BLOG, RELEVAN LAGIKAH?


Assalamualaikum. Seperti tajuk di atas. Ada rakan SUNAN yang menimbulkan satu persoalan, relevan lagikah kamu menulis blog tatkala kebanyakan orang lebih tertumpu kepada media yang lain untuk dapatkan sebarang maklumat seperti facebook, twitter dan whatsapp?

Sunan pun termenung sebantar dengan persoalan itu. Sebenarnya sebelum ini pun Sunan pun pernah terfikirkan hal yang sama. Cuma, memandangkan menulis blog ini sekadar hobi, Sunan teruskan sahaja menulis blog.
Bagi Sunan, penulisan blog kami ini seumpama menulis sebuah coretan atau diari sebagai hobi semata-mata. Tidak mengharapkan balasan untuk penulisan kami. Apabila diperhatikan, ada penulisan kami yang menjadi hot dan menjadi rujukan sesetengah pembaca. Kadang-kadang merasa seronok apabila info yang disampaikan melalui blog dapat membantu orang lain yang mencari info tersebut melalui enjin carian.

Relevan lagikah menulis blog? Bagi kami YA, masih relevan jika tujuan penulisan blog itu adalah hobi untuk perkongsian cerita dan maklumat.


Walaupun kebanyakan orang telah beralih kepada media yang lain untuk mendapatkan maklumat, ada kalanya mereka juga masih membuat carian melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain2. Jadi, penulisan pada blog akan dipaparkan pada enjin-enjin carian ini.
Untuk Sunan pula, disamping penulisan blog cuma sekadar hobi, kami juga menyertai Google Adsense, membuka channel Youtube dan membuka page facebook. Ketiga-tiga media ini (Blog, Youtube dan Facebook) kami gunakan untuk SUNAN.

Google Adsense pula dipasang pada blog. Dengan menarik trafik daripada Youtube dan Facebook kepada blog, trafik Google Adsense akan meningkan dan ianya memberi sedikit pulangan dalam bentuk wang. Untuk Sunan, pulangannya tidaklah banyak berikutan kami bukanlah penulis yang aktif.

Jika anda penulis yang aktif dan mempunyai ramai pembaca, mungkin trafik blog anda yang tinggi dapat menyumbang kepada pendapatan dari Google Adsense.

Kesimpulannya, relevan atau tidak bergantunglah kepada tujuan utama anda menulis blog. 

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.