Permohonan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000.00 atau 10K melalui i-Sinar bagi kategori 1 telah dibuka bermula hari ini, 21 Disember 2020. Manakala permohonan bagi kategori 2 pula akan dibuka pada 11 Januari 2021. Permohonan pengeluaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my/ atau klik gambar di bawah :
Kategori 1 tu macam mana? secara ringkasnya kategori macam ni ;
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Manakala kategori 2 adalah;
Sebelum membuat permohonan, sebaiknya baca dahulu soal jawab. KLIK DI SINI untuk membaca soal jawab i-Sinar. Oh ya, di penghujung proses permohonan, anda dikehendaki membuat perakuan. Jadi lebih baik anda membaca juga perakuan tersebut sebelum membuat permohonan dengan KLIK DI SINI.
Baiklah, secara ringkas dan padat, cara memohon i-Sinar adalah seperti berikut, klik gambar untuk besarkan :
Bagi memastikan permohonan berjalan dengan lancar, sebaiknya anda hendaklah mendaftarkan i-Akaun di I-AKAUN. Bagi memastikan anda dapat mendaftarkan i-akaun secara atas talian, anda perlu mengunjungi mana-mana kaunter KWSP/Mesin kiosk KWSP bagi mendaftarkan nombor telefon bimbit terlebih dahulu.
Dalam masa terdekat, saya akan buat artikel cara-cara memohon i-Sinar dengan lebih terperinci secara bergambar agar lebih mudah difahami. Bagi yang tidak mempunyai i-Akaun, tak pernah memohon pengeluaran i-Lestari (sebulan RM500) baru-baru ini, kaedah permohonan i-Sinar berbeza sedikit sahaja.
Jumpa lagi di artikel akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.