TIPS ANDROID : EDIT VIDEO MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID PERCUMA - VMIX TANPA WATERMARK


Anada seorang vlogger? Anda seorang blogger? Tentu anda nak menulis dan membuat video dimana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja apabila berkelapangan kan? Tak kan nak usung laptop kehulu, kehilir kan? Kalau boleh, semuanya nak berada di hujung jari jemari yang mulus itu. Hahaha..

Dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat hari ini, kita dapat melihat perubahan spesifikasi sesebuah telefon bimbit menjadi semakin tinggi hampir menyamai sebuah laptop. Dengan keupayaan pemproses, RAM, memori dalaman, kamera dan lain-lain yang tinggi ini memudahkan kita untuk memasang pelbagai aplikasi dan menjadikan sebuah telefon bimbit pelbagai guna, bukan sekadar untuk menjawab telefon sahaja.

Bagi seorang vlogger dan blogger, penting untuk menulis, membuat rakaman video dan membuat editing pada bila-bila masa sahaja. Jadi, peranti yang paling seusai untuk kepelbagaian fungsi ini ialah smartphone/telefon pintar. Untuk itu, Sunan amat menyarankan kepada mana-mana vlogger dan blogger yang selalu membuat suntingan melalui smartphone agar memiliki sebuah smartphone yang mempunyai sekurang-kurangnya 3GB RAM dan 32GB internal memory.

Bagi Sunan pula lebih suka minimum 6GB RAM, 64GB internal memory, 4000Mah bateri dan 6.0 inci skrin.


Baiklah, setelah selesai membebel panjang-panjang, disini Sunan ingin kongsikan sebuah aplikasi android yang Sunan gunakan untuk editing video. Aplikasi ini bernama Vmix. Buat carian dengan kata kunci "Vmix" pada Play Store anda. Sunan masih menggunakan versi percuma untuk keserasian sebelum mangambil keputusan untuk membuat pembelian versi penuh. Berikut video ringkas tutorial yang Sunan sediakan :



Bagi Sunan, aplikasi ini mempunyai banyak kelebihan walapun ianya versi percuma. Antaranya yang paling penting ialah boleh membuang watermark, boleh membuat editing layar hijau, mempunyai banyak fungsi yang agak advance. Aplikasi ini juga agak ringan dan mudah digunakan.

Jangan lupa like FB Sunan, Subscribe Youtube Channel Sunan dan follow blog Sunan ya. Sunan benarkan anda semua untuk share artikel ini dengan syarat menyatakan sumber dari blog Sunan. Semoga bermanfaat untuk semua.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

Instagram