Salah Faham Penggunaan Perfume Spray Ada Alkohol, Haramkah?

Assalamualaikum pembaca yang budiman.

Saya adalah penjual perfume yang terdiri daripada pati(minyak) dan spray. Perfume saya bukan original seperti yang dijual di pasaraya-pasaraya besar, tetapi baunya 90-99% sama seperti yang original serta ketahanan baunya adalah lama, lebih lama jika dicalit/spray pada pakaian.

Perfume saya adalah perfume inspirasi dari jenama-jemana antarabangsa yang terkenal. Saya tak jual perfume atar/minyak atar (seperti kasturi dan lain2).

Hanya pati wangian yang berkualiti dan terpilih sahaja yang saya jual. Sebelum dijual kepada pelanggan, saya akan mengambil contoh/sampel untuk semakan kualiti. Sekiranya kualitinya baik, barulah saya tempah dengan pembekal untuk dijual.

Bercakap mengenai penggunaan perfume spray yang mempunyai alkohol. Banyak orang kita salah sangka. Nak beli je perfume, depa tanya "boleh bawa solat?", "ada alkohol tak?". Saya jawab, ya, BOLEH BAWA SOLAT. Jika perfume spray, YA, ADA ALKOHOL DAN ALKOHOL TU BOLEH DIBAWA SOLAT. SEBAB? sebabnya alkohol ada dua jenis(yang saya tau la) :

1. Alkohol yang dihasilkan dari perapan buah/makanan untuk tujuan memabukkan : HARAM
2. Alkohol yang dihasilkan dari makmal untuk kegunaan industri (Minum boleh bawa maut) : TIDAK HARAM

Jom dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus :


Dengar juga apa kata Dr. Rozaimi


Dan Dr. MAZA


Boleh juga rujuk disini untuk kesahihan :

1. Fatwa Kebangsaan. 
2. Website Mufti Pahang. (Sebab saya niaga di Pahang.hehe)

Sebenarnya banyak salah sangka oleh orang kita terhadap penggunaan alkohol dalam produk-produk harian terutamanya perfume dan kosmetik (terutamanya orang2 kampung yang kurang mendapat pendedahan dengan teknologi dan tidak mahu mengkaji hukum hakam mengikut peredaran zaman). HARAM katanya. Semuanya bersandarkan kepada haramnya arak. Saya bukanlah pandai dalam bab hukum-hakam dan agama, jadi seeloknya kita sama-sama rujuk dengan mereka yang kompeten atau layak sebelum kita nak putuskan haramnya sesuatu.

Pada fahaman saya, haramnya arak bukanlah sebab alkohol, tetapi haram sebab arak itu memabukkan. Begitu juga dengan apa sahaja yang memabukkan, hukumnya sama juga haram. Sebab arak itu mabuk pula adalah disebabkan alkohol, jadi sebab inilah salah famah kita dikiaskan bahawa perfume atau kosmetik yang ada alkohol itu juga haram.

Untuk pengetahuan semua pembaca berdasarkan sedikit pembacaan saya, alkohol pada arak adalah terhasil daripada perapan buah-buahan dan bahan2 tertentu untuk digunakan tujuan memabukkan.

Alkohol yang digunakan untuk perfume dan kosmetik pula dihasilkan melalui makmal utnuk kegunaan industri dimana alkohol tersebut tidak memabukkan jika diminum, tetapi boleh membawa MAUT.

Jadi, jika tidak memabukkan, adakah haram digunakan? atau haram juga sebab nama dia alkohol? Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian, alkohol boleh terbentuk melalui proses menghasilkan makanan yang kita makan hari-hari? Jadi selepas memasak, bawa la sampel makanan ke makmal untuk cek kandungan alkohol, kalau ada alkohol, jangan makan makanan tu. Macam tu ke?

Tak.... Jangan kita rumitkan benda yang mudah.

KESIMPULANNYA?

RUJUK dulu dengan pihak yang berkelayakan. Jangan buat hukum sendiri berdasarkan ilmu kita yang cetek.

Perfume atau kosmetik yang mempunyai ALKOHOL INDUSTRI adalah HARUS DAN SAH DIBAWA SOLAT. HARAM diminum sebab memudaratkan.



PETIKAN DARIPADA WEBSITE USTAZ ZAHARUDDIN(klik)
Hukum ‘Perfume' Alkohol & Senarai Pelaburan Islam
SOALAN
hamka rashid  wrote:
salam..
1.   mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..
2.   hukum ASB? setahu saya PUM memfatwakannya haram, tapi Datuk Mahmud Zuhdi kata boleh (jika saya tidak silap, kalau salah tolong betulkan statement ini), jadi boleh tak ustaz senaraikan alternatif tempat lain yang halal untuk melabur..
syukran
JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.