Pandangan, Komen Tentang Yamaha Ego LC 125 dan SYM e-Bonus 110

Hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman penggunaan kedua-dua jentera di atas. Ego LC tu dibeli pada tahun 2013 manakala e-bonus tu dibeli pada tahun 2014.


Masa mula-mula beli dulu aku mengalami masalah seperti berikut : Aku tengah syok2 tarik full thortel kat lane kanan, tetiba moto tersedak nasi dan mampus kat lane kanan. Gila ah.. mujur masa tu tak ada kereta kat lane kanan.

Dah kena sekali macam tu aku hati2.. tarik full pun dok belah kiri aja la.. ada la dua tiga kali jugak kena macam ni. Kalau dah mati tu, kena park-rilek kejap dan start semula-hidup dan jalan macam biasa. Dia jadi macam ni kalau bawak full thortel dalam jangkamasa yang lama.

Pengakhirannya, aku balik kampung dari Kuantan ke sempadan Daerah Rompin.. masa tu memang tarik full la. Dekat2 nak sampai kampung aku, terus tersedak gulai kawah pulak tapi tak mati. aku pun bawa la slow dalam area 10 km/j gitu. kalau laju moto akan mati.

Jam menunjukkan pukul 9 malam waktu tu, melalui kawasan perkuburan Islam Kg. Merchong, suasana gelap tanpa sebarang lampu jalan dan disambut hujan renyai2.. aku balik dengan wife aku.. Ceh, korang jangan la saspen sangat. Ni bukan cerita hantu. Aku nak cerita lepas kubur tu ada bengkel motor. haha.. mujur la bengkel tu buka lagi.

Aku pun singgah la kat bengkel tu cek moto.. hampir sejam juga la dia buka dan cuci air filter, cuci carburator... Lepas cuci carburator dan pres2 minyak, akhirnya keadaan kembali kepada normal.fuh.. lega rasa.. Aku rasa puncanya adalah disebabkan karburator kotor kot.. Lepas kejadian tu, sampai sekarang tak ada dah masalah lain yang timbul dengan Ego LC ni.

Masa ni aku baru je sampai kat rumah harung air. nak bawa moto keluar, air kat jalan dah paras paha, jadi tak guna juga kalau aku heret.air masuk juga dalam enjin. tinggal dalam rumah la lagi selamat

Baru lepas kena banjir, sesi mencuci pakaian.kikiki.. masa ni motor belum dihantar servis.

belanja gambar banjir sket

Pada hujung tahun 2013, rumah aku kena banjir. masa air mula naik tu, aku kat ofis, jadi aku tak sempat alihkan motosikal, maka tenggelamlah dia menyelam air banjir sampai paras cermin sisi. Gilo r... lepas banjir surut, aku tanggal bateri, keringkan minyak hitam dan minyak gear (penuh air)hehe... lepas tu hantar ke kedai untuk servis karburator.. Alhamdulillah moto hidup tanpa sebarang masalah..

Komen aku pasal Ego LC (model aku la) : Memang syok ditunggang dan  mencilok. Kat trafic light pula kita akan tinggal segala motor dan kereta lain jauh nun dibelakang sekaligus dapat mengurangkan bahaya dihimmpit kenderaan lain(biasanya LC135 dan Yamaha 125 kejar semula). Maintainance? Jaga minyak hitam je, setiap dua kali tukar minyak hitam, tukar minyak gear sekali (dua botol). Penggunaan minyak petrol agak kuat berbanding moto kapcai biasa. Lantak lah, janji pikap dan pantas..

Ni masa banjir 2014
Disebabkan sayangkan skuter nak redah banjir, aku pun beli la SYM e-bonus 110 ni untuk dibuat lasak-lasak(bayar ansuran weh.. kang cakap aku kaya terlajak pula). Harganya agak murah-dalam rm2000 lebih.aku tak ingat dah harga sebenar dia. Setakat hari ini, tak ada sebarang masalah pada aku. penggunaan petrol sangat jimat, hampir separuh dari Ego LC.

Aku bawa sampai rapat meter, 125 km/j.. perghhhhhh. x pcaya?hahaha... nampak je  125km/j, tapi sebenarnya aku rasa macam 100 km/j je. meter ringan gila. tapi, memang berpadanan la dengan harga jualan dia. Kira kalau buat redah banjir dan rosak tu tak la ralat sangat. Aku pernah redah air banjir sampai paras tenggelam ekzos. lebih dari tu aku tak pernah la, takut air masuk kat karburator, naya aku kena tolak.hehe..

e-Bonus ni yang tak bestnya ialah tak laju. nama pun 110 kan.hahaha.yang lain setakat semuanya ok2 aja. Berbaloi la beli, paling best tentang lampu hadapannya. Sangat terang. dah rasa macam motobike pun ada.huhu..

Ok, setakat ni dulu. Zasss..

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.