Setelah intai-intai Naza Ria, anda pun jatuh hati dan berminat nak pakai. Tapi masih takut nak beli? Jika tanya saya recomand ke tak guna Naza Ria? Sebelum tu, saya nak maklumkan gambar di atas tu adalah Naza Ria yang ke 2 saya beli dan guna hingga sekarang.
Saya pernah beli Naza Ria yang tersadai beberapa tahun yang lepas, saya tukar enjin dan masukkan enjin kia K5 iaitu enjin asal Naza Ria ria. Sepanjang penggunaan enjin tersebut tiada sebarang masalah. Gearbox pun langsung tiada masalah. Sememangnya gearbox Naza Ria lasak dan jarang dengar rosak.
Kredit gambar sistem penyejukan tersumbat PB MAJU |
Kesimpulan yang saya dapat sepanjang menggunakan enjin ori Naza Ria ialah, perlu rajin belai sistem penyejukan enjin iaitu radiator dan segala saluran air. Apa yang saya buat ialah saya akan hantar ke kedai untuk flush sistem penyejukan sekali dalam setahun. Apabila hantar flush, saya dapati sistem penyejukan hampir-hampir tersumbat. Jadi, inilah punca utama overheat atau istilah teh tarik ialah sistem penyejukan tersumbat gagal berfungsi menyejukkan enjin dengan baik dan seterusnya menyebabkan enjin panas, gasket terbakar, air masuk dalam enjin.
Jadi, cara yang terbaik ialah buatlah flushing 6 bulan sekali atau 2 kali setahun. Paling koman sekalipun buatlah sekali dalam setahun, cuma risiko tersumbatnya lebih besar. Jika tidak buat flushing langsung, risiko tersumbat sangatlah besar.
Naza Ria yang pertama kali pakai (gambar di atas) saya telah jual pada tahun 2019 kerana keadaan fizikal yang kurang memuaskan. Ketika saya beli dahulu, Naza Ria tersebut dah tersadai lama berhujan panas. Cat-catnya dah banyak melepuh. Pintu slidenya pula perlu ditutup seumpama baru selesai bergaduh dengan awek, kena hempas kuat-kuat banyak kali. Seat pula banyak yang telah koyak.Masa beli dulu, kira nak beli dan nak pakai sahaja. Tak fikir sangat kodisi body macam mana. Kebetulan, itula sahaja yang murah di waktu itu. Nak cat baru, modalnya bukan sedikit. Nak balut seat sahaja modalnya kira-kira RM1,000.00.
Selepas jual Naza Ria itu, tahun 2020 saya beli pula sebuah Naza Ria yang juga tersadai, enjin kong, tetapi bodypart sangat cemerlang. Naza Ria tahun 2009 spek RS ini adalah Naza Ria yang basic. Tiada sunroof, tiada seat kulit, tiada ABS, tiada SRS Airback, tiada electric seat. Tetapi tidak mengapa asalkan bodypartnya masih baru, tiada karat, catnya masih cantik.
Cuma kali ini saya bertekad tak nak pening kepala lagi dengan karenah enjin ori. Saya cari modal dan masukkan enjin Toyota 2MZ. Mengapa? Kerana keyakinan kepada enjin keluaran Toyota yang terkenal dengan kelasakan enjinnya. Enjin lain juga seperti enjin Honda, Nissan dan Mitsubishi ada orang masukkan. Cuma berdasarkan kajian dan reviu, enjin Toyota 2MZ paling sesuai dipasang dan kurang bermasalah.
Jadi, saya recomand tak nak pakai Naza Ria enjin ori? Ya, saya sangat recomand, saya sangat syorkan jika anda sememangnya berminat dengan Naza Ria. Jika anda pembenci jenama Naza/Kia, saya tak boleh kata apa. Dengan harga serendah RM5,000.00, anda sudah dapat sebuah MPV bersaiz penuh dengan pilot seat, nak apa lagi? Cuma perlu selesaikan masalah enjin sahaja.
Cuma saya nasihatkan jika anda membeli Naza Ria yang masih enjin ori, anda disyorkan persiapkan sedikit modal untuk tukar timing belt, minyak hitam, minyak gearbox, plug, dan flush sistem penyejukan sejurus selepas memegang kunci Naza Ria. Kemudian buat simpanan sebagai persediaan sekiranya enjin menghadapi masalah. Jika tidak yakin dengan enjin ori, tiru saya dan tukar enjin yang anda yakin. Cuma modal agak keras. Tidak mengapa jika berhasrat nak pakai lama.
Alat ganti / spare part Naza Ria ni banyak dan mudah dapat. Tak perlu risau kerana banyak penjual yang menjual relai/lerai dengan harga yang berbaloi. Jika nak dapatkan part baru dari kedai pun masih boleh didapati, cuma harga lebih sedikit kerana kebiasaan part di kedai adalah original.
Selepas itu, ikutilah komuniti pemilik Naza Ria di facebook atau whatsapp. Komuniti ini sangat membantu dalam mencari jalan berdasarkan pengalaman masing-masing untuk setiap masalah yang dikemukakan.
Sekian, jom sama-sama pakai Naza Ria. Kikikiki... Jangan lupa subscribe channel Youtube saya KLIK DI SINI. Terima kasih.
treim kasih. topik2 tn sangat membantu.
BalasPadamTerima kasih tuan sudi membaca. Alhamdulillah.. Semoga penulisan saya memberi manfaat kepada orang lain.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam