728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 11 February 2014

    Bantuan RM500 + RM250 Mangsa Banjir Kuantan


    Hari ini kerajaan mula mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Kuantan. Mengikut maklumat yang kami terima, bantuan untuk fasa pertama ni hanya diberikan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan banjir dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.

    Bayaran dibuat mengikut abjad huruf mula nama mangsa banjir. Hari ini ( Selasa ), bantuan hanya diberikan kepada mangsa banjir yang nama yang bermula huruf A hingga L. Besok (Rabu), huruf M sahaja dan Khamis, huruf N hingga Z. Mangsa banjir perlu membawa surat yang diterima. Bagi mangsa banjir yang tidak menerima surat, boleh menghubungi MKN atau pergi terus ke dewan SUKPA untuk menyemak nama. Kami syorkan semak dengan MKN.

    Kami belum menerima apa-apa maklumat berkenaan mangsa banjir yang :  TIDAK BERPINDAH atau TIDAK BERDAFTAR DENGAN JKM atau DAFTAR DI PEJABAT DAERAH atau BERPINDAH TETAPI TIDAK BERDAFTAR atau TIDAK BERPINDAH DAN TIDAK BERDAFTAR.

    Bagi mangsa banjir yang namanya tercicir, boleh menghubungi Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang di talian 09-5161 961 / 09-5161 855 / 09-5161 930 bagi menanyakan status. Mengikut maklumat yang kami terima, perjalanan bantuan mangsa banjir bagi ang berpindah di pusat pemindahan banjir adalah seperti berikut :

    1. Mangsa banjir berpindah dan mendaftar di pusat pemindahan banjir yang telah didaftarkan dengan JKM.

    2. Selepas mendaftar, mangsa banjir akan diberikan salinan borang pendaftaran (bewarna biru/hijau/pink).Kemungkinan mangsa banjir akan menerima borang yang di fotostape dan di cop JKM kerana borang asal habis.

    3. Borang tersebut akan dihantar kepada JKM daerah (Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah) untuk di proses. Maklumat tersebut akan dihantar kepada Ibu Pejabat JKM Negeri untuk dikumpulkan.

    4. Setelah menerima senarai penuh maklumat daripada PKM Daerah, JKM negeri akan menghantar maklumat tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk ditapis.

    5. Selepas malumat tersebut ditapis mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh MKN, maklumat tersebut akan dihantar kepada JKM Negeri atau Pejabat Daerah atau dilaksanakan sendiri oleh MKN untuk mengeluarkan surat jemputan serta bayaran bantuan.

    Bagi mangsa banjir yang tidak berpindah dan tidak mendaftar di pusat pemindahan, perjalanan bantuan adalah sama seperti di atas. BEZANYA, pendaftaran dibuat di Pejabat Daerah / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan diangkat kepada MKN. Kemungkinan mangsa-mangsa banjir ini perlu mendapat pengesahan daripada penghulu kawasan masing-masing.

    Jika ada apa2 pertanyaan berkaitan bantuan mangsa banjir, kami syorkan hubungi terus dengan MKN kerana MKN adalah penyelaras.(betulkan kalau salah.hehehe..)

    Sekian dahulu informasi kali ini. Zassss!!!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 comments:

    1. Bunyi mcm sng kan.... tp dh mcm2 borg isi tp bantuan lgsg xdpt.. tercicir? xpe... daftar lagi... dan lagi... Masing2 menuding jari kesilapan siapa..... juga dh salurkan borang melalu Fauziah Salleh utk dibawa ke parlimen... pun sunyi sepi lg... :( sy tahu ramai yg senasib,,,

      ReplyDelete
      Replies
      1. Btol tu.ramai tercicir dn ada nama kne reject dgn MKN
        rakan sy yg kerja kt pejabt kebajikan pun x dpt smpai sekarang.rumah kt sg isap.fahm2 la banjir dia mcm mana.

        Delete
    2. Sama la..family sy Di bt3 kg razali pun hadapi mslh yg sama..skrang banjir lgi...apa plak nasib lps ni...

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.

    Item Reviewed: Bantuan RM500 + RM250 Mangsa Banjir Kuantan Rating: 5 Reviewed By: www.sunan.my
    Scroll to Top