm30 dua hari satu malam. 😂janji keluar jumpa geng.

Posted by Saidan Abu Bakar on Sabtu, 15 Ogos 2020

    Saya bersetuju membenarkan beliau untuk membawa Naza Ria yang telah siap convert enjin ke Pasir Puteh Resort Kelumpang, Tanjung Malim. Alhamdulillah perjalanan beliau lancar, bermakna pemasangan enjin tiada sebarang masalah. Proses testing KLIK DI SINI.

    Riang hati rasa tidak sabar nak pergi ambil. Saya memutuskan untuk pergi ambil Naza Ria pada 19 Ogos 2020, kebetulan 20 Ogos tersebut saya menghadiri kursus di Serdang.

    Perasaan pertama selepas ambil kereta, wow! begitu senyap bunyi enjin. Meter temprature pula rendah. Terasa lapang dada dan kepala. Semasa bawa Naza Ria menggunakan enjin original dahulu, selalu berdebar-debar, fobia, sekejap-sekejap tengok meter air. Kerisauan memanjang.

    Alhamdulillah enjin bertugas dengan cemerlang. Setelah selesai kursus, saya bertolak balik ke Kuantan. Boleh lihat video yang saya upload di youtube seperti di atas. Support saya, subscribe channel saya SUNAN - YouTube.

    Sepanjang memanjat ke Genting Sempah, suhu enjin masih maintain dan cemerlang. Sepanjang perjalanan saya maintain 110km/j. Sesekali merembat juga 140-150km/j untuk mencuba prestasi enjin. Alhamdulillah tiada masalah, pedal minyak masih berbaki. Cuma hati sahaja yang goyang nak tekan lebih apabila terkenangkan orang tersayang. Kikiki..

    Alhamdulillah perjalanan saya lancar tanpa sebarang masalah dan selamat sampai di Kuantan. Nanti saya update lagi cerita terbaru berkenaan Naza Ria saya. Terima kasih kerana membaca.

NOTA : Nanti saya masukkan gambar. OTG pendrive saya hilang. Jadi saya tak dapat copy gambar daripada handfon. hehehe...

0
Share

 

Gambar hiasan : Google

NOTA : Aritkel ini diambil dari sumber asal DR. REDZA ZAINOL dengan kebenaran beliau. Diolah agar sesuai dengan gaya penyampaian sunan.my.

“Kenapa uncle “S” tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya. Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Dia bingung dengan apa yang jadi pada dirinya.
“Kakak pergi tidur dulu. Esok kita cakap lagi.”
Lepas ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya anaknya dah dicabul oleh kawan suaminya. Kawan yang selalu datang ke rumah, sampaikan jadi rapat dengan anak-anak. - DR. REDZA ZAINOL 

Apa agaknya perasaan seorang ibu apabilah soalan ini diajukan oleh anak comelnya yang masih kecil? Tentu terasa gelap dunia sekejap. Apatah lagi perlakuan itu dibuat oleh orang terdekat dengan keluarga.

Jenayah pencabulan kanak-kanak dari kalangan orang yang dipercayai ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Dengan perkembangan pengetahuan masa kini, telah banyak ibu bapa yang mempunyai kesedaran keselamatan seksual anak-anak.

Oleh itu berpada-padalah dalam berkawan dan memberikan anak bermain dengan orang lain. Ini adalah perkongsian daripada Dr. Redza Zainol melalui Twitter beliau.

Luar pakai muka manusia, dalamnya syaitan hitam belaka. Bila kami nak terangkan pada si ayah keadaan anak, dia hanya memandang ke atas. Menggigil sambil menahan air mata dari tumpah. Anaknya dicabul dan dipaksa buat seks oral.

“Masa saya di balai polis, saya minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati.” Itu saja yang mampu dia cakap. Dah terlambat.

Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja.- DR. REDZA ZAINOL

Janganlah terlalu percaya kepada semua orang. Simpan sedikit rasa curiga demi keselamatan anak-anak dan isteri. Mereka hanya perlukan masa yang sedikit untuk merosakkan keluarga kita.

Pokoknya, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita. Kita bagi orang lain peluk anak kita. Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah kita. Kita bagi kawan selalu datang rumah waktu malam-malam.

Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan. Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma 15 minit. Itu dah cukup untuk hancurkan keluarga kita. Jika kejadian begini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat? - DR. REDZA ZAINOL

Apa yang anda perlu lakukan jika perkara ini berlaku kepada keluarga anda? Dr. Redza berkongsi langkah berikut jika perkara ini berlaku :

White heavy check mark

- Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.

White heavy check mark

- Buat laporan polis. Ni dokumen paling penting.

- Bawa salinan laporan polis ke hospital.

- Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.

- Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.

- Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.

- Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul. - DR. REDZA ZAINOL

 Pendidikan seksual sangat penting bagi berdepan dengan cabaran dan ancaman pornografi masa kini. Pelbagai plaform ada secara percuma mahupun berbayar untuk mendapat pengetahuan pengetahuan pendidikan seksual. Saya kongsikan ebook yang diwar-warkan oleh Dr. Redza melalui twitter beliau iaitu http://pendidikanseksualiti.com/

0
Share

 Kurniaan ini telah kami tunggu selama 10 tahun..

Yang belum bertemu jodoh, yang belum dikurniakan zuriat, usah berhenti berdoa, berusaha dan bertawakal.. Petua mudah yang saya ingin kongsikan ini bukanlah dijamin 100% berjaya, tetapi ianya sebagai salah satu usaha yang anda boleh cuba. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Petua mudah ini bukanlah memudahkan anda perolehi zuriat, tapi memudahkan anda mengamalkannya.

Disaat ini usinya telah 1 tahun 3 bulan, namun saya masih lagi terasa seperti mimpi menerima anugerah ini. Seakan masih tidak percaya.. Kadang kala, saya bertanya kepada isteri “betulkah kita dah ada anak? Ini betul2 anak kita?”. Satu masa dahulu, kami pun hampir berputus asa. Namun begitu, mengenangkan masih ada lagi pasangan yang menunggu lebih lama dari kami, masih ada lagi yang belum bertemu jodoh walaupun umur sudah semakin bertambah, kami belajar untuk redho dan tawakal.

Namun, kami tidak berhenti berusaha. Buat pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, saya nasihatkan jangan berputus asa dan teruskan berusaha. Bukannya menunjukkan saya pandai, tetapi inilah salah satu cabang usaha kami yang saya rasa boleh dicuba oleh anda :

1. DOA - Baiki hubungan anda dengan ALLAH, dengan keluarga dan dengan orang lain. Mulakan dengan doa. Jadikan rutin memohon doa agar dikurniakan zuriat setiap hari. Minta bantuan ibu dan bapa agar mendoakan kita. Doa dari mereka sangatlah power. Minta juga bantuan keluarga dan rakan2 doakan. Jika ada rezeki pergi umrah, doakan di hadapan Kaabah. Jika tidak, kirimkan doa kepada rakan-rakan yang ada rezeki pergi ke umrah.

Jika hubungan baik dengan orang lain, insyaALLAH orang lain tidak kedekut untuk mendoakan kebaikan untuk anda. Saya masih ingat lagi ketika singgah di sebuah surau lama, ada seorang lelaki yang saya tak kenal, malah tak pernah berjumpa pun sebelum ini, tanya saya dah ada anak? saya cakap belum, terus lelaki tersebut menadahkan tangan dan mendoakan zuriat untuk kami. Mungkin doa-doa salah seorang daripada kalian diangkat dan dimakbulkan untuk kami. Terima kasih kepada semua yang telah bantu mendoakan kami. Semoga urusan kalian dipermudahkan. 

2. RAWATAN ISLAM / TRADISIONAL - Dapatkan rawatan daripada mana-mana perubatan/perawat islam. Mungkin ada doa, zikir, surah, rutin kehidupan seharian, pemakanan yang sesuai untuk anda dan disyorkan untuk diamalkan sesuai dengan tujuan anda perolehi zuriat. Boleh juga mengurut untuk melancarkan peredaran darah. Perjalanan darah yang lancar agak penting untuk menambah kesuburan.

3. KLINIKAL - Setelah itu, penting untuk anda mengetahui tahap kesihatan/kesuburan  suami dan isteri. Dapatkan rawatan klinikal. Boleh pergi ke mana-mana klinik kesihatan. Jika perlu, anda akan dirujuk kepada hospital pakar. Jika berduit, boleh dapatkan rawatan dari hospital/klinik swasta, atau setidaknya di UIA. Part ini agak penting untuk anda berfikiran terbuka. Jangan malu-malu.

PENTING UNTUK ANDA MELAKUKAN UJIAN INI UNTUK MENGETAHUI TAHAP KESUBURAN SECARA FIZIKAL :

a. SUAMI - Ujian kesihatan sperma untuk suami bagi memastikan sperma yang aktif berada tahap mana. Adakah mencukupi atau tidak. Adakah sperma aktif atau tidak.

ISTERI :

Sistem kesuburan wanita agak kompleks. Oleh itu, sangat penting untuk memahami bagaimana sistem itu berfungsi memberikan zuriat, serta penting memastikan tiada masalah untuk sistem kesuburan itu berfungsi. Secara ringkasnya seperti berikut :

b. ISTERI - Agak banyak perkara yang perlu dilihat. Paling utama, tahap kematangan ovum setiap bulan. Cukupkah saiznya, berapa kuantitinya. Untuk mudah difahami, ovum ialah telur. Telur ini perlu disenyawakan dengan sperma, barulah akan menjadi zuriat. Kedudukan ovum ialah berada di dalam ovari. Ovari ini seumpama kilang telur. Jadi, orang2 muda yang kata 'pecah ovari','bergetar ovari' tu, elok cek balik. Hahahaha

c. ISTERI - Kemudian tiub falopio akan diuji bagi memastikan perjalanan perjalanan sperma dari vagina/faraj kepada ovum tadi tidak terhalang. Sperma akan bergerak dari faraj, dan memasuki uterus/rahim dan seterusnya melalui tiub falopio untuk ke kilang telur. Sampai di kilang telur, sperma akan bersenyawa dengan telur yang matang.

d. ISTERI -  Setelah itu, uterus/rahim juga akan dilihat bagi memastikan tiada masalah, tiada ketumbuhan asing seperti fibroid dan cyst.

Jika salah satu daripada rantaian sistem reproduksi ini ada masalah atau kekurangan, buatlah rawatan. Contohnya jika didapati sperma kurang berkualiti, dapatkan nasihat doktor untuk menambahkan kualiti sperma. Begitu juga jika didapati ovum kurang matang atau ovum yang matang terlalu sedikit dan tidak cukup besar, dapatkan nasihat doktor untuk merawatnya.


4. MAKANAN - Ubah cara pemakanan kepada cara yang lebih sihat. Makan makanan seimbang, sentiasa makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tubuh memerlukan zat yang mencukupi untuk membentuk sperma dan ovum yang berkualiti. Boleh juga minum susu formula yang mempunyai asid folik. Susu untuk ibu hamil sesuai diminum bagi wanita yang merancang untuk hamil. Suami pula boleh minum susu lain yang sesuai dengan kemampuan.

5. KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL - Ubah cara hidup/life style kepada lebih sihat. Rajin-rajinkan ajak pasangan bersantai, jalan-jalan untuk kurangkan tekanan.

6. TAWAKKAL - Setelah segala usaha dibuat, belajar untuk tawakkal, terima hakikat dan ketepikan kata-kata orang yang negatif.

Saya harapkan tips ini bermanfaat untuk kalian dan saya doakan kalian agar dipermudahkan bertemu jodoh dan perolehi zuriat. Terima kasih kerana singgah di blog ini.

0
Share

Rata-rata pengunjung yang datang ke Kuantan agak terkejut dengan kos makanan di Kuantan. Begitu juga saya ketika masa mula-mula tinggal di Kuantan pada tahun 2012. Agak terkejut kerana kos sara hidup di Kuantan hampir menyamai Kuala Lumpur / Putrajaya. Malah ada tempat di KL/Putrajaya yang menawarkan makanan dengan harga yang murah.

Sungguhpun begitu, bukan semua kedai di Kuantan ini mahal. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah warung makan yang sangat murah dan berbaloi. Hari ini saya pergi sarapan dengan isteri dengan hidangan seperti di atas iaitu semangkuk sup tulang, 5 keping roti petak, mihun+telur mata, teh halia gelas dan air suam. Hanya RM10! Saya tanya, eh? betul ke? Kata pemilik kedai "tak apalah, halal beralal".


WARUNG WAK SHAM

Inilah warungnya, boleh klik maps dan guna google maps untuk ke lokasi.


Lokasi warung agak ceruk, berada di celah kawasan perumahan. Masuk ke kedai, terasa suasana seperti masuk ke warung di desa/kampung. Suasana tenang dan damai menggamit kenangan di kampung. Menu yang ringkas memudahkan kita memilih makanan.


Menu harian yang ringkas iaitu roti canai dan nasi lemak. Mihun diselang selikan dengan nasi goreng. Manakala pada setiap hari rabu, ada hidangan istimewa iaitu sup tulang. Boleh makan mi/mihun sup tulang atau sup tulang bersama nasi putih. Rasa nasi lemak, sup tulang dan roti sangat sedap dan berbaloi-baloi.


Nampak atas meja tu? ada mihun, ada nasi lemak tanpa sambal. Nasi lemak yang bersambal diletakkan di atas meja makan. Dalam periuk tu ada kuah roti canai. Dalam teko tu ada 'air kuat' percuma untuk sesiapa yang berani minum. Layan diri.


Ni antara senarai harga makanan. Bagi saya, sangat murah dan berbaloi. Oh ya, dilarang merokok ye. Hehehe.. Lagi satu, jika nak makan nasi lemak, jangan pergi terlalu lewat. Sekitar jam 9.00 pagi biasanya nasi lemak telah habis.

Kami doakan warung wak sham dan wak sham sekeluarga dimurahkan rezeki. Pembaca sekalian boleh la mencuba di warung ini untuk suasana santai dan tenang.

Share artikel ni untuk membantu wak sham.
0
Share

 


Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model Kia Carnival. Sebutah anak gajah / AG diberi kerana saiznya yang besar dan beratnya sekitar 2 tan, macam anak gajah. Ketika baru keluar dahulu, harganya sekitar RM100,000.00. Namun kini harganya jatuh menjunam disebabkan masalah pada enjinnya.

Ketika artikel ini ditulis, harga bagi sebuah  Naza Ria dengan kondisi boleh bergerak tanpa sebarang masalah enjin boleh didapati serendah RM5,000.00. Bergantung juga kepada penjual, kadang kala dapat dibeli dengan harga yang lebih murah.Manakala  Naza Ria yang enjinnya telah rosak pula boleh didapati dengan harga serendah RM1,500.00.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan kelebihan, kebaikan, kekurangan dan kelemahan  Naza Ria berdasarkan pengalaman saya memilikanya. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa jika ada point2 baru. Jika rajin, bolehlah membaca sesi perbincangan di forum CARIGOLD.



KELEBIHAN - KEBAIKAN

1. Point yang paling utama merupakan faktor utama pemilik membeli  Naza Ria. Harga yang mampu milik, murah untuk sebuah MPV bersaiz penuh. Boleh dibeli dengan harga serendah RM5,000.00.

2. MPV bersaiz penuh. Luas dan sangat selesa membawa keluarga dengan tempat duduk 7 orang ( 2 - 2 - 3 ). Walaupun naik seramai 7 orang dewasa, masih selesa untuk perjalanan jauh. Ruang kaki untuk penumpang adalah luas.

3. Enjin yang berkuasa. Berbekalkan enjin 2.5cc, kuasa pecutan sangat memuaskan walaupun saiznya besar dan beratnya 2 tan. Enjinnya pula mampu memecut melebihi 160km/j dengan mudah. Namun, janganlah bawa selaju tu. Utamakan keselamatan.

4. Stabil pada kelajuan tinggi. Berbekalkan beratnya sekitar 2 tan, memandu dalam kelajuan 150kmj tidak terasa bergoyang. Namun perlu berhati-hati ketika jalan basah atau mengambil selekoh kerana  Naza Ria merupakan sebuah kenderaan yang tinggi jarak lantainya ke jalan.

5. Alat ganti yang banyak dan mudah didapati dengan HARGA YANG BERPATUTAN. Memandangkan banyak  Naza Ria yang tersadai disebabkan enjinnya rosak, ramai juga pemilik yang tidak mampu keluarkan kos untuk membaiki enjin dan menjual alat ganti / jual lerai/relai. Alat ganti original daripada Hyundai pula masih boleh didapati. Siapa kata  Naza Ria susah dapat spare part? Tidak susah, tapi perlulah sertai komunitinya. Paling senang sertai grup di facebook. club naza ria 1 malaysia merupakan kumpulan facebook yang agak aktif.

6. Pendingin hawa/aircond yang sangat sejuk hingga ke tulang. Dengan saiz yang sebesar itu, saya kagum kerana aircond Naza Ria mempu menyejukkan disegenap ruang mpv ini. Dengan double blower dan corong aircong di setiap tempat duduk, membantu aircond sejuk walaupun duduk di kerusi paling belakang.

7. Pemanduan yang comfort dan selesa. Sesuai dengan harga asalnya sekitar RM100K pada satu masa dahulu, pemandua Naza Ria sangat selesa ala2 kereta mewah. Banyak fungsi yang ada pada Naza Ria seperti sunroof, seat kulit, power seat, ABS dan airback boleh didapati dengan  harga mpv yang murah pada hari ini.



KEKURANGAN - KEBURUKAN

1. Cukai jalan mahal. Dengan CC enjinnya 2.5, harga cukai jalan/roadtax sahaja RM800++ untuk satu tahun tak termasuk insurans. Harga insurans bergantung kepada jenis perlindungan yang dikehendaki oleh pemilik. Jika memilih 1st party dengan cover harga minimu, harga insurans sekitar RM800+-. Jika memilih 3rd party pula dengan cover sekitar RM5K, harga insurans sekitar RM400+-. Jadi, setiap tahun perlu sediakan sekurang-kurangnya RM1,500.00 untuk insurans dan roadtax. Tapi perlu berkorbanlah untuk keselesaan keluarga.

2. Enjin asal Kia bermasalah jika tidak dijaga rapi. Inilah sebab utama kejatuhan harga Naza Ria. Naza Ria terkenal dengan masalah enjin panas atau overheat atau air masuk dalam enjin, pemilik Naza Ria panggil dengan istilah teh tarik. Teh tarik ni bermaksud air radiator telah masuk dalam enjin dan bercampur dengan minyak hitam menyebabkan minyak hitam berwarna seolah-olah teh tarik. Jika masalah ini berlaku, enjin Naza Ria perlu dibuat overhaul dengan kos sekitar RM4,000.00 + + . Untuk masalah ini, ada pemilik yang telah tukar enjin dengan memasukkan enjin Totota 2MZ, Nissan Cefiro, Mitsubishi dan Honda. Nanti saya akan buat satu artikel lain khusus berkenaan masalah enjin ini.

3. Harga alat ganti original mahal. Pada saya, mana-mana jenama pun harga alat ganti orinial mestilah mahal. Biasalah tu. Namun bagi saya, kita ada pilihan untuk membeli alat ganti yang lebih murah daripada penjual Naza Ria secara relai/lerai/barai.

4. Penggunaan minyak petrol yang agak tinggi terutamanya jalan bandar/berhenti-berhenti. Sebenarnya ianya perkara biasa untuk sebuah mpv. Anda perlu berkorban dan memilih salah satu - SELESA vs TAK KUAT MINYAK. Jika nak memilih dua2 kriteria (selesa+tak kuat minyak), bukan di Naza Ria. Jangan bandingkan penggunaan minyak dengan kereta sedan biasa. Untuk perjalanan jauh, penggunaan minyaknya masih boleh dikatakan berbaloi.



Saya merupakan pemilik 2 Naza Ria. Mula2 saya beli sebuah Naza Ria. Namun saya menjualnya kembali kerana tidak berpuas hati dengan kondisi body dan suspenction berikutan kereta itu asalnya digunakan oleh agensi perlancongan. Atas faktor keselesaaan dan ruang kabin yang luas, sekali lagi saya membeli sebuah Naza Ria dan tukarkan enjin masukkan enjin Toyota 2MZ.

Baiklah, setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya kali ini. Boleh kongsikan pengalaman anda dari segi KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN NAZA RIA di ruangan komen. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Follow SUNAN ya.. Terima kasih.
15
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2024 (3)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (2)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ▼  2020 (17)
    • ▼  Dis (7)
      • NAZA RIA MASUK ENJIN TOYOTA 2MZ, APA BEZA DENGAN E...
      • NAZA RIA, CARA ENDOS / ENDORSE ENJIN CONVERT TOYOT...
      • TENTANG NAZA RIA : TAKUT NAK BELI DAN GUNA? REKEME...
      • STEP BY STEP, LANGKAH DEMI LANGKAH CARA MEMOHON PE...
      • CARA MEMOHON PENGELUARAN RM10,000 / 10K KWSP MELAL...
      • BAWA BALIK NAZA RIA DARI KUALA LUMPUR KE KUANTAN S...
      • KENAPA UNCLE “S” TONYOH MUKA KAKAK PADA KEMALUAN D...
    • ►  Okt (1)
      • PETUA MUDAH DALAM USAHA MEMPEROLEHI ZURIAT ANAK - ...
    • ►  Sep (1)
      • KEDAI MAKAN MURAH DI KUANTAN
    • ►  Ogo (1)
      • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN...
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (24) cbr250r (7) fz150i (8) handfon (5) info (6) jalan-jalan (12) kereta (23) motorsikal (18) naza ria (17) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (1) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose