Kenaikan Elaun Perumahan Penjawat Awam dan Bantuan Khas Kewangan (Bonus) 2015

Bonus! bonus!! Dimanakah kau menghilang??

Selamat berpuasa kepada pengunjung blog SUNAN.. cerita tentang puasa, rata-rata penjawat awam dah berfikir jauh kehadapan. Apa yang difikir, tentulah persediaan raya. Rentetan daripada itu, fikir pula pasal bonus.

Kenapa aku cerita pasal penjawat awam? sebabnya penjawat awam ni tak de sapa nak kasi bonus kalau kerajaan tak kasi. Tapi aku pelik la kenapa orang swasta sibuk marahkan penjawat awam kalau kerajaan kasi bonus? Perlu diingat, kalau kerajaan tak kasi, sapa lagi nak kasi? tak kan la syarikat swasta pula nak kasi bonus kepada penjawat awam?

Gaji penjawat awam yang berjawatan rendah kebanakannya dihabiskan untuk keperluan semasa (sewa/ansuran rumah, ansuran kenderaan, bil air dan elektrik, kos pengangkutan, barang2 keperluan anak dan keluarga, barang dapur, dan lain-lain perbelanjaan wajib setiap bulan).

Oleh itu, setiap kali nak raya, mereka sangatlah memerlukan bantuan bonus dari kerajaan, tak banyak sikit pun jadilah. Nak harapkan simpanan, kadang-kadang tak tersimpan. Silap-silap yang dah disimpan pun terpaksa dikorek semula. Lebih parah lagi sampai terpaksa buat personal loan untuk tampung kos tertentu yang tak termampu dengan gaji..

Antara barang keperluan asas
---------Hari ini 17 Jun 2015, pada Perhimpunan Penjawat Awam yang diadakan di PICC, dikhabarkankan PM telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan kepada pesara kerajaan sebanyak RM250. Bonus ini akan dimasukkan pada 25 Jun 2015.

Satu lagi pengumuman dibuat adalah berkaitan Imbuhan Tetap Perumahan(ITP)/Elaun Perumahan Pennjawat Awam dinaikkan dari RM180 kepada RM300. Kenaikan sebanyak RM120 ini akan mula berkuatkuasa pada 1 November 2015. Kenaikan ini hanya terpakai kepada penjawat awam gred 41 dan kebawah.

Katanya lagi, bagi yang tinggal di kuarters kerajaan yang mana elaunnya ditolak pula akan menerima 25% daripada nilai elaun.------- sumber-rakan2 yang ikuti perhimpunan. Tah betul, tah tidak. tunggulah kenyataan rasmi nanti ye.. Update : boleh rujuk suratkhabar online.

Aku nak komen sikit la pasal ITP ni. Aku selalu terbaca orang yang duduk di kuarters ni bising2 sebab kena tolak ITP+sedikit COLA. Aku rasa tak kena la nak bising pasal ni sebab bila dah duduk kuarters, elaun tu ditolak sebagai sewa. Jangan ingat duduk di kuarters tu free ya kawan2. Dapat duduk di kuarters tu dah cukup untung-nak2 kalau tinggal di KL dan Putrajaya sebabnya kalau nak sewa rumah kat luar, harga sewanya berkali ganda dari elaun yang dipotong tu.

Kalau tak nak ITP+COLA tu kena tolak, keluar la dari kuarters dan sewa la kat luar. Baru tau langit tinggi ke rendah. Banyak lagi orang lain berebut nak duduk di kuarters sebab kadar sewanya rendah-separuh telah disubsidikan oleh kerajaan. Jadi, adillah ITP+COLA anda kena potong. Kalau tak salah aku dalam RM330 je kena potong. Bukannya banyak mana berbanding sewa sendiri. Kalau nak sewa sebiji rumah kat luar tu dapat ke dengan nilai tu? Kalau nak duduk free, buatlah rumah sendiri kan senang.

Tak pasal2 kena bebel dengan aku. Muahahahaha... Tapi, btol apa aku cakap.. Tak reti bersyukur betol. Hidup nak free je semua benda.. Hehehe.. Jangan terasa ye sapa duduk kuarters. Bukan semua macam tu, hanya segelintir je yang tak berapa faham.

OK la. zasssss!!!!

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.