ROTI TEMPAYAN CHEESE KUANTAN


Pheww.. Terliur tak? Baru-baru ini SUNAN berkesempatan menikmati roti tempayan cheese di Restoran Kassim Baba Roti Tempayan. Sebenarnya restoran ini terletak di laluan balik kerja kami, tetapi sebelum ini tidak berkesempatan singgah.

Setiap kali lalu, pelanggan memenuhi kedai ini termasuklah di meja-meja luar. Orang kata, kita kena mencuba sesuatu sekali seumur hidup supaya kita tau apa rasa dan hasilnya (Kata-kata ini tidak terpakai untuk perkara yang terlarang ya). Jadi, kami ambil keputusan untuk mencuba apa yang istimewa sangat hingga pelanggan sentiasa penuh.



Dalam jam 8.15 malam, kami sampai di kedai ini. Meja-meja yang sedia diatur di luar kedai telah dipenuhi pelanggan. Memandangkan kami baru kali pertama ke situ, kami main terjah sahajalah tanpa tahu waktu operasinya. Rupanya jam 6.30 petang hingga jam 8.30 malam ditutup bagi memberi laluan kepada waktu Maghrib. Syabbas betey!!

Lokasi kedai ini adalah behampiran dengan Kolej Widad Jalan Bypass Kuantan, Pahang. Boleh klik DISINI untuk buka di Google Maps. Boleh juga tekan pada peta di bawah.


WAKTU OPERASI : 3.00 petang hingga  6.30 petang, 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Disebabkan pelanggan dah ramai yang menunggu, kami pun ambil satu meja yang kosong. Tepat jam 8.30 malam, petugas mula mengagihkan menu. Kami yang telah rancang awal-awal terus tuliskan pesanan pada kertas pesanan.



Saya puji kerana tempoh menunggu tidaklah terlalu lama walaupun pelanggannya ramai. Kami memesan roti  tempayan garlic cheese, kambing masala Marjina, ayam tandoori, nasi lemak dan teh lava.


Maaflah gambar kurang memusakan kerana kurang pencahayaan. Kami tidak tahu rupanya didalam kedai juga ada ruang makan. Baiklah, saya akan komen serba sedikit makanan yang saya tempah berdasarkan lidah saya.



Saya suka akan rotinya yang lembut, dipenuhi dengan cheese yang tidak terlalu masin. Teksturnya yang lembut diadun dengan cheese tersebut membuatkan kami makan sebiji roti tempayan ini tanpa rasa muak.. Tanpa sedar, roti hampir habis dimakan oleh kami. Bagitu asyik sekali. Hahaha.. Rasanya tidak cukup jika pesan sebiji sahaja. Akan datang saya akan order dua biji. Hahaha...


Dicicah dengan kuah kari kambing masala. SUNAN merupakan penggemar masakan kambing. Bagi lidah kami, kari kambing masala ini LULUS dengan jayanya. Pekat, berempah dan sangat sesuai dijadikan kuah sebarang roti.. Cumanya, disyorkan agar dagingnya lebih empuk agar isinya senang dicubit bersama roti tempanyan.


Ayam tandoori pula kami makan bersama nasi lemak. Bagi kami, rasa nasi lemaknya biasa sahaja. Ayam tandoori pula sama juga, biasa sahaja mungkin kerana ayamnya telah sejuk dek kerana kami menikmati rotinya terlebih dahulu.


Teh LAVA ais. Sesuai dengan namanya, LAVA, jadi buihnya yang banyak itu nampak menarik. Pada kami, rasanya tidaklah terlalu pekat. Bagi kami sebagai penggemar teh, rasa teh seperti teh boba adalah lebih sedap. Saya mengesyorkan agar olahan resipi teh tarik LAVA ini dibaiki. Mungkin dengan menukar jenis krimer manis yang lain atau menambah sedikit susu sejat kedalam bancuhan teh agar lebih rasa berlemak, manakala teh boleh dicampurkan dengan daun teh yang pekat agar rasa kelat sedikit kuat. Akan datang saya akan ceritakan berkenaan kedai teh boba milik peniaga Islam.

Nah saya kongsikan sedikit suasana di kedai ini yang saya ambil selepas selesai makan.








PENAFIAN :
- Review ini tidak berbayar. Dibuat atas dasar support.
- Mungkin selera kami berbeza degan orang lain. Oleh itu, tidaklah boleh dijadikan sebagai indikator kepada rasa makanan di sini.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

Instagram