Serba sedikit tentang domain .my (Mynic)

Mynic domain merupakan domain yang menggunakan  sambungan belakangnya .MY (Malaysia) seperti  www.bloganda.my atau www.bloganda.com.my atau www.bloganda.name.my  dan lain-lain lagi.

Untuk mendapatkan domain mynic bagi kegunaan persendirian (blog/laman web sendiri), hanya boleh menggunakan .MY  dan .NAME.MY sahaja. Harga untuk memiliki domain mynic pula agak tinggi daripada harga domain biasa.

Akan tetapi, demi nak menggunakan domain yang beridentitikan Malaysia, sunan memilih untuk menggunakan domain mynic bagi menggantikan domain lama yang menggunakan .COM iaitu sunankasih.com. 

Panduan harga untuk domain Mynic


Proses untuk mendapatkan domain mynic pula agak rumit daripada domain biasa. Mula-mula kena cari pembekal  nama domain, kemudian semak domain yang kita pilih masih ada atau tidak. Jika ada, perlu daftar dan beli nama domain tersebut dengan syarikat pembekal.

Selepas membuat pembayaran dengan syarikat pembekal domain tersebut, pembeli mesti menghantar salinan kad pengenalan bagi domain .MY atau salinan passport bagi bukan rakyat Malaysia yang membeli domain .NAME.MY. Anda perlulah tahu bahawa biasanya pembekal domain mynic tidak menyediakan perkidmatan domain hosting/DNS servis.

Selepas domain yang dibeli telah Berjaya didaftarkan, anda perlu pula mencari penyedia perkhidmatan domain hosting/DNS servis samaada berbayar atau percuma.. Pada catatan akan datang, saya akan buat tutorial bergambar bagi sesiapa yang berminat untuk membeli domain mynic.

Jumpa lagi... Terima kassey!!!!

Ulasan

Ulasan baru tidak dibenarkan.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI