BAWA BALIK NAZA RIA DARI KUALA LUMPUR KE KUANTAN SETELAH TUKAR ENJIN TOYOTA 2MZ.

 

    Naza Ria pertama yang saya guna dahulu saya jual kerana keadaan fizikal luaran dan dalaman yang sudah agak lusuh. Enjinnya masih tip top. Dek kerana keselesaan pemanduan Naza Ria, saya bertekad untuk memiliki semula Naza Ria.

    Namun kali ini saya memilih untuk membeli Naza Ria yang tersadai kerosakan enjin tetapi body cantik luar dan dalam. Alhamdulillah rezeki saya dapat membeli sebuah Naza Ria tahun 2009 model RS, tiada sunroof, tiada roofbar. Tak mengapalah asalkan body cantik luar dan dalam.

    Saya bertekad membuat pinjaman peribadi untuk tukarkan enjin Naza Ria, convert masukkan enjin Toyota 2MZ. Naza Ria yang enjinnya kong tersebut saya bawa dengan towing ke puspakom untuk membuat pemeriksaan tukar milik(tukar nama).

    Setelah selesai urusan tukar nama, saya park kereta berhampiran rumah hampir sebulan untuk kumpulkan modal. Setelah mendapat pinjaman, tanggal 25 Julai 2020 sekali lagi saya menggunakan perkhidmatan towing untuk hantarkan kereta ke bengkel di Balakong dibantu oleh abang Saidan. Kereta baru sampai KLIK DI SINI. Saya memilih untuk membuat penukaran enjin di bengkel H & K Motorsport, bertempat di Balakong, Selangor.

 

    Proses pemasangan enjin Toyota 2MZ berjalan lancar selama 2 mingggu. Sengaja saya tinggalkan kereta lebih 3 minggu untuk memberi ruang kepada bengkel menjalankan kerja convert dengan teliti. Proses convert KLIK DI SINI. Setelah selesai proses convert, abang Saidan menawarkan kepada saya untuk beliau mencuba prestasi enjin tersebut tanpa sebarang upah.

Bukan selalu. Pakej murah je. Rm30 dua hari satu malam. 😂janji keluar jumpa geng.

    Saya bersetuju membenarkan beliau untuk membawa Naza Ria yang telah siap convert enjin ke Pasir Puteh Resort Kelumpang, Tanjung Malim. Alhamdulillah perjalanan beliau lancar, bermakna pemasangan enjin tiada sebarang masalah. Proses testing KLIK DI SINI.

    Riang hati rasa tidak sabar nak pergi ambil. Saya memutuskan untuk pergi ambil Naza Ria pada 19 Ogos 2020, kebetulan 20 Ogos tersebut saya menghadiri kursus di Serdang.

    Perasaan pertama selepas ambil kereta, wow! begitu senyap bunyi enjin. Meter temprature pula rendah. Terasa lapang dada dan kepala. Semasa bawa Naza Ria menggunakan enjin original dahulu, selalu berdebar-debar, fobia, sekejap-sekejap tengok meter air. Kerisauan memanjang.

    Alhamdulillah enjin bertugas dengan cemerlang. Setelah selesai kursus, saya bertolak balik ke Kuantan. Boleh lihat video yang saya upload di youtube seperti di atas. Support saya, subscribe channel saya SUNAN - YouTube.

    Sepanjang memanjat ke Genting Sempah, suhu enjin masih maintain dan cemerlang. Sepanjang perjalanan saya maintain 110km/j. Sesekali merembat juga 140-150km/j untuk mencuba prestasi enjin. Alhamdulillah tiada masalah, pedal minyak masih berbaki. Cuma hati sahaja yang goyang nak tekan lebih apabila terkenangkan orang tersayang. Kikiki..

    Alhamdulillah perjalanan saya lancar tanpa sebarang masalah dan selamat sampai di Kuantan. Nanti saya update lagi cerita terbaru berkenaan Naza Ria saya. Terima kasih kerana membaca.

NOTA : Nanti saya masukkan gambar. OTG pendrive saya hilang. Jadi saya tak dapat copy gambar daripada handfon. hehehe...

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI