Novel terbaru, SUNAN -NANGGROE SANG KEMBARA - Ramlee Awang Murshid


Okey... ni mungkin kebetulan. Ramlee Awang Mursyid terbitkan novel terbarunya bertajuk SUNAN.. TAPI.....

RAM tengah melayan otograf novel2 yang kitorang bawa sambil borak2
 Pada penghujung tahun lepas semasa jumpa RAM, beliau dah nyatakan novel bertajuk SUNAN ni akan keluar tahun ni. Jadi, tak le terkejut sangat ada novel bertajuk SUNAN. hehehe...

Setakat info ni ditulis, novel ni belum keluar kat pasaran, tapi dah boleh pre-order di KARANGKRAF (KLIK). Pre-order ni maknanya novel ni tak kuar kat pasaran, tapi bleh order. Bila dah kuar kat pasaran, diorang akan poskan novel ni. Yang bestnya ada versi hardcover atau kulit keras. Mengikut info yang aku dapat, pre-order ni akan ditutup tengah malam ni (12.00 am 6 Februari 2014)

Harga untuk kulit biasa ialah RM18.40 (Harga pasaran asal RM23.00) dan kulit keras RM28.00 (Harga pasaran asal RM35.00). Semua harga tu tak termasuk pos. Kos pos ke semenanjumg tambah lagi dalam RM8.. Versi kulit keras ni merupakan versi terhad. LIMITED EDITION. so, dapatkan cepat sementara stok masih ade. chewah.. promot lak aku.. tolong promot. maklum la, novel tu tajuk SUNAN. hehehe....

Korang tengok la. Punye la minat novel tulisan RAM ni, kitorang beli setiap tajuk.
Kitorang ni memang peminat novel2 tulisan RAM. mase pameran tahun lepas, berpeluang jumpe RAM. Apa lagi, habis semua novel tu kitorang punggah utk dapatkan otograf. Jenuh juga la RAM dok sign satu-satu, tapi secara santai2 la sebab masa tu orang tak ramai... kekadang aku terfikir, kalaulah novel2 tu boleh dimakan, mase kering duit tu, potong buku2 tu dan goreng. perghhh.. kenyang beb.hahaha...

OK, ni sinopsis Novel terbaru beliau yang bertajuk SUNAN - Nanggoroe Sang Kembara :

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati. Sekian....

Novel2 SUNAN ni kalau korang nak lagi faham dengan lebih mendalam, korang kena baca novel terdahulu yang berkaitan. Biasanya novel yang terbaru berkaitan SUNAN merupakan kesinambungan novel2 berkaitan SUNAN yang lepas2. Tapi, kalau tak baca pun tak apa sebab cara penulisan dia tu dah cukup membuatkan kita faham setiap novel tanpa perlu lihat semula novel sebelumnya.Cepat order sebelum terlambat!!!!

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.