Adun sedang menyampaikan wang bantuan mangsa banjir |
Mengikut maklumat TIDAK RASMI yang kami terima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa banjir yang tidak berpindah/tidak mendaftar di pusat pemindahan banjir dan telah mendaftar di Pejabat Daerah Kuantan DIJANGKA menerima bantuan pada bulan Mac ini.
Maklumat ni tak rasmi ye tuan2.. Kalau nak tau kesahihannya, kena le telefon MKN Pahang.(Majlis Keselamatan Negara). Nombor MKN saya dah kasi di post sebelum ini.
TETAPI.. tetapi!
Bukan semua akan dapat la. Macam biasa, MKN akan membuat tapisan dulu dan mangsa yang melepasi tapisan akan dihantar surat. Bagi yang tak melepasi tapisan, boleh membuat rayuan dengan MKN. Kebanyakan yang tak melepasi tapisan ni ialah :
1.Mereka yang menggunakan alamat yang sama.
2.Nombor rumah yang sama.
3.Alamat digunakan oleh orang lain.
4.Tanggungan mendaftar sebagai ketua keluarga (nama bertindih dengan pendaftaran lain).
Bagi yang tidak pergi daftar di pusat pemindahan banjir atau pejabat daerah, tok sah la dok mengamuk tak dapat duit. Dah nama pun tak daftar. Lain kali kenalah beringat-ingat jika terlibat dengan bencana, cepat2lah pergi daftar.
Rajin2lah telefon JKM/MKN/Pejabat Daerah untuk mendapatkan maklumat ang terkini. Jika maklumat anda telah digunakan oleh orang lain, contohnya : nombor rumah telah digunakan oleh orang yang tidak berkenaan, eloklah pergi buat laporan polis. Bukan apa, orang lain sedap2 dapat duit, besok kita yang kena dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Lagi satu nasihat kami, janganlah jadi tamak. Buat trick daftar dua-tiga nama dalam satu keluarga.. berapalah sangat dapat duit. Kalau kena siasat dan tangkap oleh SPRM, menyesal tak sudah.
Kat bawah ni adalah gambar sekitar majlis penyerahan wang bantuan mangsa banjir di Daerah Kuantan.
Antara mangsa banjir |
Beratur2 |
Sambil2 tu, peniaga juga tak melepaskan peluang |
Sekian... Peace yooooo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.