Sup Tulang dan Sup Lidah Power di Kuantan



Al kisahhhh... aibbbbb... Al kisah tersebutlah kisah... Aibbb... Kisahnye aku layan gambar2 dalam handphone aku, terjumpalah gambar kat atas tu. Tau ape benda? Itu la sup lidah. Nampak tak kelidahannya?hahaha...


Ni gambar kedainya, terletak dihadapan Masjid Bukit Rangin, berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Bypass-Permatang Badak, Kuantan. Nama kedainya, Warung Anggerik.


Masa gi makan kat sini tempoh hari, aku terpandang la menu ''sup lidah'' dan try la. Ternyata supnya sedap. Aku pernah makan sup tulang disini, juga sedap(mengikut lidah aku la). Setakat ang aku makan ni, masakan-masakan kedai ni kena dengan selera aku. Sup lidah tu adalah lidah lembu.

Cerita pasal sup lidah ni, teringat pula masa keil-kecil dulu. Kat kampung aku dulu masa kecil-kecil, part yang menjadi rebutan ketika kenduri kendara ialah lidah lembu dan biji z*k*r lembu.. Sapa dapat ni kira hero Malaya la masa tu. Dapat tu, cuci bersih-bersih, bakar dan makan ramai-ramai.

Masa zaman kecik2 mana ada istilah geli dalam kamus hidup. Semua bedal. Tak tau la korang pernah makan ke tak benda tu. Hahahaha... Biasanya kat kampung aku, kalau sembelih lembu korban/kenduri, part2 tu memang dikasi kepada kanak-kanak sebagai habuan untuk kegembiraan.

Paling syok, dapat dua tiga ketul daging mentah, cuci dan bakar.. daging fresh beb. Kecur pula air liur puasa-puasa ni. Hahaha..

Ok lah. Lapar plak rasa. berbuka lambat lagi ni.haha.. 

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.