TIPS ANDROID : Jadikan Fungsi 'Find My Device' Sebagai GPS Tracker/Pengesan GPS


NOTA : Artikel ini ditulis melalui aplikasi blogger. Sebarang kesilapan ejaan dan setting akan dibuat melalui komputer pada kemudian hari.

Pernah tak terfikir nak pasang GPS Tracker pada anak2 supaya senang nak kesan anak2 berada di mana? Nak pasang GPS di kenderaan supaya senang nak cari jika hilang? Pernah tak terfikir jika terlibat kemalangan sorang2 tak sedarkan diri dalam semak samun, orang tak dapat cari kita dimana berada?

Tahun 2020, kita terus melangkah ke era digital. Suka saya nak kongsikan salah satu tips android kpd rakan2 iaitu fungsi seakan GPS TRACKER untuk tujuan keselamatan. Perkara ni telah saya praktikkan atas keperluan saya, bukan sekadar omong kosong ya.


Aplikasi FIND MY DEVICE, fungsi sebenarnya ialah untuk mengesan kedudukan handphone/peranti yang hilang dengan carian GPS. Memandangkan saya kerap balik kampung menunggang motorsikal sendirian, jadi saya ajarkan fungsi find my device ini kepada isteri untuk tujuan keselamatan iaitu agar isteri mudah kenalpasti lokasi saya ketika dalam perjalanan disamping meramalkan keselamatan saya pada ketika itu.

Bagaimana isteri saya nak kenalpasti lokasi dan meramalkan keselamatan saya ketika menunggan motorsikal? Jika isteri call atau whatsapp kepada saya, sudah tentulah tidak berangkat dan tidak berbalas kerana sedang menunggang motorsikal. Dengan aplikasi ini, maklumat tentang lokasi saya yang terkini akan dipaparkan diatas peta.

Isteri saya perlu buka aplikasi ini secara berkala. Sekiranya lokasi terkini saya berubah-ubah, boleh dijangka saya sedang memandu/menunggang/bergerak dalam keadaan selamat. Manakala jika kedudukan saya statik di satu lokasi sahaja walaupun aplikasi dibuka/disegar semula setelah beberapa minit, panggilan dan mesej pula tidak berjawab, bermacam kemungkinan yang boleh berlaku.

Aplikasi ini memerlukan log masuk ke akaun google peranti yang kita mahu kesan lokasinya. Oleh itu, saya mengamalkan menggunakan akaun google yang sama pada telefon bimbit saya dan isteri. Fungsi ini boleh juga buka di web melalui link https://www.google.com/android/find atau https://www.google.com/android/find?u=0


Contoh yang saya sertakan didalam gambar di atas. Find My Device ini memaparkan lokasi semasa handfon dengan tanda hijau diatas peta, status bateri dan talian telekomunikasi. Ketepatan pengesanan GPS ialah dalam radius 0-5 km. Pada gambar di atas, kedudukan adalah tepat dalam radius 50-200 meter.

Cara nak gunakannya mudah sahaja iaitu install aplikasi 'FIND MY DEVICE' pada handfon, log masuk akaun google handfon yang hendak dikesan. Manakala handfon yang hendak dikesan pula perlulah 'turn on location' dan sebolehnya pilih 'high accuracy'. Tetapan di handfon yang hendak dikesan juga perlu dibuat untuk membenarkan peranti dikesan.

Saya menggunakan peranti Samsung, jadi saya kongsikan berdasarkan setting pada peranti saya. Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Tekan butang SETTING, pilih SECURITY, pilih LOCATION, pilih ON dan HIGH ACCURARY.

2. Kembali dan masih dalam menu security, pilih pula menu FIND MY MOBILE, masukkan akaun gmail@google anda, dan buka butang GOOGLE LOCATION SERVICES, REMORT CONTROL, SEND LAST LOCATION.

3. Buka google play dan install aplikasi FIND MY DEVICE dan log masuk menggunakan ID Google yang didaftarkan pada langkah no 2 tadi.

4. Pilih peranti yang mahu dikesan lokasinya. Akaun google boleh digunakan untuk mendaftar banyak peranti.

Ini adalah contoh paparan apabila dibuka menggunakan aplikasi pada handfon memaparkan status handfon saya pada ketika saya sedang menulis artikel ini.

Anda juga boleh mengesan kedudukan handfon anak-anak anda dengan tetapan seperti nombor 1 hingga 4 di atas. Boleh juga letakkan satu peranti secara tersembunyi didalam kenderaan, perlu bersambung dengan pengecaj supaya dapat mengesan lokasi kenderaan (sebenarnya lebih elok beli GPS tracker yang dikhususkan untuk kenderaan).

Dapat sesuatu? Kongsikan artikel ini agar memberi manfaat kepada orang lain. Jangan lupa sertakan kredit artikel dari SUNAN ya.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.