SYM VF3i 185 - Pandangan Pertama Selepas 3 Bulan - PART 4

Kredit gambar paultan.org

Oh... dah berepisod-epison nak ceritakan kelebihan dan kekurangan, akhirnya episod kali ini baru boleh cerita. Hahahaha..


Ok, apa yang saya nak cerita kali ni hanyalah berdasarkan perasaan penggunaan sendiri selama 3 bulan ini. Jadi, jika berbeza jangan kalian, kita raikan perbezaan ini. Saya tukar sedikit la terma "kelemahan" dan "kelebihan".

APA YANG SAYA SUKA DENGAN SYM VF3i :

1. DESIGN :

  • Rekabentuk keseluruhan, mula-mula tengok nampak pelik. Lama-lama tengok jatuh hati. Hahaha.. 
  • Rekabentuk yang berani, nampak gagah, macam ultraman. hahaha. Pada saya, rekabentuknya sangatlah seimbang. Daripada hadapan, sampailah ke belakang, side mirror, sport rim, besi pemegang belakang.. Pendek kata, keseluruhan rekaannya cukup sempurna bergandingan.
  • Jika jenis minat 'sunat' ekor pula, rekabentuk belakangnya cukup cantik tersedia untuk sunat -tapi perlukan modifikasi kerana ekornya bersambung dengan  bahagian fairing bawah.
  • Rekabentuk ekzos cukup cantik men'gagah'kan lagi penampilan motorsikal ini.
  • Sport rim ringkas dan cantik. Mudah yakmat nak basuh. Hahaha.. i like it!


2. LAMPU :

  • Lampu hadapannya terang.
  • ada DRL.
  • lampu belakang dari LED - terang dan jelas di siang hari.
  • signal pun LED - ni saya suka kerana jika nak modifikasi masuk signal LED yang lain, tak perlu la tukar relay lagi. Tak de la kerdipan signal tu laju atau perlahan semacam je.


3. ENJIN :

  • Bunyi yang lembut, tidak kasar, smooth pada thortel dan penukaran gear.
  • Tiada oil filter yang perlu ditukar setiap kali servis - jimat.
  • Minyak hitam pakai 1 liter sahaja - Jimat.
  • Ada cermin tingkap minyak pada kulit enjin macam motor RXZ. Memudahkan pemilik nak cek kualiti dan kuantiti minyak hitam.
4. LAIN-LAIN :
  • Tangki petrol 7 liter. Tak perlu kerap isi minyak.
  • Saiz seat selesa untuk naik dua orang. Tapi jika nak sedap lagi, hantar kedai tambah span.
  • Panel meter digital, memaparkan pelbagai maklumat.
  • Signal ada bunyi daaaa... Boleh mengelakkan kau lupa matikan signal, tak de lah pemandu belakang keliru kau tak mati2 lagi sinal walaupun dah 5km masuk simpang. Hahaha..
  • Tongkat tak terlalu panjang, jadi apabila tongkat motor, motor tak terlalu tegak. Tak bimbang la motor terbalik. Saya dulu jika parking CBR, pergh.. tegak gila. Bimbang pula terbalik. hahaha
  • Bake disck depan dan belakang. Brake memang responsiv gila.


APA YANG SAYA KURANG SUKA DENGAN SYM VF3i :


  • Signal LED tak cantik. Macam pakai sebiji je mentol LED dalam tu.
  • Lampu hadapan tak pakai LED dikala zaman penggunaan hedlamp LED sedang berkembang.
  • Skema warna kurang menarik, ala2 ultraman la. Diharap SYM bawakan skema warna VF3i daripada vietnam untuk versi 2 nanti.
  • Seat tak cukup lembut. Memang kapcai CC 150 ke atas diharamkan pakai seat lebar dan lembut ke?
  • Tayar asal ialah jenama KENDA. Licin ketika hujan. Boleh je guna, tapi hati-hati.
  • Motor dah laju, brake disck depan dan belakang,tetapi tiada ABS. Brake mencengkam dengan cemerlang sekali, tapi sayang apabila tiada ABS, tayar akan melekat terus jika tekan brake dengan kuat.

OK, setakat ini dahulu yang saya terfikirkan. Saya akan kemaskini semula jika ada point-point lain..


www.sunan.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.