Tu dia.. tajuk tu aku copy sebijik-sebijik dari sumber trafik blog aku. Tahun lepas aku ada la bela beberapa ekor arnab ni.
|
hai.. comel tak saya? |
Disebabkan terdapat beberapa kekakangan, aku ambil kepututsan untuk berehat dari membela arnab. Bekalan arnab ni aku dapatkan daripada nurrabbitfarm (cari la sendiri blog dia dan mudah.my) . Blog dia tak aktif pun. Banyak juga arnab dekat ladang dia.
|
ni rumput napier aku dah siap potong kecil-kecil |
|
ni rumput biasa aku ambil sekeliling rumah |
Berbalik kepada tajuk, arnab ni aku kasi makan pallet, daun-daun, rumput biasa dan rumput napier(aku tanam dalam tiga empat rumpun depan rumah). Bab palet pula, aku beli di kedai jual makanan dan haiwan ternakan di Jalan Besar, kalau dari Jambatan Tanjung Lumpur, belok ke kiri masuk ke Jalan Besar nak ke Bandar Kuantan, kedainya di sebelah kanan. Sebelah kedainya ada kedai basikal. Aku pun lupa apa nama kedai tu. Kedai jual haiwan tu ada satu je kat kawasan tu.
|
ni makanan yang aku beri FFM 5811 |
Ok, gambar guni diatas sebenarna palet makanan kambing. Apa? makanan kambing??? ya... itu la makanan yang aku beri kepada arnab aku dan arnab aku membesar dengan jayanya.hehe...
LEBIH MURAH, LEBIH JIMAT DAN LEBIH GEMUK. Cara nak kasi makan kepada arnab anda ialah, campurkan sikit-sikit dengan makanan sedia ada sehingga arnab dah biasa dengan makanan baru. Jangan tukar serta-merta takut arnab kena cirit-birit(boleh membawa maut kepada arnab).
|
Ni rupa kandang buruk yang aku buat, guna drinker.. botol air tu aku dah sambung dengan tangki supaya tak kena letak air hari-hari |
|
Perh.. penat dah posing.. rehat la kejap.. baka New Zealand White. masa ni umur dalam tiga bulan lebih kalau tak salah |
Okay.. setakat ni saja dahulu perkongsian kali ni.. Kalau ada rezeki, aku ingan nak bela semula arnab ni.. maybe.. one day... cooming soon.. insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.