NAZA RIA, CARA ENDOS / ENDORSE ENJIN CONVERT TOYOTA 2MZ ATAU ENJIN JENAMA LAIN (SELAIN ENJIN KIA)

kredit gambar BLOG

    Ramai yang tanya, boleh ke endos enjin Toyota 2MZ yang masuk dalam body Naza Ria? Mahal ke? Susah ke? Kena upah runner ke? Kena beri duit kopi kepada pegawai JPJ ke? Nanti nombor enjin toyota 2MZ tiada dalam geran ke? Nanti insurans tak cover ke Naza Ria yang convert enjin?

    Banyak persoalan sebelum convert enjin kan? Semua persoalan tu agak menakutkan disamping diberitahu perlukan modal yang tinggi untuk endos. Jika tukar enjin masuk enjin jenama yang sama iaitu enjin Kia, tiada masalah untuk endors macam biasa.

Betul ke sekarang kalau nak endorse JPJ tak lepas dah. Kalau nak lepas kena guna orang dalam' dan dalam geran masih enjin asal lagi? Dan insuran pun tak cover kalau berlaku eksiden?
    Nampak tak? Itu antara persoalan yang membantutkan pengguna. Ada ke patut pengguna ini dimaklumkan kepadanya bahawa walaupun dah endos tapi tiada no enjin baru dalam geran, jadi apa guna endos jika tidak dikemaskini oleh JPJ? Jadi jawapan saya :

Tidak betul. Saya endors sendiri sahaja, tak pakai runner, tak pakai orang dalam. ikut prosedur, insyaALLAH tiada masalah. Dalam geran sudah ditukar kepada nombor enjin toyota. Selepas selesai endors dan dapat geran baru, perlu isytihar kepada sykrt insuran Berikan satu salinan geran yang ada nombor enjin baru kpd syrkt insurans. InsyaALLAH tiada masalah.
    Untuk endors enjin selain enjin jenama asal kenderaan, caranya sedikit berbeza. Secara ringkasnya, cara-cara dan kos nak endors enjin supaya enjin itu menjadi halal dengan JPJ dan insurans ialah :

1.    Selepas enjin siap dipasang, dapatkan surat enjin dari bengkel dan bawa ke pejabat Kastam berhampiran, dapatkan salinan maklumat enjin berkenaan. Cop salinan diakui sah - RM3.00.

2.    Kemudian bawa geran asal, surat enjin dan salinan maklumat enjin tadi pergi ke JPJ, Bahagian Kejuruteraan Automotif (KA) dan maklumkan bahawa anda nak tukar enjin Naza Ria anda dan nak masukkan enjin Toyota/Jenama lain. Dalam beberapa hari (jika pegawai tidak bertugas di luar, surat dapat lebih cepat), JPJ akan keluarkan surat kelulusan melalui email anda "KEJURUTERAAN AUTOMOTIF: Pengubahsuaian Kenderaan - Penukaran Enjin - Permohonan telah diluluskan.". Pastikan anda sentiasa semak email. - RM0.00 (PERCUMA).


3.    Cetak surat JPJ + geran asal + surat enjin bawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom, pastikan brake dan handbrake anda berada di tahap cemerlang. Biasanya jika gagal Puspakom, disilah yang gagalnya. Mula-mula Puspakom akan buat ujian brake. Jika brake lulus, barulah Puspakom cek nombor enjin dan nombor casis. - RM93.00 (Bayaran melalui aplikasi myPuspakom utk 2 jenis ujian).

4.    Jika LULUS di Puspakom, bawa sijil kelulusan Puspakom+surat enjin+salinan maklumat enjin+geran asal ke JPJ, kaunter perkhidmatan untuk urusan endors/kemaskini maklumat enjin dalam geran. Ketika inilah nombor enjin baru akan dikemaskini ke dalam sistem JPJ - RM0.00 (PERCUMA).

5.    Di JPJ, selesai endors ke sistem komputer, jika nak cetak geran baru yang mempunyai maklumat nombor enjin baru, anda perlulah membayar harga cetakan geran. Jika tidak mahu cetak geran baru, ianya percuma. Boleh balik. Tetapi saya syorkan cetak la geran baru untuk tujuan simpanan dan pengishtiharan dengan syarikat insurans. Kos cetak geran - RM50.00.

6.    Fotostat satu salinan geran baru tadi, dan hantar ke syarikat insurans anda untuk declare enjin. Pastikan syarikat insurans anda kemaskini maklumat enjin baru ke insurans anda supaya jika berlaku kemalangan, syarikat insurans tidak menolak untuk perlindungan kereta anda.

    Dah!! Selesai!! Kosnya berapa? Ya betttoooollllll RM3.00 + RM93.00 + RM50.00 = RM146.00 sahaja tuan-tuan!!

    Habis tu? yang runner caj mahal-mahal sampai RM1,500.00 tu untuk apa? Ok, tu untuk ilmu, masa, tenaga dan usaha diorang.. Semua tu bukan percuma. Nak percuma dan murah, kamu pergi la buat sendiri, cuma perlu korbankan masa dan tenaga kesana kemari untuk selesaikan urusan. Bukan sehari dua nak siapkan semua tu.

    Sekarang saya dah kongsi ilmunya, terpulanglah kepada tuan-tuan nak MURAH ke nak SENANG? Jika nak murah, anda tak dapat senang. Jika nak senang, anda tak dapat murah. Pilihan di tangan anda..

Ok terima kasih atas pencerahan tuan. Nampaknya selama ni saya diberikan info yang salah. Bukan apa, saya bercadang nak cari Naza Ria dan nak tukar enjin Toyota 2mz sejak dulu lagi, tapi saya diberitahu kononnya tak boleh dah. Tu yang terbantut hasrat.
    Sama-sama. Cuma apa yang saya kesalkan, seperti mesej di atas, ramai orang diberikan maklumat yang salah dan mengelirukan. Akhirnya tidak ramai yang berani menggunakan dan menukar enjin jenama lain, tersadai kerana putus harapan dengan enjin asal, akhirnya jual relai.. Kadang-kadang maklumat yang salah diberi dengan tujuan untuk ambil kesempatan kononnya "guna orang dalam" yang memerlukan pengguna bayar lebih..

    Lebih malang lagi akhirnya orang awam menyalahkan JPJ dan Puspakom makan rasuah. Padahal, runner yang segelintir itu menabur nama dengan tujuan nak caj lebih kepada pelanggan.

Kasihan JPJ, Puspakom dan runner yang jujur..

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.






www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

4 ulasan:

  1. terima kasih di atas perkongsian ilmu, betul tuan dulu saya pernah endorse sendiri kereta proton Satria saya yang di convert enjin Mitsubisihi. Alahmdulillah dipermudahkan. Kos pun murah jika buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tukar nama xde masalah ke lepas ne...coz enjin lain model...

      Padam
  2. salam bos...kalo tukar enjin selain dari model asal... contoh enjin naza tukar enjin toyota...lepas ne dah x boleh tukar nama dah..betul ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Saya ada tulis di posting http://www.sunan.my/2021/12/bagaimana-proses-tukar-nama-tukar-milik.html . Kesimpulannya, masih boleh tukar nama. Tetapi perlu buat rayuan untuk kelulusan tukar milik dari Bahagian Kejuruteraan Automotof JPJ.

      Padam

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.