Pandangan Dan Pengalaman Guna Simacard XOX

Setelah beberapa bulan guna simcard xox/onexox, hari ni saya nk buat review sikit la berkaitan data/internet.

Yang saya cerita ni adalah PREPAID INTERNET ye. jgn bandingkan dgn simcard postpaid/bil.

apa yg bagusnya xox ni ialah:


1. Kuota data boleh dibeli dan disimpan kedalam bank data (saesoon pass). setiap sim ada bank data sendiri. Jadi, waktu ada promosi @ ada duit, boleh beli data banyak2.


2. Data boleh tebus guna sikit2 dari bank data yg kita simpan. Kalau nk beli sikit2, mahal.
Data yang disimpan dalam bank data pula boleh dikongsi/transfer kepada orang lain.


3. Rajin buat promosi 1GB=RM10, tapi promosi biasanya kne beli 3GB ke atas. Jadi boleh beli banyak2 dan simpan dlm bank data.
Kat mana ada talian celcom, kat situ ada line xox.


4. Line data laju sbb blum ramai yg guna.
Tempoh aktif@sah kredit yang panjang. tempoh sah data dlm bank data pula ikut sama tempoh kredit. Yang saya tamat 2019. Jadinya, tak topup lama pun x apa sebab kredit x expired.


5. Call @ SMS sy x nk review sbb sy jarang guna.

Yg x brp bagusnya pulak :


1. Kadang2 ada masa2 line slow(sama mcm telco lain), tapi tak selalu.(kwsn saya la,kwsn lain x sure mcm mana).


2. Menu semak baki *132# tidak paparkan baki data yg telah diaktifkan. Hanya paparkan baki data yg disimpan dlm bank data je(seasoon pass). Nk cek baki data yg dah diaktifkan, kne masuk kat menu *150#(rumit bagi org tua2 @ org yg x brp mahir).


3. Aplikasi 'myxox' kurang mesra pengguna. kadang kala loading agak lama. Pengurusan xox patut contohi aplikasi hotlink red. Buka je aplikasi hotlink red, paparan pertama yang keluar ialah baki kredit, baki data dan tempoh sah (benda asas dulu). arahan sms utk membeli data melalui 22111 juga agak mengelirukan bagi yg x biasa.


4. Tiada data asas/basic percuma, menyebabkan : ketika kita kehabisan data dan kehabisan kredit untk membeli data, internet tidak dapat digunakan langsung walau sekadar whatsapp. Saya biasanya akan aktifkan seasoon pass sebanyak 500mb @ 1GB untuk ayah semasa balik kampung supaya senang whatsapp.  Kadang2 apabila data habis akibat buka aplikasi suratkhabar, saya x dapat berhubung melalui whatsapp. orang tua2 mana nak reti beli data. itu pentingnya data asas percuma.

Kesimpulannya, XOX masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebenarnya. Perlu mendengar kehendak dan komen pengguna. Para dealer/pengedar pula jgan cepat melatah apabila pengguna komen. Cuba sampaikan kepada pihak pengurusan supaya apabila banyak komen yang sama sampai ke pihak pengurusan, pihak pengurusan akan memikirkan langkah pembaikan. Bukannya para dealer pakat2 attack pelanggan yang buat komplen. Bila nk maju dan ditambah baik kalau mcm tu?

Langkah XOX untuk memberi tempoh sah yang panjang sebenarnya langkah yang sangat bijak. Tempoh sah inilah yang menyebabkan ramai pelanggan berubah kpd xox. harap pihak pengurusan xox dapat kekalkan langkah ini.

Saya sendiri pula suka dengan kaedah "seasoon pass/bank data" yang saya belum jumpa di maxis dan celcom(telco yg saya pernah guna). Dengan adanya bank data, saya boleh beli dengan harga semurah RM10-1GB dan boleh ditebus guna sedikit-sedikit. Telco mana nak dapat data 500mb 30day- RM5, 1GB 30day-RM10?(guna kaedah seasoon pass). Banyak telco yang bermain harga berdasarkan tempoh sah data menyebbkan harganya jadi mahal.

Sekali lagi saya ingatkan, dalam hal ini, jangan bandingkan dengan postpaid@bil. memang kebnyakan postpaid, pelan datanya lebih murah. Tapi bukan semua orang suka akan komitmen bulanan, bayar bil tiap2 bulan. Keperluan data pula bukan semua orang perlu data yang besar. Kadang2 cukup 1GB je sebulan, x kan nak pakai bil juga?

PENAFIAN : Ini bukan iklan berbayar. Saya tulis berdasarkan pengalaman sendiri gunakan xox untuk fungsi data. Saya menulis melalui handfon. Jadi kalau ada salah eja @ saya ringkaskan ejaan, faham2 je la ye.hehe...

Ulasan

  1. Apa ke mahal RM 10 utk 1gb. Mahal gila la wei. Org bukan guna utk berapa hari tp org guna utk brp byk gb y boleh pakai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini cerita tahun 2017 tuan. Masa tu mana ada telco beri harga serendah RM10 - 1GB - tiada expired... Telco lain ada yang beri harga rendah, tetapi ada had expired date. Contohnya 1GB-RM2 = 1 hari sahaja. 1gb - RM7 = 5 hari sahaja..

      Tahun 2021 ni sudah banyak pelan data yang lebih berbaloi dimiliki. Manakala xox ada memberikan pelan ala2 postpaid iaitu sebulan memerlukan hanya RM10 sahaja utk tempoh sah aktif dan dapat data 1GB.

      Pelan data yang lain saya tak pasti kerana saya pun dah beralih kepada telco yang menawarkan data unlimited.

      Padam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI