Rata-rata pengunjung yang datang ke Kuantan agak terkejut dengan kos makanan di Kuantan. Begitu juga saya ketika masa mula-mula tinggal di Kuantan pada tahun 2012. Agak terkejut kerana kos sara hidup di Kuantan hampir menyamai Kuala Lumpur / Putrajaya. Malah ada tempat di KL/Putrajaya yang menawarkan makanan dengan harga yang murah.
Sungguhpun begitu, bukan semua kedai di Kuantan ini mahal. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah warung makan yang sangat murah dan berbaloi. Hari ini saya pergi sarapan dengan isteri dengan hidangan seperti di atas iaitu semangkuk sup tulang, 5 keping roti petak, mihun+telur mata, teh halia gelas dan air suam. Hanya RM10! Saya tanya, eh? betul ke? Kata pemilik kedai "tak apalah, halal beralal".
WARUNG WAK SHAM
Inilah warungnya, boleh klik maps dan guna google maps untuk ke lokasi.
Lokasi warung agak ceruk, berada di celah kawasan perumahan. Masuk ke kedai, terasa suasana seperti masuk ke warung di desa/kampung. Suasana tenang dan damai menggamit kenangan di kampung. Menu yang ringkas memudahkan kita memilih makanan.
Menu harian yang ringkas iaitu roti canai dan nasi lemak. Mihun diselang selikan dengan nasi goreng. Manakala pada setiap hari rabu, ada hidangan istimewa iaitu sup tulang. Boleh makan mi/mihun sup tulang atau sup tulang bersama nasi putih. Rasa nasi lemak, sup tulang dan roti sangat sedap dan berbaloi-baloi.
Nampak atas meja tu? ada mihun, ada nasi lemak tanpa sambal. Nasi lemak yang bersambal diletakkan di atas meja makan. Dalam periuk tu ada kuah roti canai. Dalam teko tu ada 'air kuat' percuma untuk sesiapa yang berani minum. Layan diri.
Ni antara senarai harga makanan. Bagi saya, sangat murah dan berbaloi. Oh ya, dilarang merokok ye. Hehehe.. Lagi satu, jika nak makan nasi lemak, jangan pergi terlalu lewat. Sekitar jam 9.00 pagi biasanya nasi lemak telah habis.
Kami doakan warung wak sham dan wak sham sekeluarga dimurahkan rezeki. Pembaca sekalian boleh la mencuba di warung ini untuk suasana santai dan tenang.
Share artikel ni untuk membantu wak sham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.