Assalamualaikum pembaca yang budiman.
Hari ke 3
tahun 2017. Masing2 update bawa anak g sekolah.... Saya pula nak celoteh
panjang sikit ala2 cerpen hari ni. Tujuan posting ni adalah sebagai cara nak
menzahirkan penghargaan kepada salah satu sumber inspirasi saya dan semoga ada
pengajaran kepada rakan2 yang membaca.
Lebih kurang
10 tahun yang lalu, ketika saya masih mentah, masih menjadi katak bawah
tempurung, saya telah dibawa oleh dua orang Dato' (Salah seorangnya masih belum
bertitle dato' ketika itu) untuk bekerja di syarikat salah seorang dato'
tersebut (ni realiti, bukan drama melayu ye.kikiki). Syarikatnya besar dan
banyak rangkaian yang menjalankan pelbagai bidang perniagaan. Hari ini, beliau
dah berjaya membuka pasaraya sendiri.
Sebelum tu
kerja macam2 dah. Kedai makan, kilang, last sekali buruh binaan. Pernah kerja
kat tapak binaan sekolah kat Pahang, budak2 muda kat situ fikir kami2 ni orang
Indon, ugut2 buat siren polis. siap jerit2 "indon! indon!" dari atas
motor tanpa pakai helmet. cis.. tu la korang, kerja lekeh(low class) sikit tak
nak, lepas tu menyusahkan masyarakat merempit sana sini. Mentaliti tentang
pekerjaan tu kena ubah bro.. Jangan ingat asal kerja buruh je indon, asal kerja
kilang je bangla.. Sebab tu la ko menganggur sampai ke sudah. Lagi teruk makan
mak bapak tanggung sampai ke tua.
Dua tahun
juga la kerja tak tentu arah lepas habis sekolah. Janji dapat kerja. Tak
terfikir dah nak sambung belajar masa tu sebab fikir nak kerja bantu mak ayah. Isi
borang UPU pun tak menyimpan harapan besar nak masuk 'U' .Maklum la anak
sulung, adik2 ramai lagi nak bersekolah. Mak ayah bukannya orang senang.
Perjalanan
ke KL menaiki kereta Toyota Harrier terus ke Putrajaya singgah di rumah seorang
Dato'. Sampai je Putrajaya, dato' ni tanya "Tau tak ni kat mana ni?".
"tau, Putrajaya" Saya jawab separuh
konfiden sbb itu la 1st time saya sampai ke Putrajaya..Kalau KL, tu kali ke-2
sampai. Kali pertama sampai masa lawatan sekolah(Hampir2 x dpt g sebab x de
duit nak bayar). Keluarga saya susah baQ hang. Mana ada peluang jejalan macam
hangpa tau tak. x denye nak melancong walaupun dalam negara. Tak kenal
Putrajaya tu mcm mane, KL tu mcm mana masa tu. Sedih lak rasa kenangkan dulu2..
sob..sob...
Dari situlah
saya mula mengenali dunia, mengenali adab dan budaya yang pelbagai. Belajar
hidup di tempat asing dengan orang asing seorang diri tanpa saudara mara. Hanya
dengan Allah, melalui dato' tersebut menjadi tempat bergantung harapan.
DISITULAH
segala-galanya bermula. Serius, komputer pun di situla saya mula kenal secara
mendalam (sebelum tu guna komputer bukan secara optimum-isi borang UPU pun
suruh orang lain isikan. Punya la buta kayu.hahaha). Alhamdulillah banyak ilmu
berkenaan REALITI kehidupan disitu. CUMANYA, minda berkaitan bisnes belum
terbuka luas masa tu walaupun sudah berada dalam bidang bisnes ketika itu.
Hampir 3
tahun bekerja dengan dato' tersebut daripada zero. mungkin dato' pun pening nak
letak saya kat posisi apa masa tu. hehehe... Posisi kerah tenaga sesuai la
dengan saya masa tu. maklumla biasa kerja buruh binaan. hahahaaha...(maaf
banyak2 dato').
Alhamdulillah
pada tahun 2008 saya diterima dan diberi peluang berkhidmat dengan gomen,
ditugaskan di Putrajaya. Berbekalkan secubit pengalaman yang saya terima
daripada syarikat dato', saya tidak lagi kekok berkhimat di Jabatan Kerajaan
ketika itu. Saya dah pandai berkomunikasi dengan pegawai2 besar kerajaan ketika
itu (Kat Putajaya tau2 la pegawai2nya mcm mana. Pangkat tinggi2, JUSA2 banyak).
Saya boleh bawa diri seorang diri di tempat orang ketika itu. Mak dan ayah
jangan risau banyak2, anakmu dah besar. risau sikit2 dah la. Muahahaha..
Masa tu la
saya bawa habis satu keluarga datang ke Putrajaya, pergi KL, pergi KLIA. Nak
kasi Mak dan Ayah kenal Putrajaya, kasi adik2 tengok kapal terbang dan KLCC
dari dekat, bawa naik komuter, bawa g jalan2 di Pulau Langkawi. Nak bagi luas
pandangan. Saya tau mak ayah saya tak mampu. Jadi saya la yang bawa depa(mereka)
apabila saya dah mampu.
Dato' +
Dato', saya tak mau tag dato' berdua walaupun dato' berdua ada dalam friendlist
saya kerana saya yakin jika dato' berdua baca, dato' berdua tahu siapa yang
saya maksudkan. Semoga Dato' + Dato'
terus sukses di dunia dan di akhirat. Walaupun dah 8 tahun saya meninggalkan
syarikat dato' saya sentiasa kenangkan pertolongan Dato' + Dato' ketika itu.
Saya kagum dengan semangat Dato' + Dato' berdua dalam membantu membangunkan
anak bangsa. Anda berdua merupakan salah satu sumber inspirasi buat saya.
Terima kasih
Dato' + Dato' . Pertolongan dato' berdua nampak kecil (berikan peluang
pekerjaan kepada saya), tetapi memberi makna yang besar kepada saya dan
kesannya sangat meluas terhadap pelbagai aspek kepada saya. Terima kasih..
Jadinya, apa
pengajaran yang boleh ambil? Mungkin secara ringkasnya:
1. Korang
yang belum ada kerja, jangan la memilih kerja. Saya tau kelulusan korang semua
besar2. Tapi, bekerja la MENGIKUT KEHENDAK PASARAN KERJA. Bukannya kerja
mengikut kelulusan @ kehendak korang semata-mata. Sementara nak dapat kerja
ikut kelulusan, bekerja la apa pun bidang sekalipun, kalau boleh berniagalah walaupun
sekadar jual nasi lemak RM1.00 tepi jalan.
Mengapa
banyak pekerja asing dalam negara kita? Sebab pasaran kerjanya memerlukan
pekerja yang begitu (kos pekerja yang murah) tetapi banyak pekerja dikalangan
orang kita (TAK SEMUA YE) yang nak gaji mahal. Dengar je kilang sebelah kasi
gaji lebih sikit, mula la nak resign sebab nak masuk kerja kilang sebelah.
2. Jika ada
rezeki dan peluang, berniagalah. Mula la dengan perniagaan kecil-kecilan TETAPI
kena ada target dan perancangan supaya perniagaan tu kelak akan lebih besar.
Tak kan nak niaga kecil-kecilan sampai tua?
3. Bila ada kemampuan, bantulah anak bangsa,
bimbing ke jalan kejayaan supaya apabila mereka berjaya kelak, mereka juga akan
membantu anak bangsa juga. Barulah agama, bangsa dan negara kita ada pembela.
Jangan sedap mengata, koplen, protes je. Tunjukkan jalan, ambil tindakan. Anak
muda ni ada ruang untuk berfikir dan mengeluarkan idea yang super, tetapi
perlukan bimbingan dan pencetus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.