KENAPA UNCLE “S” TONYOH MUKA KAKAK PADA KEMALUAN DIA? IBU TERGAMAM...

 

Gambar hiasan : Google

NOTA : Aritkel ini diambil dari sumber asal DR. REDZA ZAINOL dengan kebenaran beliau. Diolah agar sesuai dengan gaya penyampaian sunan.my.

“Kenapa uncle “S” tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya. Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Dia bingung dengan apa yang jadi pada dirinya.
“Kakak pergi tidur dulu. Esok kita cakap lagi.”
Lepas ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya anaknya dah dicabul oleh kawan suaminya. Kawan yang selalu datang ke rumah, sampaikan jadi rapat dengan anak-anak. - DR. REDZA ZAINOL 

Apa agaknya perasaan seorang ibu apabilah soalan ini diajukan oleh anak comelnya yang masih kecil? Tentu terasa gelap dunia sekejap. Apatah lagi perlakuan itu dibuat oleh orang terdekat dengan keluarga.

Jenayah pencabulan kanak-kanak dari kalangan orang yang dipercayai ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Dengan perkembangan pengetahuan masa kini, telah banyak ibu bapa yang mempunyai kesedaran keselamatan seksual anak-anak.

Oleh itu berpada-padalah dalam berkawan dan memberikan anak bermain dengan orang lain. Ini adalah perkongsian daripada Dr. Redza Zainol melalui Twitter beliau.

Luar pakai muka manusia, dalamnya syaitan hitam belaka. Bila kami nak terangkan pada si ayah keadaan anak, dia hanya memandang ke atas. Menggigil sambil menahan air mata dari tumpah. Anaknya dicabul dan dipaksa buat seks oral.

“Masa saya di balai polis, saya minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati.” Itu saja yang mampu dia cakap. Dah terlambat.

Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja.- DR. REDZA ZAINOL

Janganlah terlalu percaya kepada semua orang. Simpan sedikit rasa curiga demi keselamatan anak-anak dan isteri. Mereka hanya perlukan masa yang sedikit untuk merosakkan keluarga kita.

Pokoknya, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita. Kita bagi orang lain peluk anak kita. Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah kita. Kita bagi kawan selalu datang rumah waktu malam-malam.

Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan. Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma 15 minit. Itu dah cukup untuk hancurkan keluarga kita. Jika kejadian begini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat? - DR. REDZA ZAINOL

Apa yang anda perlu lakukan jika perkara ini berlaku kepada keluarga anda? Dr. Redza berkongsi langkah berikut jika perkara ini berlaku :

White heavy check mark

- Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.

White heavy check mark

- Buat laporan polis. Ni dokumen paling penting.

- Bawa salinan laporan polis ke hospital.

- Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.

- Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.

- Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.

- Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul. - DR. REDZA ZAINOL

 Pendidikan seksual sangat penting bagi berdepan dengan cabaran dan ancaman pornografi masa kini. Pelbagai plaform ada secara percuma mahupun berbayar untuk mendapat pengetahuan pengetahuan pendidikan seksual. Saya kongsikan ebook yang diwar-warkan oleh Dr. Redza melalui twitter beliau iaitu http://pendidikanseksualiti.com/

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.