Banjir? Persediaan? Bersediakah Anda?

Assalamualaikum pembaca yang budiman.



Kita telahpun melepasi bulan Disember 2016 dan berada dalam bulan Jan 2017. Taburan hujan juga makin menigkat. Alhamdulillah bulan Disember 2016 tiada banjir yang teruk. Hanya satu dua kawasan sahaja yang mengalami banjir.

Namun begitu beberapa hari ni berdasarkan pemerhatian saya, taburan hujan di Pantai Timur makin kerap. Imej radar daripada Jabatan Meterologi di atas tu adalah yang terkini setakat saya menaip artikel ni menunjukkan kelompok awan tebal menutupi  sedikit negeri Kelantan, keseluruhan negeri Terengganu dan di persisir pantai negeri Pahang.

Kelompok awan tebal ni boleh membawa hujan yang lebat dan boleh berterusan. Semasa saya menaip ini lebih kurang jam 1.50 petang, hujan sedang turun di Kuantan. Diharap anda yang berada di Pantai Timur buatlah persediaan secukupnya bagi menghadapai musim banjir TERUTAMANYA mereka yang dah rutin setiap tahun rumah dinaiki air.

ANTARA PERSEDIAAN BOLEH DIBUAT IALAH :

- Simpan semua barang-barang yang jarang digunakan di tempat tinggi. Jadikan had banjir yang paling buruk pernah dialami sebagai panduan had ketinggian paras banjir. Barang yang selalu digunakan berada dalam mood bersedia untuk diletakkan di tempat tinggi sekiranya banjir.

-Simpan dokumen dan benda penting di tempat yang selamat.

- Siapkan satu set keperluan sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (Pakaian, makanan, dokumen, powerbank dan lain2). Kalau boleh sediakan powerbank berkapasiti 20,000Mah sebanyak dua/tiga biji yang telah dicaj penuh. Kemungkinan pusat pemindahan terputus bekalan elektrik. Jika tiba-tiba banjir berlaku, angkat je set banjir tadi tu masuk kereta atau pergi ke pusat pemindahan.

- Bagi yang mempunyai kereta, untuk keselesaan di pusat pemindahan banjir, boleh dibawa toto, tikar lipat, selimut sedap, bantal empuk sendiri dan lain2 yang rasa nak selesa. Jangan mengharapkan pusat pemindahan sediakan semua tu kerana mangsa banjir pastilah ramai. Untuk keselesaan diri sendiri kan?

-Stokkan makanan kering untuk digunakan selepas banjir. Mungkin kedai yang boleh diakses ketika itu terputus bekalan makanan.( Beras, gula, minyak, sardin, ikan kering, ikan bilis dan lain2 ikut selera sendiri). Air mineral juga stokkan bagi mengelakkan terkena jangkitan bawaan air.

-Sediakan lilin atau lampu boleh caj.

-Bagi yang tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan, tetapi berkemungkinan terkena banjir, sediakan stok makanan yang mencukupi supaya tidak berlapar sekiranya pasukan bantuan tidak dapat akses ke rumah anda.

Banjir merupakan fenomena alam semulajadi. Ada hikmah disebalik kejadian fenomena ini berlaku. Sebagai manusia, kita hanya mampu bersedia berdasarkan rutin/kebiasaan yang berlaku di sekeliling kita. Jadi....

Sudah bersediakah anda menghadapi banjir??

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.