Keropok Lekor Nenasi

Kepok lekor. Sebatang singgit. Sungguh enak dimakan begitu saja.chewah..
P/S : Klik gambar untuk besarkan.

Assalamualaikum pembuka bicara. Lama juga tak update blog.. blogger part time le katekan.hehe.. Hari ni nak kongsi pasal keropok lekor sket. Korang peminat keropok lekor tak? Keropok lekor ni memang antara makanan peberet aku la.

Gambar kat atas tu aku ambil masa beli kepok kat Nenasi. Teringat mase skolah rendah kat SK Bebar dulu. mase dulu2, kepok lekor ni memang sedap giler kentang le. Hari2 beli kat kantin skolah. Yang bestnya, ade sorang abang tu baik sangat. Mase tu kepok 10sen sebatang. Kalau beli kepok, mesti abang tu bagi lebih sebatang (p/s: aku lelaki, so tak de maknenya abang tu nak tackle aku.haha).

Mungkin dia kesian kot. Aku anak orang susah. Duit blanje mase tu shari 20sen jek.sob..sob..sob.. so, bli la kepok, abang tu bagi free sebatang, dapat le tiga batang. Kekadang tu member mintak tolong bli kepok, dapat free satu. satu yang free tu, aku punya la.hahaha... ape2 pun, terima kasih bebanyak kpd insan tu. Sampai skang aku tak pernah terjumpa dia. Klu terjumpa, aku nak ucap trima kasih kat dia.

Lepas tu masuk skolah menengah kat SMK Nenasi pun masih jadi peminat tegar kepok. Hari2 beli kat kedai Pak Lang. Sape2 pernah skolah kat sini dan tinggal area sini mesti kenal dengan Pak Lang. Mase skolah menengah ni dah upgrde sket. Kepok di pack 50sen sebungkus. Tapi mase tu dah mampu beli. Ekonomi kluarga pun dah makin stabil. Alhamdulillah... Beli dan santai2 makan atas akar2 pokok bakau depan kedai Pak Lang sementara tunggu bas skolah sampai. Pergh... Nostalgia ni..

HARI INI..... HARI INI!

Tuan tanah kedaung @ pemilik kilang kepok Nenasi

Alhamdulillah.. aku dah mampu menyara keluarga aku berkat susah payah masa dulu. Aku dah mampu bli kepok lekor bebanyak.hahahahaha...cis! mcm mahal sangat je kepok lekor tu.hahaha... Gambar kat atas tu pemilik kilang kepok kat Nenasi. Nenasi ni kat Pahang ye tuan-tuan. berada di tengah2 perjalanan antara Bandar Pekan, Pahang ke Bandar Rompin Pahang.

Keppok kat sini boleh tahan jugalah sedapnya. Tapi klu nak dibandingkan dengan kepok dulu2, tak dapatttttttt... tak bleh celen la. Skang smua nak jimat. Tapi yang bagusnya, abang ni masih kekalkan harga kepok ni RM1.00 sebatang dari dulu sampai sekarang walaupun harga barang2 sekarang dah macam hampeh naiknya.

Tapi abang ni kurangkan sikit timbangan/saiz kepok tu sebagai backup kepada harga dia yang tak berubah.. Kelemahan dia, tak ade jual kuah kepok. Biasanya kalau kita beli kepok kat are Terengganu atau Kelantan, dapat sekali dengan kuah.

Dapur tradisional guna kayu
Kat atas tu gambar dapur guna kayu. Kat bawah ni pula gambar pekerja dia tengah uli kepok..

Timbang dulu baru uli dan rebus
Sape2 yang tak tau kilang die, kalau dari Bandar Pekan, sampai jek Nenasi, selepas Balai Polis Nenasi, sebelum jambatan, belok ke kiri dan terus je. Jumpa jeti perikanan, belok kiri lagi. Lepas tu jumpa satu simpang tiga (jalan kecil jek) ambil kanan. dari jauh nampak sungai Nenasi. Kilangnye tepi jalan jek... Peta kat bawah...

Peta Googlemaps

Sekian dulu coretan kali ni. Harap info ni dapat membantu abang tu dari segi jualan kepok dan dapat bantu pembaca sekalian yang tercari-cari kilang kepok area Nenasi... Nantikan info seterusnya.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.