MEE CALONG MEDAN FERI / MEE CALONG UTURN KUANTAN BERPINDAH


Hai orang-orang kuantan. Pernah dengar atau pergi ke kedai mee calong Medan Feri bersebelahan jambatan berdekatan Pasaraya Giant?



Awokmer ada lagi yang belum tau ianya telah berpindah berikutan medan feri tersebut sedang dibangunkan? Jom saya berecrita sambil tolong promosi percuma kepada tokey. Hehehe...


Buat sesiapa yang belum pernah dengar mee calong ni, sebenarnya satu masu dahulu Sunan pun sama juga tak pernah dengar/makan. Mee calong merupakan sejenis makanan berkuah seperti mee sup. Bezanya ialah kuah calong merupakan sup dengan rasa ikan. Diperkaya dengan bebola ikan buatan sendiri oleh kedai tersebut.

Setiap kedai ada rasa dan resipi masing-masing. Masa saya dibawa makan mee calong ini kali pertama, tekak tak berapa nak terima walaupun saya peminat mi sup. Tetapi selepas beberapa kali menikmati mee calong ini (saya suka memilih mihun), tekak saya mula meminati rasa calong. Ianya mempunyai rasa yang tersendiri.


Tengok dalam mangkuk tu, saya order versi istimewa. Ada telur (Telur kuningnya meleleh, peregghhhh..), ada kerang. Saya tambahkan keropok lekor. Kemudian saya letak sambalnya pula. Fuh! terangkat habis, berpeluh ketiak. hahaha... Tauhu goreng tu bukan beshe-beshe tau. Ada isi bebola ikan dalam tu..


Baiklah. Mee calong medan feri atau lebih dikenali sebagai Mee Calong Uturn / U-Turn kini telah berpindah ke Serambi Teruntum yang terletak berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, menghala kearah Sungai Soi. Beroperasi bermula awal pagi hingga jam 3 petang. Kedai ini ada juga menyajikan mee kari dan nasi lemak. Mee karinya juga kena dengan anak tekak saiyya. hahaha..


Posting ini dibuat setelah mengambilkira ada rakan saya di Kuantan yang menyatakan mee calong ni tutup ketika bersembang dengannya tempoh hari. Rupa-rupanya ada pelanggan yang belum tau perpindahan tersebut.

Yang belum pernah merasai calong, saya syorkan cuba sekurang-kurangnya dua kali.. Ada tak pembaca Sunan yang gemar makan mee calong? Korang pernah makan di mana mee calong yang sedap? Kongsikan di ruangan komen. Mana tau ada masa terluang nanti Sunan boleh pergi buat review..

Sekian..

Ulasan

  1. Mee calong. Belum pernah cuba. Nanti nak cuba lah kalau ke kuantan.

    BalasPadam
  2. Rugi tak cuba. Kira macam makanan trademark Kuantan la lebih kurang.

    BalasPadam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI